pertama kali dalam sejarah hidup aku pada hari-hari cuti umum aku tak lepas nak balik kampung naik bas. ye la, orang takde transport sendiri, naik bas la balik ke kampung kan.
sebelum ni cuti raya aidilfitri, aidiladha atau cuti tahun baru cina memang tak pernah jadi kat aku yang tiket bas balik ke Temerloh habis dijual. kali ni je aku kurang bernasib baik.
takpe la, dapat gak aku merasa macam orang lain yang pernah terkena. so lepas ni aku akan lebih alert dan bersedia la kalau nak balik kampung masa cuti umum.
tapi bukan aku tak dapat balik langsung. nak tak nak terpaksa la aku balik Temerloh naik teksi. nasib baik aku ada duit lebih masa tu.
---------------------------------------
ok, ini cerita pasal mende lain pulak. bagi sape-sape yang taktau, kebiasaannya orang dari Kuala Lumpur yang nak pulang ke Temerloh atau Kuantan, dorang akan naik bas dari Pekeliling.
Pekeliling tu betul-betul dekat dengan stesen LRT Titiwangsa dan stesen Monorail Titiwangsa. sejak dari dulu lagi ada satu perkara yang aku tak suka kat situ.
aku paling benci kat promoter-promoter syarikat telekomunikasi yang cuba menarik pelanggan dengan cara yang agak biadap. kebanyakan mereka menggunakan paksaan.
paling bangsat bila dorang sengaja memberikan info yang salah tentang pakej-pakej yang ditawarkan. masa promote cakap lain, tapi bila bil sampai ke rumah lain pulak yang jadi.
---------------------------------------
korang pernah kena tarik dengan promoter-promoter yang berbaju biru, merah atau kuning ni? kat Kuala Lumpur bersepah. antara korang layan atau tak layan je dorang ni.
kawan baik aku sendiri pernah kena tarik dengan promoter-promoter ni kat stesen bas. dia ni jenis lurus sikit sebab tu susah nak tolak ajakkan promoter-promoter ni.
nasihat aku, jangan hiraukan promoter-promoter tu. jangan sesekali pandang muka dorang. lalu je buat bodo, buat-buat buta dan pekak.
*panjang sangat ke aku tulis ni?