Ads

Laptop Baru. Weehuuu!



dah sekian lama aku menggunakan laptop ni. sejak dari tahun 2007 aku setia dengan laptop pertamaku, tak pernah tukar baru dan tak pernah hantar ke kedai untuk repair.


kalau ikutkan, laptop aku tu dah merata merantau. dah merata laptop tu ikut aku, ajaibnye laptop aku tu langsung tak pernah rosak yang memaksa aku untuk hantar ke kedai. power tak untuk laptop lama?


-------------------------------------


sebenarnya laptop baru yang aku maksudkan bukan la laptop yang baru dibeli. tapi aku hanya menukar ke laptop lain yang mana laptop baru ni jauh lebih power dari laptop asal aku.


terima kasih diucapkan kepada adik aku, Nisa Kay kerana dia dah membeli laptop baru. so laptop lama dia dah jadi laptop baru aku. herher :))


-------------------------------------


untuk pengetahuan, laptop asal aku sangat-sangat la slow macam siput babeng. processor cuma 1.6GHz. masa mula-mula beli dulu RAM hanya 512MB dan HDD aku cuma 80GB.


tapi aku dah upgrade RAM kepada 2GB dan HDD kepada 150GB. bagi aku belum lagi cukup dengan specification tersebut. ye la, processor 1.6GHz je kot. main Angry Birds pun lagging.


-------------------------------------


aku harap dengan laptop yang baru aku dapat ni akan mempertingkatkan lagi productivity aku sebagai seorang blogger dan student. phuii!! productivity la sangat, aku nak laptop tu boleh main game je. haha


*aku yakin processor laptop korang 2GHz dan ke atas. errr.. netbook lain cerita la, aku cakap laptop

9 comments:

  1. jage baik2 laptop baru :)

    laptop lama tu powerla.. brand ape?

    ReplyDelete
  2. RAM 512, HDD 80Gb? lama amat tu specs. welcome home ar laptop baru.

    ReplyDelete
  3. untunglaaa laptop baru..
    nak jugak...!!

    ReplyDelete
  4. wah~ lappy baru... bg la nama manja utk lappy tuh...wakakaka

    ReplyDelete
  5. tak pernah hantar kedai tuk repair.. kagum.. format penah la kan? ke xpernah juga??

    ReplyDelete
  6. hahaha mengong. ingatkan laptop baru betul2.

    ReplyDelete
  7. @shera haifa
    yup, tak pernah hantar repair. secara fizikalnye, tak pernah rosak pape. format tu byk kali la.. tu mende standard.. hehe

    ReplyDelete

Ads

Followers

Google+ Followers