Ads

Showing posts with label sukan. Show all posts
Showing posts with label sukan. Show all posts

UCL: FC Barcelona vs AC Milan

kali ni aku nak menerbitkan satu entry bersifat angkuh dan takbur. mungkin blogger wanita kurang amek tahu dengan apa yang aku tulis ni.


awal pagi esok akan berlangsung satu perlawanan yang menentukan pasukan mana yang pebih power. perlawanan yang aku maksudkan ialah pertembungan antara FC Barcelona dan AC Milan.

---------------------------------------

sabor je la dik Messi oi, team abang memang power

aku tulis entry ni sebab AC Milan merupakan team feveret aku sejak dari dulu lagi. awal-awal lagi AC Milan dah ayam-ayamkan FC Barcelona dengan 2 gol pada pusingan pertama (1st leg) dan dalam masa beberapa jam lagi pusingan kedua (2nd leg) akan berlangsung.

---------------------------------------

sep sep sep, tom tom tom..

bagi aku FC Barcelona tetap antara pasukan bola sepak terbaik dunia tapi bukan yang paling terbaik buat masa ni. kejap lagi kalau FC Barcelona nak menang pun, dorang kena sumbat 3 bijik gol. tapi kalau AC Milan dah sumbat gol sebijik, memang hampir tiada harapan buat FC Barcelona untuk ke peringkat seterusnya.

tak paham kan macam mane 1st leg dan 2nd leg berfungsi? takpe, tak penting pun bagi yang kurang minat bola sepak. tak minat takpe, asalkan jangan membenci.

---------------------------------------

beberapa statistik ringkas antara dua pasukan ni:


  • AC Milan dah pernah menang 7 kali kejuaraan UEFA Champions League berbanding FC Barcelona yang hanya pernah menang 4 kali kejuaraan.
  • tahun kejuaraan AC Milan: 1963, 1969, 1989, 1990, 1994, 2003, 2007.
  • tahun kejuaraan FC Barcelona: 1992, 2006, 2009, 2011.
  • budak-budak Liverpool sila duduk diam-diam, baru pernah menang 5 kali dah bising.

---------------------------------------

bagi sesiapa yang nak tengok live streaming FC Barcelona dan AC Milan ni, korang boleh ke website FirstRow Sports.

FC Barcelona vs AC Milan
13 March 2013
03.45am (waktu Malaysia)

Pahang Power

peduli hape orang nak cakap ape, janji pasukan dari negeri kelahiran aku memang power. Pahang mengukuhkan kedudukan sebagai pendahulu liga selepas menewaskan Terengganu 3-0 semalam. ok, dah macam berita surat khabar.

entry yang bersifat riak dan takbur ni sengaja wujudkan supaya penyokong-penyokong dari pasukan lain tak senang duduk dengan kenyataan aku ni. baru la meriah sikit bola sepak kita kan?




tempoh hari adik aku Nisa Kay turut bersama aku turun stadium bagi menyokong pasukan Pahang menentang Selangor. tapi Pahang kalah la. takpe, kalah baru sekali je.

Pahang dan Johor


malam tadi pasukan Pahang FA dah menumpaskan pasukan yang konon-kononnye pasukan all-stars iaitu Johor Darul Takzim. menang pun menang tipis, aku takde la nak cakap Pahang ni power.

aku tengok kat live streaming je bola tadi. kat rumah sewa ni tv pun dah uzur sangat. nak lepak mamak kang takut penuh pulak. ye la, ramai yang nak tengok macam mana Darul Takzim main kalau dah ramai star ni.

keputusan penuh:
Pahang FA 3 - 2 Johor Darul Takzim

Jersi Baru Skuad Malaysia

baru-baru ni kita dah dikenalkan dengan jersi baru skuad Malaysia untuk digunakan semasa AFF Suzuki Cup 2012 nanti. tengok kat bawah ni:




kalau aku la, aku jenis tak kisah sangat. kalau design tu smart lagi bagus sebab kalau nak pakai buat gi jalan-jalan pun tak rasa janggal.


sebab apa aku tak kisah pasal design yang baru ni? sebab dah memang template Nike macam ni. ada berlambak jersi kelab dan negara yang guna template ni, cuma lain warna je.


jersi F.C. Porto pun guna template yang sama


so apa pendapat korang?

Nak Cari Jersi Pahang

misi aku sekarang cuma nak cari jersi baru pasukan Pahang FA. jersi Pahang FA untuk musim sebelum ni aku dah ada cuma agak kecik sedikit.

jersi Pahang FA 2011/2012

ye la, mula-mula beli nak size kecik-kecik je. konon-konon baju fit smart la, tapi bila aku dah pakai lain pulak yang jadi. habes semua susuk tubuh aku yang sekeping ni jadi tatapan umum.

kali ni aku akan cari jersi Pahang FA yang baru dengan lebih berhati-hati. tidak terlalu fit dan tidak terlalu labuh. kat bawah ni rupa jersi Pahang FA untuk 2012/2013:


mana satu jersi Pahang FA? memang obvious la yang warna kuning hitam tu. satu Malaysia tahu kalau jersi dah warna merah kuning tu kepunyaan pasukan Selangor FA. ye dok?

*sekarang aku berada di luar Pahang, kat mana nak dapat dengan harga murah?

Nak Download Fifa 13

menunggu punya la lama game ni nak keluar. kali ni link untuk download Fifa 13 PC lambat dari sebelum-sebelum ni.


masalahnye tukang nak crack Fifa 13 ni masih lagi berusaha dan setakat ni, belum ada lagi Fifa 13 versi crack untuk di-download. mungkin ade segelintir yang tak paham crack tu ape kan?

versi crack ni maknanye kita boleh main game tersebut dengan percuma. Fifa 13 nak beli memang tak la, harga taknak mahal pulak kan..

Fifa 13 ni memang video game feveret kebanyakan umat manusia kat muka bumi ni. sukan bola sepak memang sangat terkenal di seluruh dunia. tak caye? tengok kat bawah ni:


bandingkan jualan Fifa 13 dengan PES2013 (Pro Evolution Soccer)

sementara nak menunggu si tukang crack ni siap dengan keje dia, baik aku berangan dulu main game ni dengan tunjukkan sedikit beberapa screenshot:


*aku tak mampu nak beli game ori apetah lagi PS3

Konflik Futsal

baru-baru ni timbul satu konflik antara kawan-kawan aku mengenai futsal.. sebelum ni aku dengan yang lain-lain main ok je, takde pape masalah.. takde pun yang bising-bising tapi sekarang lain pulak ceritanye..

agak-agak macam mana nak bagi semua puas main? sebab ada yang mempertikaikan bayar sama banyak tapi masing-masing main nak full time..

yang aku nampak isu ni timbul lepas ada kumpulan-kumpulan baru yang join sekali kitaorang main futsal.. mungkin masing-masing tak selesa dengan orang baru atau pun perbezaan budaya main futsal antara kumpulan..

agak-agak yang baca entry ni boleh bagi cadangan tak? main dua jam dan ada lebih kurang 3-4 team yang main..

-------------------------------------------

kat bawah ni aku nak kongsi gambar-gambar yang sempat diambil masa aku main futsa.. jarang nak amek gambar masa main futsal sebab masing-masing tengah khusyuk, ini je la yang ada..


Spain vs Italy

dah alang-alang sekarang musim EURO 2012, aku post pasal EURO la.. malam kang perlawanan antara Juara Dunia 2006 dan Juara Dunia 2010

2006
2010

antara Spain dan Italy, mana best?

*tergelak tengok pompuan update status pasal EURO 2012, ade ke patut sokong Chelsea.. cik adik, EURO ni kejohanan antara negara, bukan kelab wehh.. haha

EURO 2012, Mana Satu Team Korang?

esok dah start EURO 2012.. kejohanan ni boleh dikira gempak la selepas kejohanan Piala Dunia.. kalau tak silap aku la, orang lagi suka tengok EURO berbanding Copa America.. EURO ade 16 pasukan, Copa America pulak ade 12 pasukan je..


lagipun kat EURO ade banyak team power-power.. masa EURO 2012 ni kita takleh nak ramal berdasarkan performance masa World Cup 2010 dulu.. sekarang skuad pun dah bertukar-tukar..

kalau aku, aku pilih dua team iaitu France (Perancis) dan Italy (Itali).. paling aku suka Italy sebab kat situ ade Andrea Pirlo, feveret aku nih..

Andrea Pirlo

kat France pulak ade Franck Ribery (Bilal Yusuf Muhammed), dia memang power tak hengat punye.. dia ni kalau sergah orang ade seram gak, tengok la parut dia besar mana..

Franck Ribery

kalau kat France tu belum aku sebut player-palyer lain lagi.. tapi kita sama-sama tengok la nanti macam mana.. mungkin ada pasukan underdog yang akan naik nanti..

kalau aku pilih France dengan Italy sebagai team feveret, korang team ape?

*Spain power, England boleh tahan la, Germany pun power, Netherlands power gak, Portugal pun boleh laa..

Nak Cari Jersi Goalkeeper Kelantan

walaupun aku bukan la berasal dari Kelantan, tapi aku betul-betul minat dengan design jersi pasukan Kelantan ni.. ingat, aku minat design jersi je..

sebenarnya aku terpikat dengan jersi goalkeeper pasukan Kelantan mase perlawanan Piala FA final menentang Sime Darby.. warnanya hitam oren, dipakai oleh goalkeeper Kelantan iaitu Khairul Fahmi Che Mat..


susah nak mampus aku cari gambar ni.. aku nak gambar Khairul Fahmi je sebab nak tengok design jersi dia.. template jersi sama dengan jersi home dan away, cuma warna je hitam oren..

agak-agak ade jual tak baju goalkeeper Kelantan yang warna hitam oren tu?

*kalo boleh nak gak aku beli jersi Pahang FA tapi taktau nak cari kat mane

UEFA Champions League Final 2012

tadi Kelantan dah menang FA Cup versi Malaysia.. jap lagi Chelsea dengan Bayern Munich pulak.. bagi sape-sape yang takde tv tu, boleh la tengok live streaming kat laptop/pc.. camne nak tengok?

hmmm.. kalo aku nak je jawab "google je".. betul, cara tu je yang ade.. aku pun taktau sangat kat mane nak tengok bola live streaming ni.. takpe, aku tolong carikan..

[http://www.firstrowsports.eu/]

ok, aku dah bagi link tu pandai-pandai la cari kat celah mane nak tengok.. kalo tak boleh try la kat website lain.. alaa, google je.. haha

yang penting keyword yang korang guna.. tadi aku guna keyword "football live streaming free" .. lebih kurang macam tu la.. boleh gak kalo korang lebih spesifik dalam google tu.. tambah-tambah la perkataan Champions League Final 2012..

nak google bukan boleh main google je.. cara nak pilih keyword pun kene bijak gak.. sebaiknya tulis dalam english, senang pakcik google tu nak mencari..

image from nation.com.pk

bagi sesiapa yang terlepas, lepas ni boleh cari highlight antara Chelsea dan Bayern Munich ni kat FOOTYTUBE.COM.. tapi kene tunggu lepas beberapa jam lepas game la baru ade orang upload kat website tu..

Abes Final Exam, Ada Satu Lagi Final

dah beberapa hari aku habis final exam, tapi tak balik lagi ke rumah.. ah, esok (Jumaat) aku balik la.. lagipun aku memang nak sangat-sangat balik sebelum 19 May ni disebabkan aku nak tengok perlawanan akhir UEFA Champions League dengan member-member rapat yang ade kat rumah..

sape yang masuk final Champions League tu ramai dah tau aku rase.. takpe, aku bagitau jugak sape yang power sangat tu masuk final.. dua team tu antara Chelsea FC dan Bayern Munich, kebetulan pulak final main kat Allianz Arena.. tempat tu merupakan home ground bagi pasukan Bayern Munich..

ok, cukup cerita pasal bola.. tulis panjang-panjang bukan ramai yang paham sangat pun.. haha

dah abes final ni aku tetiba rajin nak buat header baru untuk blog ni.. tunggu la dalam masa beberapa hari lagi aku akan upload header baru tu.. dah siap, cuma taknak tunjuk lagi kat korang..

bile dah abes final exam ni korang ingat boleh duduk rilex? sorry la, ramai kawan-kawan aku masih busy menyiapkan final year project (FYP) masing-masing.. cenggini la hidup budak final year, bajet dah hujung-hujung bleh rilex, tapi makin busy ade la.. kan dah menyesal tu

nak tengok macam mane orang tengah buat FYP?




*jangan lupa usya entry aku yang sebelum ni :)

Arsenal Tibai Balckburn Rovers

bangun pagi bukak terus livescore.com dan apa yang aku nampak, Arsenal dah tibai Blackburn Rovers 7 -1 ..

tapi yang penting kerjasama aku nak tengok malam ni Manchester United menentang Chelsea

ayam-ayam je Balckburn Rovers ni


image source: goal.com

Cuti Tahun Baru Cina

mula-mula aku nak ucapkan selamat tahun baru cina kepada sesiapa yang layak sahaja.. lepas tu aku nak citer pasal malam tadi.. malam tadi aku dengan jiran aku merangkap seorang dari kawan baik aku telah menonton satu perlawanan bola sepak.. sape lawan sape? yang tak minat bola pun aku rasa boleh agak team mana yang berentap malam tadi..

bila dah cuti tahun baru cina ni ramai yang balik tempat asal masing-masing.. kat highway jem bukan kepalang, apetah lagi kat restoran-restoran india muslim (kite suka sebut mamak).. nak pulak malam tadi dua team besar tengah berentap, memang takde tempat la nak duduk.. aku tak sanggup pulak nak tengok bola sambil bersila..

tapi takpe, aku dapat tengok gak perlawanan bola sepak tu.. bukan sebab aku minat salah satu dari dua team tu tapi aku memang suka lepak tempat-tempat meriah, ramai orang.. nasib baik game malam tadi boleh tahan best, tak bosan..

cuti ni korang buat ape pulak?

source : goal.com

Cerita Lama: Malaysia vs Bahrain

satu Malaysia tahu yang pasukan Harimau Muda kalah dengan pasukan Bahrain.. aku pun taktau nak cakap apa.. bengang pun ada gak sebab kita dah leading 2 gol kot.. nak buat macam mana, mende dah jadi..


tengok pada gambar kat bawah ni, bukan la aku ni fanatik sangat dengan pasukan Harimau Malaya tapi hanya sekadar menyokong disebabkan aku ni juga rakyat Malaysia dan aku tidak ada kena mengena dengan Ultras Malaya..


gambar kat bawah ni diambil atas sebab-sebab sementara nak menunggu orang ramai keluar dari stadium, bukan aku nak bangga ke ape :



Goalkeeper

kalau bagi lelaki, tak kesah la player tu dari team mane pun, kalau power player tu akan tetap dikagumi.. kalau wanita pulak macam mana? kebanyakannya lebih tertumpu pada paras rupa.. mase Ronaldinho tengah top dulu ade tak dia jadi kegilaan gadis-gadis? takde kan..

Cerita Basi Aku Kat Stadium Bukit Jalil

pada 21 Julai yang lepas, aku pergi menonton perlawanan bola sepak antara Malaysia XI dan Chelsea FC.. memang citer dah basi tapi ape aku peduli, aku nak update gak pasal ni..

Malaysia v Singapore

teringin sangat nak gi tengok.. tiket berege RM30 je.. takde la murah tapi ok la dari harga tiket mase aku tengok Malaysia lawan Chelsea hari tu..

Ads

Followers