Ads

Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Tips Memilih Smartphone Mampu Milik

smartphone mampu milik bermaksud smartphone 'bajet' dan memilih untuk membeli smartphone bajet tak bermakna korang tak boleh dapat smartphone yang boleh tahan power.


boleh tahan power? macam mana tu? maksudnya aku boleh bagi sikit tips untuk memilih smartphone yang berbaloi dimiliki biarpun korang beli dengan harga yang murah. pada tika dan waktu ini, harga yang boleh dikatakan mampu milik aku rasa dalam lingkungan RM999 dan ke bawah.

--------------------------------------------

Saiz Skrin:

requirement zaman sekarang ni memerlukan korang untuk memiliki smartphone yang saiz skrinnya lebih dari 4.0-inci. kenapa? sebab sekarang ni content banyak dalam bentuk gambar dan video, pada pendapat aku kalau skrin saiz di bawah 4-inci adalah terlalu kecil bagi standard smartphone zaman sekarang.

kadang-kadang teks pun susah nak baca kalau pakai smartphone saiz skrinnya 3.7-inci. lagi satu sebab utama memerlukan saiz skrin yang besar adalah untuk memudahkan kita menaip mesej.

yang penting pilih saiz skrin di bawah 5-inci sebab kebanyakan smartphone yang bersaiz besar daripada itu bukan lagi dalam kategori smartphone bajet.

Kamera:

kalau nak cerita pasa camera ni susah sikit sebab masing-masing nak saiz kamera (megapixel) yang besar. ok, aku rasa korang patut pilih smartphone yang kameranya bersaiz 8-megapixel dan kebawah. kalau boleh cari yang 5-megapixel je sebab kadang-kadang smartphone yang memiliki kamera 8-megapixel bukan dalam kategori smartphone bajet.

5-megapixel pun sudah memadai untuk korang ambil gambar dan share kat dalam facebook atau instagram. kat dalam phone korang nanti bukan nampak beza sangat pun di antara 5-megapixel dengan 8-megapixel melainkan korang guna untuk tujuan percetakan atau untuk paparan di skrin laptop/tv.

Processor:

kalau nak citer pasal processor mungkin tak ramai yang arif dan tak ambil kisah. aku sendiri pun tak berapa paham pasal processor ni tapi boleh la sikit-sikit. processor diukur dalam unit GHz, iaitu kelajuan bagi setiap processor tu. kalau sebut pasal laju tu, paham-paham je la kan.

apa yang penting bukan berapa GHz pada satu-satu processor tu tapi tengok pada berapa teras processor tu ada di dalam smartphone yang korang pilih. aku sarankan korang pilih processor quad-core (empat-teras) berbanding dual-core (dua-teras). berapa dia punya GHz tu tak berapa penting.

RAM:

kalau dulu RAM yang 512MB pun dah memadai tapi dengan requirement applications zaman sekarang ni memerlukan korang cari smartphone yang saiz RAM dia lebih dari 1GB. ok, pilih je smartphone yang RAM dia bersaiz 1GB, kalau pilih lebih dari tu, harga aku rasa dah lebih dari RM999.

RAM ni bertujuan nak bagi apps/system dalam phone korang loading dengan lebih cepat, takde la korang mengadu yang phone korang lembab la, ape la lepas dah lama guna.

--------------------------------------------

aku rasa cukup la tu kot. sekarang dah banyak website yang membolehkan korang untuk mencari specific smartphone model berdasarkan specs di atas. paling femes website GSMArena dan Phone Arena. aku suka website Phone Arena sebab kat situ aku boleh buat visual size comparison untuk aku mengukur saiz sebenar smartphone secara visual.

--------------------------------------------

kat bawah ni antara smartphone mampu milik yang aku rasa berbaloi untuk dimiliki oleh korang.

Xperia C


Saiz Skrin: 5.0-inci
RAM: 1GB
Kamera Belakang: 8-megapixel
Processor: Quad-core 1.2 GHz Cortex-A7
Harga: RM700 - RM999

Motorola Moto G


Saiz Skrin: 4.5-inci
RAM: 1GB
Kamera Belakang: 5-megapixel
Processor: Quad-core 1.2 GHz Cortex-A7
Harga: RM600 - RM700

Samsung Galaxy Grand Quattro


Saiz Skrin: 4.7-inci
RAM: 1GB
Kamera Belakang: 5-megapixel
Processor: Quad-core 1.2 GHz Cortex-A5
Harga: RM699 - RM899

HTC Desire 500


Saiz Skrin: 4.3-inci
RAM: 1GB
Kamera Belakang: 8-megapixel
Processor: Quad-core 1.2 GHz Cortex-A5
Harga: RM700 - RM899

Samsung Galaxy Grand


Saiz Skrin: 5.0-inci
RAM: 1GB
Kamera Belakang: 8-megapixel
Processor: Dual-core 1.2 GHz Cortex-A9
Harga: RM799 - RM999

Galaxy Ace 3


Saiz Skrin: 4.0-inci
RAM: 1GB
Kamera Belakang: 5-megapixel
Processor: Dual-core 1 GHz Cortex-A9 (3G) / Dual-core 1.2 GHz Krait (LTE)
Harga: RM600 - RM799

--------------------------------------------

ok, cukup la tu kot. ini cuma sebahagian pendapat aku je. tak semua yang aku tulis ni tepat. kalau korang mampu untuk beli smartphone yang lebih mahal, pastikan korang buat research terlebih dahulu sebelum membeli untuk kepuasan sepanjang masa. jangan terlalu terpedaya dengan iklan-iklan sangat.

korang ada lagi tak cadangan? kalau ada jangan segan silu nak tinggalkan comment, kot-kot korang ada lagi senarai smartphone yang mampu milik dan berbaloi dimiliki.

*segala tips adalah berdasarkan kesuaian pada tarikh dan masa entry ditulis.


Apa Yang Lain Kat Facebook?

entry ringkas je ni. baru malam tadi aku sedar yang facebook dah ada sedikit kelainan. apa yang lain? tengok gambar kat bawah ni:


aku baru perasan yang rupa facebook chat dah lain. pendapat aku, boleh tahan ok. dari dulu lagi aku harapkan facebook buat speech balloon macam tu dan akhirnya tak sangka dorang dah laksanakan idea aku. haha

sebenarnya memang facebook akan memperkenalkan interface baru kat korang nanti. hari ni sepatutnya dorang dah mula apply interface baru tu kat pengguna-pengguna facebook.

harap-harap interface yang baru ni lebih menyenangkan aku. aku tak suka komplen terhadap perubahan sebaliknya aku akan cuba belajar sesuatu yang baru. sebab aku percaya setiap update membawa kepada lebih kebaikan

Semakan BR1M 2.0


ramai pulak bercerita pasal Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2.0 (BR1M 2.0) ni. agaknya ramai yang excited sebab kerajaan nak bagi balik sebahagian kecil dari duit kita setelah berpuluh tahun rakyat Malaysia bagi kerajaan pegang dan jaga.

-------------------------------------

1. Semakan Secara Online
dimaklumkan bahawa semakan secara online akan dikemaskini dalam bulan February 2013 ni jugak. tak pun korang boleh tanya status permohonan korang melalui email belanjawan2013@treasury.com.my.

*ingatkan dah ada system dia supaya kita boleh check online. nak tanya guna email macam malas la pulak.


2. Semakan Secara Pos
semua pemohon akan menerima surat pengesahan secara berperingkat dan disertakan sekali dengan tarikh dan tempat majlis penyerahan baucar BR1M 2.0 tu nanti.

*sebut pasal baucar dan majlis penyerahan ni yang aku kurang gemar. tah macam mana la bentuk baucar tu. jangan ada banyak songeh sudah la masa nak cash out duit tu nanti.


2. Semakan Melalui Talian Hotline
korang boleh jugak menelefon ke talian Hotline iaitu 1-800-222-500 atau 1-300-88-3010 bermula 11hb Februari 2013. Talian Hotline ni akan beroperasi bermula 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari bekerja.

*kalau aku takde la sampai nak call-call ni. yang aku tau aku berhak dapat BR1M 2.0 ni. ini semua hak rakyat jugak. sepatutnya ini bukan duit bantuan tapi dah jadi tanggungjawab mana-mana kerajaan sekali pun.

-------------------------------------

jangan duit ni dapat lepas PRU13 sudah la. lagi satu, aku rasa macam sangat-sangat membazir jemput PSY datang ke Malaysia ni. lebih baik la duit yang diberi kepada PSY tu diberikan kepada rakyat yang lebih layak. kadang-kadang RM500 tak cukup bagi keperluan sesetengah orang.

Myspace Berwajah Baharu

ok, aku guna jugak perkataan baharu sebab lately banyak dah iklan dan surat khabar guna ejaan "baharu" ni. kalau dulu kita diajar untuk mengeja dengan ejaan "baru". aku pun konpius mana yang betul sekarang.

kat atas tu intro yang kurang berkait dengan apa yang aku nak sampaikan sekarang. apa aku nak cerita sebenarnya ialah semalam tetiba dapat hidayah nak bukak Myspace.

bukak je, aku terkejut rupa Myspace sekarang sangat la lain dari yang dulu. aku pun lupa dah berapa tahun aku tak bukak Myspace tu. ok, jom tengok macam mana aku masuk Myspace baharu ni.

----------------------------------------


mula-mula masuk Myspace korang akan nampak macam kat gambar atas ni. boleh tahan kemas, mengingatkan aku kat Twitter je.

----------------------------------------


dia suruh aku login pulak. ni yang susah nak ingat balik password lama aku. kalau korang teruskan login kat situ guna password lama, memang takkan dapat masuk. caranya, korang kena tekan "with Classic Myspace".

----------------------------------------


yeahh! dah berjaya masuk! power jugak otak aku mengingat password yang dah bertahun ditinggalkan. haha. ok, lepas berjaya masuk korang sendiri akan reti apa nak buat.

----------------------------------------


gambar kat atas ni rupa home Myspace aku. agak kemas dan simple, tapi buat masa ni aku perlukan sedikit masa untuk sesuaikan diri dengan interface baru Myspace ni.

----------------------------------------


dah siap setting ape bagai, ini la rupa profile Myspace aku. amacam? ok tak? pape hal, korang gi usya sendiri dulu Myspace korang. mane la tau ada mende baru nak share ke.

Produk Acai Berry Bahaya?

malam tadi ade blogwalking kejap. banyak gak blog yang aku singgah. ada aku singgah lama-lama dan ada yang aku singgah kejap yang mana tak sempat nak abes loading aku dah blah.

sebab apa aku blah awal dari blog-blog tertentu tu? sebab blog tu ada lagu. kebetulan aku tengah layan lagu-lagu rock kapak kat laptop aku ni.

so, aku takde masa nak singgah blog yang ada lagu sebab takut mengganggu aku tengah layan lagu sendiri. dan aku jugak takde masa nak mencari button pause kat dalam blog-blog tu.

-------------------------------------

tapi bukan pasal lagu dalam blog yang aku nak cerita. aku tertarik dengan satu entry di blog Arxar Nadhirah tentang bahaya produk acai berry. macam familiar acai berry ni.




baca punya baca entry dia, rupa-rupanya dia buat ulasan dari artikel di myMetro. maka sah lah berita pasal bahaya produk acai berry ni.

-------------------------------------

masih lagi tertanya-tanya, aku pun bukak google. aku cuba-cuba buat research tentang acai berry ni. oh, memang khasiat acai berry ni tidak ada bukti saintifik pun lagi.


source: wikipedia


aku buat entry ni pun sebab ramai gak kawan aku yang guna produk berasaskan acai berry ni. tambah pulak aku memang takde idea lain nak tulis apa. haha

-------------------------------------

so, apa pendapat korang? aku pasal mende ni atas pagar je sebab aku pun tak pernah terai produk-produk acai berry ni.

Iron Man 3 Official Trailer Dah Keluar

akhirnya, keluar jugak trailer untuk siri movie Iron man yang terbaru. sebelum ni Iron Man (2008), Iron Man 2 (2010) dan lepas ni Iron Man 3 (2013) pulak.

iklan. sape klik dia baik hati :)

sebelum tengok official trailer untuk Iron Man 3 ni, meh sini aku nak tunjuk beberapa gambar dari sedutan filem tersebut.

------------------------------------

image credit to movies.com
image credit to teaser-trailer.com
image credit to teaser-trailer.com
image credit to teaser-trailer.com

tengok pada gambar kat atas ni, suit Iron Man yang baru tu ade nampak macam tin vanilla coke je. design bagi aku dah smart, cuma warna je macam kureng sikit.

gambar pertama tu sebenarnya War Machine, bukan Iron Man. suit War Machine tu berdasarkan Iron Patriot Armor.

------------------------------------

jom tengok official trailer pulak:


untuk tengok trailer ni dengan lebih jelas, korang boleh menonton dengan mode full screen. takpun korang tengok kat laman Youtube sendiri, tekan logo Youtube kat video ni.

Dapat Baby Pertama

pada tarikh 13 Oktober tahun 2012 seorang dari kawan aku dah pun bergelar ibu dan bapa. aku dengan kawan-kawan yang memang excited sangat sebab sedar tak sedar kita semua ni dah tua pun.

teringat zaman-zaman mula masuk belajar dulu. dulu sama-sama kepala otak gila-gila, nakal bukan kepalang dan berjimba ibarat hidup disponsor seumur hidup.


tahniah aku ucapkan kepada mereka suami isteri kerana dikurniakan seorang bayi yang comel dan sihat. baby baru kawan aku ni lelaki, nama aku tak sure dorang letak apa.

------------------------------------------


kawan aku ni umur memang lebih kurang aku je. bagi aku memang dia menjadi ayah pada usia yang agak muda. dorang kawen pun masa tu masih lagi menuntut di uniten.


jadi ayah di usia yang muda ni ada bagus jugak. bayangkan kalau kita jadi ibu bapa di usia yang lewat, dah tua nanti anak belum habis belajar kita dah pencen.

------------------------------------------

tapi bergantung jenis orang gak. kalau mewah tak kisah la nak pencen masa anak kecik lagi kan. ini semua pendapat aku je, takde betul dan takde yang salah.


*mari sama-sama kita doakan dorang sekeluarga sihat sejahtera

Apple iPhone 5

baru je henset ni keluar.. bersepah entry pasal iPhone 5 ni kat mana-mana blog.. takpe, aku bukan nak cerita pasal spesifikasi henset tu pun, cuma menyampaikan pendapat aku la..

budak-budak android awal-awal lagi dah hentam si iPhone 5 ni.. nak pulak sebelum ni ade kes saman menyaman Apple kepada Samsung..

bagi aku, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan.. jujur aku bagitau, aku lebih suka design iPhone berbanding smartphone android lain..

design iPhone kemas dan ringkas.. kekurangan iPhone pulak ramai yang cakap henset mahal tapi android lebih power.. betul ke?

ada betul jugak tu.. tapi bagi sesiapa yang dah pernah pakai iPhone, jarang ada masalah berbanding pengguna android.. kawan aku cakap iPhone memang susah nak lagging..

android pun ada part yang best jugak.. bagi aku android best sebab kat situ kita boleh customize macam-macam, boleh tukar macam-macam ikut kesukaan..

tapi bagi aku adalah performance.. memang henset android banyak yang power-power, tapi kalau aku ada duit memang aku akan pilih iPhone dulu..

meh tengok sikit gambar iPhone 5 yang baru:


aku lebih suka iPhone 5 warna hitam berbanding putih.. bentuk dia lebih panjang sedikit berbanding iPhone 4s.. ok la tu, senang nak pengang.. kalau buat lebar kang tak sedap nak pegang..

*bila agaknye iPhone 5 ni nak keluar kat Malaysia?

Merdeka Malaysia 55 Tahun

aku nak cerita pasal merdeka kat malaysia ni takde la aku reti sangat sebab aku bukan lahir zaman perang pun.. tahun Malaysia mendapat kemerdekaan dari penjajah pun ayah aku belum lahir lagi..

tapi ramai yang cakap, merdeka tak semestinya merdeka dari huru-hara yang penjajah bawak kan.. ade betul gak sebab dah macam-macam pendapat tentang kemerdekaan..

makin lama makin pelik istilah-istilah yang digunakan oleh budak-budak muda bagi menampakan kecanggihan dalam berbahasa Melayu.. erk


image credit to eyepeedee.blogspot.com


pada tarikh 31 Ogos tahun 1957, orang yang bertanggungjawab mendapatkan kemerdekaan telah memilih tarikh ini untuk sambutan rasmi hari kemerdekaan Malaysia.. padahal kalau tak silap bulan February pada tahun yang sama Malaysia dah official merdeka pun..

sebenarnye aku nak cerita pasal tema dan logo merdeka tahun ni.. isu ni dah lama dah pun wujud tapi aku baru nak tulis pasal ni..

bagi aku tema untuk merdeka tahun ni kurang sesuai la.. sangat menggelikan ketiak bile pertama kali dengar tema merdeka tahun ni..

logo pun sama gak, sampai sekarang aku taktau mana satu logo rasmi Merdeka 55.. sebelum ni ade muncul yang buruk, tapi bila dah ramai komplen mula la cakap logo tu tak official.. heh, cover abes kurang cerdik..

aku taknak tunjuk logo yang buruk tu kat sini.. cukup la aku tunjukkan logo-logo hasil dari kreativiti designer-designer tempatan sendiri..


image credit to hazrilhafiz.blogspot.com


mana satu yang paling sesuai dan smart? aku sendiri pun susah nak pilih sebab logo lawa-lawa tapi tema sakai giler.. haha

UPDATE: UNITENGUA 2012

sebelum ni aku ade post pasal event ni, UNITENGUA.. sekarang dah ade beberapa update tentang performing guests.. antara yang bakal perform masa event tu ialah:

  • COUPLE
  • ESTRANGED
  • OAG
  • Projek Disko Baldi
  • AI:IA

More to be announced soon.




korang boleh usya kat sini [LINK]

Moh Kita Ke UNITENGUA 2012

sebenarnye aku taktau banyak sangat pasal event ni.. yang pasti, kat sana nanti akan ku sambut mesra awek-awek cun yang hadir ke festival UNITENGUA.. haha

tengok pada apa yang tertulis kat poster event ni, aku dapat bayangkan event tu nanti mungkin agak meriah.. ape yang best ialah akan ada live performance oleh kumpulan OAG dan band-band lain yang aku tak berapa nak kenal..

nak tulis panjang-panjang kang takot tersalah bagi info pulak, so aku sarankan korang gi ke blog UNITENGUA

bile mende ni nak berlangsung? 22 Jun hingga 23 June, lambat lagi tu.. sempat la gak kumpul member-member nak gi sana nanti..




*aku suka design poster event ni, boleh tahan smart gak

Kenangan Yang Baik Lebih Baik Dari Kenangan Indah

apa yang nak dibanggakan dengan tarikh 11.11.2011? ye, aku tau sususan yang cantik macam ni susah nak dapat melainkan kita perlu tunggu untuk beberapa ribu tahun lagi.. tapi yang tak bestnye, ade yang jadikan tarikh-tarikh cantik untuk buat mende yang tak elok terutama pasangan yang bercinta.. setuju?

Big Bad Wolf Book Sale 2011 at MAEPS Serdang

cintaku terhadap Rock N' Roll takkan pernah berubah.. ayat sangat menggelikan, hark tuihh! haha
tapi itu la sifat aku, suka dan minat kepada genre rock n roll lama.. (aku sangat tidak berminat dengan band-band budak muda sekarang)

rujuk di bawah:

Hooligan Shisha Bandar Baru Bangi

agak-agak sape yang tak kenal apa itu shisha? nenek aku mungkin tak kenal.. tapi kalau tengok balang shisha tu, agaknye dia tau ape fungsi shisha tu.. bukan pasal nenek aku yang aku nak cerita ni.. apa yang aku nak tulis adalah satu bentuk promosi kepada perniagaan yang dijalankan oleh kawan aku..

Cukai 6% Kerajaan Rosmah

malas nak tulis panjang-panjang.. aku rasa hampir semua pengguna henset dapat message macam aku dapat.. message tersebut bertulis macam kat bawah ni:


"RM0. Plggn dihargai, mulai 15/9/2011, semua pembelian reload & pek permulaan prabayar akan dikenakan 6% cukai perkhidmatan yg berkenaan. Info: www.celcom.com.my"


ape ke giler sume ni? kerajaan pun dah pening macam mana nak cekau duit dari rakyat.. dalam berita lebat cakap ekonomi Malaysia makin bagus, makin berkembang.. tapi yang aku nampak rambut dan perut Rosmah yang makin berkembang.. tak ke giler?


tapi kalau korang pilih timbalan naik jadi PM pun belum tentu akan berubah negara ni.. sebab, dorang (PM & TPM) berkawan baik, bekerja di bawah satu bumbung, di bawah satu parti, dan di bawah ketiak isteri-isteri dorang.. ah, same je..


*ini la akibat kalau tak menjalankan amanah dari Tuhan dengan baik.. yang sengsara kita jugak

Brilliant Idea?

pernah dengar My Distress? aku baru dengar dalam berita tadi.. dari ape yang aku dengar, mende sangat bagus tapi kenapa pilih nama My Distress? susah nak ingat la..

Pembunuhan Beramai-Ramai di Norway

kajadian ni baru je berlaku 22 Julai lepas.. aku dengar berita ni pun naik seram gak.. kalau zaman 60an, 70an dulu ade gak peristiwa massacre macam ni tapi aku pun dah lupa peristiwa ape.. tapi sekarang ape yang jadi hampir sama dengan filem Rampage (2009)


meh sini aku nak cerita sikit bagi sesiapan yang masih taktau pasal peristiwa ni..

Gambar Osama Bin Laden Mati? Palsu..!

sekarang ni gempar bahawa pemimpin al-Qaeda dikatakan telah meninggal dunia.. hal ini di-konfemkan oleh presiden Amerika Syarikat sendiri, Barack Obama.. aku taktau la nak cakap apa.. sebab Osama dulu pernah bekerjasama dengan USA menentang Soviet Union.. Osama adalah produk USA, mungkin..


kat bawah ni gambar yang keluar semasa aku tengok Buletin Umno Utama tadi.. dorang cakap ini gambar mayat Osama Bin Laden..


Dua Entry Dalam Satu Entry?

semalam aku lupa nak update blog.. malas pun ada sikit-sikit..

aku nak ucapkan terima kasih kat korang yang dah exchange link dengan blog ni.. dan aku harap lebih ramai lagi yang akan exchange link dengan aku.. yang untung korang jugak kan sebab terpampang muka korang dalam blog aku ni.. hehe



ini adalah contoh gambar blogger-blogger yang dah buat satu entry ringkas dalam blog dorang.. korang nak berada dalam list? KLIK SINI atau SINI


--------------------------


ok, kali ni pasal mini contest yang aku buat dulu.. kesian contestant menunggu sape la pemenang yang aku akan pilih..




sabar ye.. aku akan umumkan dalam masa terdekat ni.. dan aku dah janji pemenang akan dapat header free dari aku, aku yang tolong design header tersebut..

nak tengok contestant pergi KAT SINI

kalau korang rajen, tolong la aku pilih pemenang mini contest ni.. :)

Header Baru Lagi

kali ni aku nak tunjuk header baru lagi.. hmm.. korang tak bosan ke? asyik2 dengan header je..

aku sebenarnya tengah sibuk men-design header orang, sambil2 tu aku buat la header untuk blog aku..




kenapa header blog orang lain tak siap lagi? ini disebabkan header mereka agak kompleks dan untuk memikirkan idea kreatif memang susah..




ini bukti aku sedang usahakan sesuatu untuk menyiapkan header yang telah ditempah.. maaf la kalau lambat sebab aku sedang meng-improve-kan diri dalam seni photoshop ni dari hari ke hari..

tambahan:
aku baru je tau pasal huru-hara kat Egypt (Mesir) tu.. risau pulak aku bila dengar berita sebenar.. sebab apa yang digambarkan di Buletin Umno Utama, tak sama dengan situasi sebenar..
keadaan kat sana lebih teruk daripada yang digambarkan.. jom sama2 berdoa agar keselamatan student2 Malaysia kat sana terjamin..

Ads

Followers