Ads

Showing posts with label contest. Show all posts
Showing posts with label contest. Show all posts

Banner Of The Day #3

ok, rasa macam dah lama aku tak update pasal banner ni. banner ni semua hak milik blog yang join Segmen Gulai Tempoyak Ikan Patin aku. setakat ni takde lagi tarikh tutup, nak join sempat sangat lagi.

kat bawah ni senarai banner yang aku nak tunjuk:

apisejuk.blogspot.com
wanie-raina.blogspot.com

nak jadi macam blogger kat atas ni? senang, buat banner bersaiz 400x150 dan buat satu entry yang sangat ringkas tentang segmen ni. takde syarat lain.

klik iklan ni kalau baik hati :)

yang penting saiz je la. pasal design kat dalam tu tak kisah nak buat macam mana. korang pun nampak sendiri.

Segmen Gulai Tempoyak Ikan Patin

sebenarnya lama dah berniat nak buat segmen ni tapi disebabkan malas aku tangguhkan sekejap. kali ni aku nak ajak korang join segmen yang dianjurkan oleh aku sendiri.

syarat yang aku tetapkan sangat mudah. aku tak suka tetapkan syarat yang orang lain pikir dua tiga kali nak join.

---------------------------------------


ok, pada tiap-tiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat aku akan buat satu entry khas sebagai tanda terima kasih. entry khas tu aku nak buat macam mana?

senang, pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat aku akan buat satu entry. di dalam entry tu aku akan letakkan tiga banner blogger (peserta) yang bertuah. banner?

sebelum tu meh tengok sini syarat-syarat nak join:

  1. sediakan satu banner ciptaan sendiri bersaiz 400x150 (tak kisah korang nak buat macam mana).
  2. buat satu entry ringkas tentang segmen ni.
  3. dalam entry ringkas korang tu sertakan sekali link ke blog aku.
  4. tinggalkan link entry korang kat ruangan comment.

---------------------------------------

agak-agak susah tak nak join? banner tu korang buat la ikut kretiviti korang. nak banner sekadar tulisan pun aku terima tapi dengan syarat size dia mesti la tepat dengan size yang aku mintak (400x150).

banner warna merah yang aku buat kat atas tu terpulang korang nak amek letak dalam entry ke tak, aku jenis tak kisah sangat.


paling penting aku tak tetapkan syarat untuk follow blog ni. nak follow ke tak itu pilihan masing-masing. korang boleh check senarai peserta DI SINI.

*nanti aku tunjuk macam mana rupa entry khas tu, yang penting join je dulu. hehe

---------------------------------------

UPDATE: kat bawah ni contoh entry ringkas yang perlu korang buat:


banner tu korang boleh buat menggunaka photoshop, photoscape dan kalau terrer buat guna ms paint pun boleh. kat internet ada banyak free online banner maker, korang boleh search kat google :)

Hadiah Header Kepada Pemenang Mini Contest

aku rasa ini last aku nak buat entry pasal mini contest.. nama pun mini contest kan, takleh biarkan berpanjangan.. :)


hadiah untuk mini contest yang aku anjurkan merupakan header yang aku buat sendiri.. aku design sendiri mengikut kehendak si pemenang..






sebenarnya aku dah lama tak buat header blog ni.. dulu aku bukan main semangat nak bukak bisnes buat header blog orang.. tapi disebabkan aku jenis yang susah nak beri komitmen, maka mende tu lambat nak jadi..


aku mungkin akan buat header percuma lagi.. tapi ada la cara nak dapat header free.. cara yang macam mana, akan aku fikirkan kemudian..


korang nak bagi cadangan pun boleh jugak.. kalau best aku akan ikot.. :)

Pemenang Mini Contest Gulai Tempoyak Ikan Patin



dah lama sangat aku tangguh nak umumkan pemenang mini contest ni.. akhirnya, dengan pemilihan oleh juri-juri gadis misteri, maka muncul la pemenang untuk mini contest ni..

pemenang akan aku buatkan dia header blog secara percuma dan satu hadiah misteri.. tapi sampai sekarang aku tak pikir lagi nak bagi ape untuk hadiah misteri tu.. takpe, nanti kalo aku waras sikit, aku bagitau.. :p

nama pun mini contest, peserta sikit je, pastu jangka masa mini contest ni pun sekejap je.. tak macam contest lain, buat berbulan-bulan..


pemenangnya :

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

fuhh.. panjangnye..




pemenangnya adalah cik Nurul kita..! belog beliau bernama Nurul Dot Dot Dot cekodok.. ok, kalo rajen singgah la blog dia ni..

kenapa dia dipilih sebagai pemenang dan bukan pengalah? menurut judges, hanya dia menampilkan gulai tempoyak ikan patin yang sebenar.. apa dia buat simple je, tambahan pulak cara dia amek gambar, ada anak panah yang menunjukkan itu adalah gulai tempoyak ikan patin.. ok, ini statement juri-juri rahsia.. :)

sebenarnya susah nak pilih pemenang sebab masing-masing menunjukkan kesungguhan join mini contest ni.. rasa berat punggung pulak nak biarkan yang lain tak menang.. ye la, masing-masing dah penat-penat sampai berpeluh buat kot..

tapi apekan daya, pemenang hanya satu, tempat pertama hanya ada satu.. yang lain, aku sangat-sangat hargai hasil kerja korang.. mungkin peserta lain akan aku buat sesuatu untuk hargai hasil laut kerja korang.. tapi tak tau lagi nak bagi ape.. :)

pendapat korang?

Kesinambungan Mini Contest



kesinambungan? betul ke perkataan tu? tak kesah la.. janji aku memenuhi janji.. haa, ayat pening lagi tu..

korang ingat tak aku pernah anjurkan satu mini contest.. contest tu berlangsung sekejap je, tak lama.. tapi pengumuman pemenang masih belum dijalankan.. lama kan?

kat sini aku belum lagi nak umumkan pemenang, tapi aku nak tanya pendapat korang tentang contestant.. korang boleh tengok hasil kerja dorang kat sini atau kat sini

aku akan cuba umumkan pemenang dengan kadar yang segera.. tak baik kalo simpan lame-lame ni, kang ada yang marah kat aku pulak..

pemenang aku janji nak buatkan header free dan akan ada satu hadiah misteri.. hadiah misteri ni yang susah nak fikir.. takpe, tunggu je la..

Mini Contest Part 2

hari ni dah 11 Feb 2011.. ini bermakna mini contest yang aku anjurkan telah tamat tempoh, expired.. kalo simpan lama-lama boleh jadi busuk..




kesemua sekali ada 13 blogger yang join mini contest aku ni.. ok la dari takde langsung kan.. nama pun mini contest..

untuk melihat senarai peserta, korang perlu [klik link ni]

untuk melihat hasil kerja dorang pulak korang kene [tekan sini pulak]

walaupun hanya mini contest, tapi aku kagum dengan dorang ni.. bersinar-sinar mata aku bila tengok hasil kerja dorang semata-mata nak menang mini contest ni..

tahniah (walaupun takde pemenang lagi) sebab berjaya join mini contest aku ni.. dan terima kaseh sebab sudi membazir masa kerana nak join mini contest ni..

hadiah? ada dua hadiah, aku akan buatkan header blog secara percuma dan satu hadiah misteri.. apa yang misteri tu aku takleh nak bayangkan sebab kalau aku bagitau hilang la misterinye.. hehe

ok, kalau korang nak judge hasil kerja dorang, boleh je.. bagi la comment yang membina sikit kan.. kat sini aku nak tanya pendapat korang, macam mana aku nak pilih pemenang?
  • buat sistem undian (polls)
  • judge sendiri-sendiri
  • pilih judges dari kalangan blogger
  • pilih secara rawak (random)
agak-agak yang mana satu paling sesuai?

Mini Contest Part 1

mini contest? pernah dengar? mungkin ada yang pernah dengar.. kalo tak pernah dengar aku tak hairan la sebab aku menaip, tak cakap pun.. paham? giler aku ni.. hahaha

ok, nama pun mini contest, peserta pun takde la ramai mana.. tarikh tutup pun aku buat sampai minggu depan je.. tak macam contest lain, at least sebulan duration contest tu berlangsung..

setakat ni, ini lah hasil air tangan peserta mini contest aku..





tak ramai, padan lah dengan nama contest ni, "Mini Contest"..

setiap kali ada orang yang join, aku akan update entry ni.. hadiah: aku buatkan header blog dan aku akan bagi hadiah misteri..

korang boleh rujuk kat [entry ni]

tinggalkan link korang kat entry tu.. :)

Mini Contest? Ape Tu?

biase korang dengar contest je.. kali ni aku nak ketengahkan mini contest.. sape yang buat contest ni?

tak lain tak bukan aku la yang menggatal nak buat mini contest ni.. kenapa mini?




sebab contest ni aku nak buat dalam masa yang singkat je.. pemenang pun hanya dapat hadiah yang tak seberapa dari aku..

hadiah? pemenang akan dapat header free dari aku, aku yang design header korang tuh.. dan satu hadiah misteri.. ok, hadiah misteri tu akan aku bagitau kelak..

ape yang perlu korang buat?


  • amek kertas, pen, magic marker, marker, pensel, warna pensel, atau arang asalkan korang boleh mencoteng sesuatu di atas kertas..
  • korang hanya perlu tulis "Gulai Tempoyak Ikan Patin" atas kertas tu..
  • amek henset, snap gambar korang macam atau seumpama kat bawah ni:
  • kemudian buat satu entry supaya aku boleh tengok hasil kerja korang

tak ke simple sangat contest aku ni? ok, korang guna la kreativiti korang.. kelebihan kepada yang takde header blog (ade ke blog takde header?).. pemenang akan aku design-kan header blog dia..

Tarikh Tutup Mini Contest: 5 Feb 2011 10 Feb 2011 (aku dah extend atas permintaan)

tak perlu tunggu lama untuk mengetahui pemenang kan? sebab ini adalah mini contest.. :)

jangan lupa tinggalkan link entry kat ruangan comment

"JOM JOIN CONTEST Tiqaa Wonderland!"

Tiqaa

contest apa ni? pakai baju ala2 Alice in Wonderland? atau bergambar di Mines Wonderland? bukan.. jangan tertipu dengan tajuk mahupun kecomelan tuan punya contest..

sebenarnya contest ni ada dua kategori.. gambar candid saya dan senyuman kegembiraan.. maknanya kena ada dua gambar la..

gambar kat atas tu adalah penganjur contest ni.. tujuan aku nak join contest ni sebab nak glemer.. ok, penipuan aku berjaya kat situ, sila jangan percaya perkara2 tahyul ni..

aku nak mempetaruhkan dua gambar.. satu gambar bagi setiap kategori..

senyuman kegembiraan:


orait.. terpancar tak kegembiraan kat wajah aku? muka yang penuh dengan noda jerawat.. biase la, remaja kan.. sebenarnya ni pun gambar candid tapi aku letak dalam kategori gumbira sebab masa ni duit sponsor baru masuk..

gambar candid saya (aku):


yang ini pulak dalam kategori candid.. ok, tiada lakonan disitu, segalanya adalah semulajadi dan sangat innocent.. candid yang tepat pada masa, aku tengah korek gigi menggunakan lidah.. haa, korang boleh buat ke?

menurut udang2 contest ni, peserta mesti tag dua orang minimum.. kat sini aku nak tag:

Nisa dan Fara


untuk terus ke page asal contest, korang boleh click HERE

Contest Mencipta Header YSJ

nij=

klik pada gambar untuk terus ke blog tokey contest ni (entry)

 

saje2 masuk contest cipta header untuk kawan blogger aku.. sape2 yang follow blog aku akan jadi kawan aku gak cuma tak larat nak singgah semua blog..

 

aku pertaruhkan beberapa design sebab aku taktau selera dia macam mana kan.. berikut antara beberapa header ciptaan aku untuk cik Yuhanis Shazlini..

 

yus1

yus2

yus3

yus4

yus5

yus6

yus7

yus8

 

ok, design ala2 Spain tu aku buat sebab minah ni penyokong Spain mase World Cup Final arituh.. sangat2 menyokong Spain..

 

tiga design yang terakhir aku cuma tukar warna font sebab aku dah malas nak design.. ha, aku tipu je.. sebenarnye senang dia nak pilih mana warna feveret sebab header ni dia tak boleh nak edit kan..

 

selamat maju jaya untuk diri aku sendiri

Ads

Followers