Ads

Showing posts with label hiburan. Show all posts
Showing posts with label hiburan. Show all posts

Tak Sabar Nak Tengok!

aku sebenarnya memang suka kalau filem diadaptasi dari komik. untuk entry ni aku nak share gambar-gambar dari pengambaran filem The Amazing Spider-Man 2 dan aku memfokuskan tentang kostum baru Spider-Man ni.


kat bawah ni senarai gambar dari The Amazing Spider-Man (2012):


kat bawah ni pulak kostum terbaru Spider-Man untuk sequel akan datang:


pendapat masing-masing macam mana? secara peribadi, aku lebih suka kostum dari filem pertama The Amazing Spider-Man. bukan bermakna aku tak suka kostum terbaru yang bakal digunakan, tapi kostum sebelumnya lebih menepati citarasa aku.

untuk kostum terbaru The Amazing Spider-Man ni, design hampir tepat dengan versi komik. rekaan semakin ringkas dan paling jelas tang mata tu, lebih besar dari sebelumnya sebab dorang nak sama macam versi komik.

aku difahamkan yang The Amazing Spider-Man diinspirasi dari filem reboot Batman Begins.


apa lagi, sila kemukakan pendapat korang pulak. yang mana satu jadi pilihan korang?

Iron Man 3 Official Trailer Dah Keluar

akhirnya, keluar jugak trailer untuk siri movie Iron man yang terbaru. sebelum ni Iron Man (2008), Iron Man 2 (2010) dan lepas ni Iron Man 3 (2013) pulak.

iklan. sape klik dia baik hati :)

sebelum tengok official trailer untuk Iron Man 3 ni, meh sini aku nak tunjuk beberapa gambar dari sedutan filem tersebut.

------------------------------------

image credit to movies.com
image credit to teaser-trailer.com
image credit to teaser-trailer.com
image credit to teaser-trailer.com

tengok pada gambar kat atas ni, suit Iron Man yang baru tu ade nampak macam tin vanilla coke je. design bagi aku dah smart, cuma warna je macam kureng sikit.

gambar pertama tu sebenarnya War Machine, bukan Iron Man. suit War Machine tu berdasarkan Iron Patriot Armor.

------------------------------------

jom tengok official trailer pulak:


untuk tengok trailer ni dengan lebih jelas, korang boleh menonton dengan mode full screen. takpun korang tengok kat laman Youtube sendiri, tekan logo Youtube kat video ni.

Cara Nak Tahu Filem Tu Best Ke Tak

cara ni biasanya aku guna bila nak download muvi baru. sebelum download kita mane nak tau muvi tu best ke tak kan? pilihan yang kita ada, sama ada kita dah tengok muvi tu atau bertanya kat kawan-kawan yang dah tengok.


kat sini aku nak bagitau cara aku nak tentukan cerita tu best ke tak sebelum download. kebiasaannya aku cari cerita-cerita lama je sebab cerita yang baru keluar panggung agak susah nak cari kat internet. (aku pentingkan kualiti, tak suka download gambar panggung)

------------------------------------

#1 Google

cara ni paling mudah. korang taip je tajuk filem kat ruangan search tu, result terawal yang keluar biasanya dari IMDB dan official website. maka aku pun memilih link dari IMDB.


#2 IMDB

IMDB bermaksud Internet Movie Database. bila dah masuk website tersebut, korang hanya perlu tengok kat bahagian rating filem yang korang cari tu. senang je, macam dalam gambar kat bawah ni:


nampak tak rating dia berapa? korang jugak boleh tau dah berapa ramai yang vote untuk rating filem tu. contoh citer Toy Story tu rating dia 8.5/10, so dah kire gempak la kalau dapat rating banyak tu.

tips aku, filem yang mana rating dia 7.0 dan keatas maka filem tu memang betul-betul best. kat IMDB ni aku boleh percaya sikit sebab yang tentukan filem tu best ke tak adalah penonton sendiri, bukan pilihan editor.

------------------------------------

ini adalah cara aku buat research sebelum men-download mana-mana muvi. kalau best dan dah ade file berkualiti Blu-ray, aku akan terus download.

kadang-kadang best ke tak satu-satu muvi tu bergantung kat individu tu jugak. tiap-tiap manusia ni selera dia lain-lain. aku suka cerita yang berat-berat, yang mana filem tu boleh buat kita sakit otak memikir. haha

------------------------------------

UPDATE: korang boleh gak tengok senarai top 250 kat LINK ni. sepanjang aku download dan tengok muvi-muvi yang dari top 250 ni, memang tak mengecewakan.

*korang kene terai tengok The Shawshank Redemption, sumpah terbaik giler!

Kenapa Dengan Shila Amzah?

sape yang tak kenal dengan Shila Amzah kan? ada rupa, ada suara, memang budak-budak baya aku ni jadikan dia ciri-ciri wanita idaman lah. even kawan-kawan aku pun ada yang minat dia ni.


aku takde la minat sangat si Shila Amzah ni. masa mula-mula dia tengah top boleh la jugak aku melayan si Shila ni sebab dia ni kategori awek cun je. bila dah ramai lelaki yang minat, aku terus mengundurkan diri. haha

----------------------------------

ok, baru-baru ni Shila Amzah dah menang Asian Wave yang berlangsung kat China. tahniah abang ucapkan, kehkehkeh (aku lagi tua dari dia kot)

image credit to amalinaathman.my
image credit to mediahiburan.karangkraf.com

sekarang ni dia sudah berhijab yakni bertudung, bagus la macam tu. aku harap dia tak ikut perangai budak-budak hijab hipster kat luar tu, bertudung macam nak jadi singa.

berhijab atau bertudung ni bukan sekadar menutup rambut semata-mata, kene belajar lagi pasal aurat-aurat lain yang perlu ditutup.

*aku pun taktau ape mimpi aku nak tulis pasal Shila Amzah ni. dah kering sangat idea agaknye :p

Hero Kanak-Kanak Zaman Dulu

kalau nak cerita zaman kita kecik-kecik dulu, banyak sangat. itu belum tentu ingat semua apa yang kita lalui. untuk entry ni aku akan cuba ingatkan balik dan sertakan dengan beberapa fakta menarik.

rancangan yang disiarkan kat TV memang sinonim dengan kenangan zaman kanak-kanak. mane taknye, itu je la hiburan yang kita ada. bukan macam sekarang yang dah macam-macam hiburan untuk kanak-kanak.

ok, aku cuma nak bercerita pasal rancangan TV yang pernah disiarkan dulu dan menjadi tatapan kita zaman kanak-kanak dulu.

-------------------------------------

Kesatria Suria Baja Hitam


apa mende Suria Baja Hitam ni? masa kita kecik-kecik mane la nak mengkaji sangat kan. tau tengok je, kalau cerita tu ulangan pun budak-budak mane nak perasan sangat.

nama dia jadi Kesatria Baja Hitam sebab cerita ni di-translate ke Bahasa Melayu supaya senang budak-budak kat sini nak paham.

cerita ni di-translate dari Bahasa Jepun ke Bahasa Melayu, sebab tu nama jadi pelik sikit. sepatutnye nama hero kat atas ni ialah Kamen Rider Black dan Kamen Rider Black RX.

-------------------------------------

Jetman


kat sini kita lebih mengenali hero-hero kat atas ni sebagai Jetman. nama sebenar rancangan ni ialah Chojin Sentai Jetman. bila adanya perkataan 'sentai' tu, maknanye ini adalah satu dari Super Sentai franchise.

ape tu Super Sentai? memang la ramai yang taktau sebab kita kat sini lebih mengenali Power Rangers berbanding Super Sentai. pihak dari US beli copyright dari pihak Jepun untuk mewujudkan Power Rangers berdasarkan Super Sentai franchise.

dan cerita ni jugak di-translate dari Bahasa Jepun ke Bahasa Melayu. segala footage amek dari versi Bahasa Jepun. Power Rangers yang pertama pun berdasarkan Kyoryu Sentai Zyuranger.

-------------------------------------

Mighty Morphin Power Rangers


ini merupakan salah satu rancangan yang memang susah budak-budak baya aku nak lupa. cerita ni start kat Malaysia masa aku sekolah rendah, memang segar la kenangan masa tu.

asalnya cerita ni berasal dari Jepun iaitu Kyoryu Sentai Zyuranger. pastu pihak Saban Entertainment beli license Zyuranger untuk mewujudkan sentai versi omputih, Power Rangers.

sebenarnye ramai yang tertipu. para pelakon Mighty Morphin ni hanya melakonkan kebanyakan watak tanpa costume. maknanye, bile tiba scene lawan-lawan ber-costume Power Rangers, segala footage diambil dari versi asal Zyuranger.

sebab tu Power Rangers kuning tak pakai skirt, sebab versi Jepun yang warna kuning tu merupakan watak lelaki.

-------------------------------------

Ultraman


pasal Ultraman ni aku tak boleh cerita banyak sangat sebab cerita ni bukanlah antara feveret aku. aku pulak memang tak amek tau sangat pasal Ultraman sejak dari kecik.

siri Ultraman antara siri kanak-kanak yang di-translate dengan baik di Malaysia. tidak ada istilah-istilah baru diwujudkan. aku sendiri kurang ingat siri Ultraman apa yang aku tengok masa kecik dulu.

yang mungkin feymes di sini ialah Ultraman Taro, Ultra Seven, Ultraman Leo, Ultraman 80, Ultraman Ace dan Ultraman Tiga.

-------------------------------------

Gaban


hmm.. bagi sapa-sapa yang first time dengar, macam buruk bunyinye. memang la, kat sini dah salah eja. sepatutnye nama siri ini ialah Space Sheriff Gavan. sape ngajor Gaban?

cerita ni pun berasal dari Jepun nun jauh di sana. pasal Gavan ni aku pun kurang jelas sebab masa kecik aku mungkin tak berpeluang nak tengok disebabkan cerita ni disiarkan masa aku tengah bersekolah.

-------------------------------------

Cybercop


cerita ni pernah jadi feveret aku dan feveret aku masa tu merupakan polis yang warna merah tu, Jupiter. nama asal cerita ni ialah Dennou Keisatsu Cybercop.

pada asalnya cerita ni bertujuan untuk menyaingi Super Sentai series, tapi mungkin disebabkan kurang dapat sambutan aku pun taktau kenapa cerita ni takde sequel.

Finishing move Jupiter aku ingat lagi sampai sekarang, "Putaran Halilintar!". haha

-------------------------------------

sebenarnya banyak sangat cerita kanak-kanak masa dulu. dah tua sekarang ni memang susah sikit nak ingat apa yang jadi masa kecik dulu. itu belum aku masukkan siri kartun lagi. kartun saje dah banyak sangat.

kat atas ni antara siri kanak-kanak yang ber-costume dan yang aku paling ingat je. kalau korang ada nak tambah, sila tinggalkan comment. nanti aku nak try research. :)

Kembali ke Zaman Kanak-Kanak

sekarang aku ade kat tanah tumpah airku. bukan bermakna aku ade kat seberang laut sebelum ni, saje nak bagi canggih bahasa. sebenarnye aku baru je sampai Temerloh, tempat asal aku.

kalau aku dah balik rumah ni, memang proses nak meng-online tu amek masa sikit. sebab tu dah dua hari tak update blog.

-------------------------------------

disebabkan banyak masa free ni, aku nak kembali menjalani hidup seperti kanak-kanak. err.. takde la kanak-kanak sangat, tapi awal-awal remaja sebenarnye.

macam mana aku nak buat tu? senang je, sebelum sampai rumah aku download series Kamen Rider Fourze sampai habis. kahkahkah

kalau sebut Kamen Rider mesti ramai yang cakap itu rancangan untuk budak-budak. bagi aku tak sangat pun, rancangan tu sebenarnya untuk golongan awal remaja. means, transition dari budak-budak ke alam remaja.

-------------------------------------

tapi aku tak kisah sebenarnya ape orang nak cakap pun. even orang dewasa pun tengok Boboiboy, ye dok? so tak salah kalau aku nak layan Kamen Rider series. (sebenarnye dari kecik feveret aku ni!)


aku akui yang design Kamen Rider Fourze ni memang buruk. tapi jalan cerita boleh tahan. Kamen Rider sekarang makin baru makin buruk, aku pun taktau kenapa.

korang mesti kenal dengan Kesatria Suria Baja Hitam kan? sebenarnye tu la Kamen Rider Black:


Serangga Pilihan

baru-baru ni aku dikenalkan dengan satu lagu dan video. lagu ni bercerita pasal serangga pilihan dan anda hanya diberi masa dua minit!

kenapa dua minit? tengok dulu video ni dengan khusyuk:


lagu ni dah buat aku dan kawan-kawan aku berjiwa kacau. tak jumpa kaitan gambar dengan lagu apetah lagi lirik lagu ni.

lawak nak mampos, walaupun kadang-kadang rasa annoying tapi buat aku nak dengar berulang kali. hahahahha

Apa Itu Gangnam Style?

kebelakangan ni Gangnam Style dah jadi fenomena oleh masyarakat dunia.. omputeh pun sampai terbawak-bawak lagu Gangnam Style ni..




bagi sape-sape yang masih lagi blur, aku hanya bleh bagitau yang Gangnam Style ni hanya lagu berbahasa dan berasal dari Korea Selatan semata-mata.. penyanyi lagu ni, PSY (Park Jae-Sang)..

aku sendiri takde la impressed sangat dengan mende alah ni, cukup la sekadar tahu ape mende Gangnam Style ni.. ade yang cakap kelakar, ade yang cakap best dan ade jugak yang cakap menyampah..




PSY pun dah berumur 34 tahun ni, takde la muda sangat dan jelas dia ni bukan la penyanyi baru kat Korea Selatan tu..

terdapat beberapa selebriti Korea Selatan yang muncul dalam video clip ni:

  • Hyuna, ahli kumpulan 4minute
  • Yoo Jae-Suk, pelawak/pengacara (Running Man)
  • Noh Hong-cheol, pelawak/pengacara (Heroes)
  • Daesung dan Seungri, ahli kumpulan BIGBANG

kalau power cuba cari sendiri..

semasa aku menulis entry ni, dah 60 juta orang tonton video ni kat Youtube.. bagi yang first time tengok agak-agak ape reaksi korang?

*sebenarnye pening kepala housemate aku pasang lagu ni berulang kali dengan volume yang tinggi

Batman Dulu Dan Kini

citer Batman yang The Dark Knight Rises tu bile kuar kat Malaysia? esok kan? aku malas nak tengok awal-awal sebab takut penuh je.. citer The Dark Knight sebelum ni memang gempak, so mesti ramai yang menaruh harapan tinggi kat The Dark Knight Rises kan?


tapi bukan aku nak citer sangat pasal The Dark Knight Rises sebab aku belum tengok lagi.. aku nak tunjuk kat korang watak-watak dalam The Dark Knight Rises dengan filem-filem Batman yang sebelumnya..

Batman, atau Bruce Wayne

Batman (1943)

Batman and Robin (1949)

Batman (1966)

Batman (1989)

Batman Returns (1992)

Batman Forever (1995)

Batman & Robin (1997)

Batman & Robin (1997)

Batman Begins (2005)

The Dark Knight (2008)

The Dark Knight Rises (2012)

makin lama, makin banyak beza suit Batman yang dipakai.. yang lama aku tak heran la suit dia macam tu, tapi bagi aku suit Batman yang paling buruk ialah suit Batman & Robin (1997)..

yang paling smart mane lagi kan kalau bukan suit The Dark Knight.. start Batman Begins, suit Batman hampir kepada realistik.. banyak berkait dengan teknologi ketenteraan..

Catwoman, atau Selina Kyle

Batman (1966-1967) - Julie Newmar

Batman Movie (1966) - Lee Meriwether

Catwoman (2004) - Halle Berry

Batman Returns (1992) - Michelle Pfeiffer

The Dark Knight (2012) - Anne Hathaway

pasal Catwoman ni pulak aku paling suka costume masa filem Batman Returns (1992).. setakat ni itu yang paling realistik sebab si Selina Kyle tak kaya macam Bruce Wayne.. cukup la jahit-jahit dari leather or PVC jacket untuk buat costume Catwoman..

paling buruk bagi aku costume Catwoman (2004) lakonan Halle Berry.. itu costume yang paling menyakitkan hati aku, buruk nak mampos!

Bane

Batman & Robin (1997)

The Dark Knight Rises (2012)

filem Batman sebelum ni ade gak watak Bane ni tapi perwatakan dia memang lari sikit la dengan komik asal.. untuk Bane dalam The Dark Knight Rises, perwatakan si Bane ni hampir tepat dengan komik asal..

Bane ni bukan setakat badan gedabak, tapi dia merupakan antara musuh Batman yang paling bijak.. dalam filem Batman & Robin (1997) watak si Bane ni macam bodo-bodo sikit, jadi kuli Poison Ivy..


cuma fizikal Bane (Tom Hardy) dalam The Dark Knight Rises ni takde la tepat sangat.. dalam komik si Bane ni badan dia lebih besar dan tinggi dari Batman/Bruce Wayne, tapi Tom Hardy cuma berketinggian 178cm..

takpe, asalkan jalan cerita dan plot dia menarik. :)

Pernah Main Game Ni?

kali ni aku nak post pasal video game kat pc pulak.. game ni antara game yang paling aku suka main dan takkan bosan.. game yang aku maksudkan adalah The Sims..

The Sims ni ada tiga siri iaitu The Sims, The Sims 2 dan The Sims 3.. game ni bagi aku boleh tahan best sebab macam-macam kita boleh buat, hampir menyerupai rutin harian kita..

The Sims


The Sims 2


The Sims 3


aku tak pernah main pun The Sims siri yang pertama tu.. aku mula-mula kenal The Sims pun dari The Sims 2.. untuk game ni makin baru, gameplay dia makin best.. makin baru makin banyak mende yang korang boleh buat..

aku hanya boleh buat perbandingan antara The Sims 2 dengan The Sims 3 je la sebab dua-dua game ni aku dah main dan memang The Sims 3 lebih banyak function berbanding The Sims 2.. hmm The Sims yang pertama apetah lagi kan..

agak-agak korang yang baca ni pernah main tak game ni?

Ads

Followers