Ads

Showing posts with label uniques. Show all posts
Showing posts with label uniques. Show all posts

Son Goku vs Superman

sape yang tak kenal dengan dua mamat yang gagah perkasa tanpa bulu di dada ni kan? lebih-lebih lagi Son Goku, baik lelaki mahupun pompuan. semua kenal dengan Son Goku sebab di Malaysia ni dari kecik lagi kita dah layan manga dan anime Dragon Ball.


Superman pulak memang semua dah kenal sebab Superman ni dah lama wujud sebelum Son Goku ada lagi. nak pulak costume dia yang paling orang recognize, seluar dalam kat luar. tapi aku tak rasa orang lebih minat Superman berbanding Son Goku kat Malaysia ni kan? ke aku salah?

persoalannya, sape lebih power? sape yang akan menang kalau dua ekor alien ni bertarung? kat bawah ni aku sertakan video tentang beberapa fakta tentang dua ekor superhero ni dan video khas pertarungan dua laki orang ni (Superman dan Son Goku dah ada bini ok).

video ni memang lama sikit, kalau korang download pun size dia dalam 1GB lebih. takpe, bagi aku berbaloi tengok video ni. so apa pendapat korang pulak? puas hati tak dengan result video ni?

Jersi Baru Skuad Malaysia

baru-baru ni kita dah dikenalkan dengan jersi baru skuad Malaysia untuk digunakan semasa AFF Suzuki Cup 2012 nanti. tengok kat bawah ni:




kalau aku la, aku jenis tak kisah sangat. kalau design tu smart lagi bagus sebab kalau nak pakai buat gi jalan-jalan pun tak rasa janggal.


sebab apa aku tak kisah pasal design yang baru ni? sebab dah memang template Nike macam ni. ada berlambak jersi kelab dan negara yang guna template ni, cuma lain warna je.


jersi F.C. Porto pun guna template yang sama


so apa pendapat korang?

Homemade Beef Patty From Faa Rosli

hari tu aku ada request recipe homemade beef patty untuk burger kat kazen aku, Faa. sekarang dia dah pun post dalam blog recipe yang aku mintak tu.


aku buat request tu sebab aku dengan kawan-kawan aku ada berniaga burger di dalam uniten. so, aku mintak sedikit tips dan cadangan mengenai recipe homemade patty tu.

tengok dulu gambar kat bawah ni:


kalau rasa-rasa terliur, boleh la korang singgah ke blog beliau [di sini]. bukan setakat homemade patty, recipe lain pun dia ada banyak terbitkan.

*sekarang ni dah banyak sangat orang jual burger bakar. bukan sedap pun dorang buat. baik buat sendiri je, lagi mudah.

Bila Dah Bosan Melampau

bila bosan melampau macam-macam orang buat. ada yang keluar rumah, itu bagus. yang tak bagus bila terperap di dalam rumah je mengabehkan boras.

biasanya yang duduk terperap kat rumah bila cuti ni mesti ade sebab kan.. mungkin sebab takde sape yang nak diajak keluar atau mungkin sebab tengah takde duit.

cara aku, download muvi banyak-banyak pastu tengok sampai lebam. tapi kadang-kadang layan muvi semata-mata boleh naik muak pulak. cara terakhir, aku akan bukak website 9gag.com.

website 9gag ni aku jadikan pilihan terakhir sebab aku nak beri laluan segala content yang ada dalam website tu updated. baru best kalau tengok mende baru kan?

biasanya aku lebih suka post yang bersifat sarcastic, iaitu perlian. lagi best kalau ade yang post pasal perli budak-budak hipster dan budak-budak yang belum abes sekolah tapi berlagak macam orang dewasa.


kalau dulu website 9gag ni penuh dengan mende-mende lawak. tapi sekarang sejak muncul golongan yang baru dan lebih muda, website ni lama kelamaan jadi makin bosan. makin banyak posting yang tah pape.

selain dari tidur apa lagi yang boleh kita buat kalau bosan sangat ek? korang buat ape pulak kalau cuti ni?

Cara Buat Duit Dengan Blog

bagi blogger baru mesti kurang jelas dengan tajuk entry aku tu kan? takpe, kat sini aku nak kongsikan sedikit apa yang korang boleh buat dengan blog sampaikan bleh jana duit sampingan..

ok, aku teruskan dengan tips yang aku setakat tau je la..

mende paling biasa orang buat untuk jana pendapatan sampingan ialah dengan meletakkan iklan dalam blog.. kenapa letak iklan boleh dapat duit?

blog ni umpama tapak korang.. kat sini korang boleh kenakan bayaran kat sape-sape yang nak iklankan produk dorang dalam blog korang.. pengiklan-pengiklan ni biasanya akan cari blog yang feymes je, sebab tu penting follower ramai..

-----------------------------------------

cara paling mudah nak letak iklan biasanya orang akan letak iklan-iklan dari Nuffnang, Advertlets atau Google Adsense..

seterusnya ialah dengan menjual produk dan jadikan blog korang ni umpama katalog atau kedai online.. cara ni pun boleh tahan mudah, korang tak payah serabut pikir modal nak bukak kedai..

biasa kalau pompuan aku nampak dorang banyak jual pakaian dan aksesori wanita macam tudung, baju, alat mekap, barangan kesihatan..

lebih beruntung kalau seseorang tu dikurniakan dengan bakat membuat kek, memasak, mengukir, menjahit, mengait dan meyulam.. dengan skills yang korang ade tu bleh hasilakan produk sendiri seperti plushies, amigurumi, feltcraft.. banyak sangat la weh!

amigurumi - image credit to theartzoo.com
felt craft - image credit to loyalkng.com

lagi satu korang boleh jual service dan jadikan blog ni tempat korang berhubung dengan pelanggan.. macam-macam orang buat.. kalau terrer photoshop bleh amek upah edit gambar, design logo atau header blog.. kalau pakar web programming, boleh amek upah design blog/website orang..

-----------------------------------------

kalau aku nak sebut satu-satu kat sini memang susah la sebab banyak sangat mende yang korang boleh buat dengan blog ni.. paling penting sekali korang kene rajin, takde cara mudah nak dapat duit even mintak sedekah pun susah..

tips yang aku bagi ni pun tak lengkap sebenarnye, sekadar nak memperkenalkan je.. korang boleh refer dengan blog lain macam mana dorang buat duit dengan adanya blog ni..

image credit to problogger.net

korang boleh tengok gambar kat atas ni sebagai rujukan

Serangga Pilihan

baru-baru ni aku dikenalkan dengan satu lagu dan video. lagu ni bercerita pasal serangga pilihan dan anda hanya diberi masa dua minit!

kenapa dua minit? tengok dulu video ni dengan khusyuk:


lagu ni dah buat aku dan kawan-kawan aku berjiwa kacau. tak jumpa kaitan gambar dengan lagu apetah lagi lirik lagu ni.

lawak nak mampos, walaupun kadang-kadang rasa annoying tapi buat aku nak dengar berulang kali. hahahahha

Merdeka Malaysia 55 Tahun

aku nak cerita pasal merdeka kat malaysia ni takde la aku reti sangat sebab aku bukan lahir zaman perang pun.. tahun Malaysia mendapat kemerdekaan dari penjajah pun ayah aku belum lahir lagi..

tapi ramai yang cakap, merdeka tak semestinya merdeka dari huru-hara yang penjajah bawak kan.. ade betul gak sebab dah macam-macam pendapat tentang kemerdekaan..

makin lama makin pelik istilah-istilah yang digunakan oleh budak-budak muda bagi menampakan kecanggihan dalam berbahasa Melayu.. erk


image credit to eyepeedee.blogspot.com


pada tarikh 31 Ogos tahun 1957, orang yang bertanggungjawab mendapatkan kemerdekaan telah memilih tarikh ini untuk sambutan rasmi hari kemerdekaan Malaysia.. padahal kalau tak silap bulan February pada tahun yang sama Malaysia dah official merdeka pun..

sebenarnye aku nak cerita pasal tema dan logo merdeka tahun ni.. isu ni dah lama dah pun wujud tapi aku baru nak tulis pasal ni..

bagi aku tema untuk merdeka tahun ni kurang sesuai la.. sangat menggelikan ketiak bile pertama kali dengar tema merdeka tahun ni..

logo pun sama gak, sampai sekarang aku taktau mana satu logo rasmi Merdeka 55.. sebelum ni ade muncul yang buruk, tapi bila dah ramai komplen mula la cakap logo tu tak official.. heh, cover abes kurang cerdik..

aku taknak tunjuk logo yang buruk tu kat sini.. cukup la aku tunjukkan logo-logo hasil dari kreativiti designer-designer tempatan sendiri..


image credit to hazrilhafiz.blogspot.com


mana satu yang paling sesuai dan smart? aku sendiri pun susah nak pilih sebab logo lawa-lawa tapi tema sakai giler.. haha

Jom Customize Facebook Timeline

sekarang ni heboh pasal facebook timeline.. kebanyakan dari korang mesti dah dapat facebook timeline dan mungkin jugak ada yang belum dapat.. rilex je dulu, mende ni diberi pakai secara berperingkat..


dan bila munculnya facebook timeline ni, ramai pulak yang menunjukkan idea kreatif dalam menggunakan facebook timeline ni.. contoh kat bawah ni :



ok, kali ni jom ramai-ramai tunjukkan kreativiti masing-masing dalam 'menghuru-harakan' facebook timeline ni.. semua ni boleh buat sendiri je menggunakan photoshop, siap dengan template sekali..


[download facebook timeline template psd (mediafire link)]


korang hanya perlu tukar avatar dan cover je.. agak-agak kalau tak reti gak, mintak la tolong sape-sape yang mahir dalam menggodek-godek photoshop tu..


buat cover facebook timeline ni mudah macam kita buat header blog.. boleh jugak kalau nak letakkan iklan kat cover tu


ini pulak hasil kerja cuba-cuba yang tak berapa nak menjadi dari aku :




*sila jangan add aku dalam facebook unless we know each other :)

Penangan 9GAG

pernah dengar 9gag? bagi sape-sape yang geek pasal internet ni konfem tau pasal 9gag ni.. bagi sape-sape yang tak tau, 9gag ni merupakan website untuk kaki-kaki internet datang melepak dan ketawa..


umpama macam pengguna-pengguna internet dari seluruh dunia datang satu tempat dan melepak dan budak yang dibuli ialah USA (Amerika Syarikat)..




gambar kat atas ni terang menunjukkan website ni banyak unsur-unsur humor dan keperlian.. ini senarai golongan-golongan yang dikutuk di dalam website 9gag :

  • Twilight
  • American
  • Justin Bieber






jangan bukak masa nak study pulak, memang korang melekat bukak mende ni.. bukan la aku geek ke ape tapi website sangat kelakar.. ok, cuba bukak dan tengok berapa lama korang ada depan laptop.. hehe




*disebabkan 9gag ni aku tidur lewat -_-'

Ukiran Kayu

bila bukak balik folder-folder lama yang ada dalam laptop ni, terjumpa pulak gambar lama.. gambar kat bawah ni merupakan hasil kerja makcik aku:

Pertandingan Julingkan Mata Sampai Nampak Hasil

kali ni aku perlukan korang untuk menjulingkan mata untuk seketika.. bagi sape-sape yang dah tahu, senyap kejap.. bagi sesiapa yang mahir dalam juling-menjuling ni memang beruntung..


Ada Apa Dengan Melayu

sebenarnya aku malas nak tulis pasal ni.. tapi kalo aku pendam lama-lama tak elok jugak.. sebab mende yang baik tak patut simpan, nanti busuk.. dan aku harap ramai yang celik.. :)


Untung Wanita Berkening Tebal / Lebat

beruntung la sangat kan.. tapi pendapat aku menyatakan memang beruntung pun kalau korang si wanita-wanita yang ada bulu kening lebat, tebal, dan hitam legam..

aku ni dah hilang pedoman ke nak cakap pompuan berbulu kening tebal tu chantek? haa, meh sini aku tunjuk kat korang satu pendedahan.. ecehh, pendedahan tu..~









semua kat atas ni merupakan antara artis hollywood yang mempunyai kening tebal atau lebat.. lebat dan tebal maksud aku kat sini kemas dan pekat warnanya.. (dengan nada Pak Salam Erwijoko Anwar)


----------------------------------------------


itu kat hollywood, kat Malaysia pulak kita ada sape?




okeh, kat Malaysia pulak kita ada my lalink Elfira Loy.. ehem..! :p
*gambar dicilok dari facebook beliau


----------------------------------------------




eh, ni sape pulak? boleh tersesat pulak kawan satu uniten aku ni kat sini.. hehe [terjah blog dia jap]


----------------------------------------------


sebenarnya aku nak bagitau kat korang yang berkening lebat dan tebal ni lawa.. tak payah nak tarah sangat kening korang (pompuan) tu.. berdosa lagi ade la..

terima la seadanya anugerah yang Allah S.W.T bagi tu.. tengok la kat atas tu, lawa bukannya tak lawa kan.. mungkin menantu mak aku nanti seorang yang berkening sedemikian? :p

Apa Jadi Kalau Kartun Bertemu Seni?

pernah tengok hasil seni orang terdahulu? sebagai contoh lukisan potret Monalisa.. haaa, dah paham?

kali ni aku saje je nak share dengan korang gambar2 yang boleh tahan best..

taktau kenapa ini gambar feveret aku.. hahaha















ok, itu la entry bosan aku kali ni..

Korang Boleh Ke Stylo Macam Ni?

aku bukan la peminat siri anime mahupun manga.. paling kuat pun layan Naruto je.. itu pun manga Naruto..

ape tu manga? ape tu anime? manga tu nama lain bagi komik yang mempunyai style lukisan Jepun..

anime pulak, singkatan untuk animation.. senang cakap, kartun la.. tapi anime ni lebih kepada animasi Jepun.. Doraemon dan Shin Chan yang korang tengok kat TV itu la anime..

jom tengok ni kejap:



















kadang2 aku kagum gak tengok dorang ni berpakaian seperti watak2 dalam video game, manga, mahupun anime..

ade sesetengah tu dorang nampak lebih lawa atau comel berbanding dengan watak di dalam komik/manga.. korang tak nak terai ke?



agak lega sebab midterm exam aku untuk subjek SE (Software Engineering) baru je habes tadi.. nak tau aku boleh jawab ke tak? no comment..

Ads

Followers