sebelum ni CPUV (cost-per-unique-visit) lebih dikenali sebagai buffered earnings tapi sekarang term tu dah takde kat dalam website nuffnang. tak memberi kesan apa-apa pun kalau term dia tukar pun, ianya tetap mende yang sama.
tujuan aku buat entry ni adalah untuk meluahkan rasa syukur yang tak terhingga sebab baru-baru ni aku check nuffnang (aku sangat jarang bukak nuffnang), ada empat cpuv berjalan serentak. kalau ramai yang bukak blog aku ni memang masyuk la kan earnings tu.
--------------------------------------
aku memang taknak berkias dengan korang sebab-sebab aku buat entry macam ni. kalau dah dapat cpuv, konfem-konfem la aku nak orang ramai datang singgah blog aku. tapi tujuan utama aku bukan la sebab duit. duit merupakan tujuan kedua aku untuk terus aktif ber-blogging.
 |
| takde masa aku nak censor mende yang tak memudaratkan |
satu lagi tujuan ialah aku harap blogger lain akan lebih bersemangat dalam menulis blog. sambil berkongsi pendapat dan cerita, korang juga boleh buat duit sikit melalui blog ni.
bila dah tau buat blog boleh menjana sedikit duit, jangan la diletakkan niat untuk blogging ni semata-mata kerana duit. semuanya bermula dengan niat yang ikhlas dan baik. duit ni anggap je sebagai perangsang untuk terus aktif.
--------------------------------------
kepada blogger baru terutamanya, bilangan follower tak melambangkan apa-apa sangat pun. tak semestinya follower ramai blog tu akan ada orang sentiasa singgah. kalau boleh sikit-sikit kita perbaiki la kekurangan dan kesilapan.
jangan terlalu mengejar bilangan follower untuk nampak gah di kalangan blogger lain. korang follow satu-satu blog tu, tak semestinya dia pun kena follow blog kita. setuju? kalau follow blog orang tu pun jangan la mengharap dia akan follow kita balik. niat kena betul, nak follow blog biar la follow blog yang betul-betul kita nak baca dan mengikuti perkembangan blog tu.
--------------------------------------
kalau kualiti blog kita sentiasa bertambah baik, dengan sendiri orang akan follow blog kita. tak perlu nak "saya follow blog awak, sila follow blog saya balik". nampak sangat tak ikhlas nak follow blog orang tu.
sebagai tanda sokongan, kalau boleh tinggalkan jejak korang di ruangan comment. dari apa yang aku perhatikan, kebanyakkan blogger lebih gembira kalau banyak comment yang masuk berbanding di chat box. korang baca semua ke apa yang orang tinggalkan kat chat box? korang bukak ke semua link kat ruangan chat box tu?
--------------------------------------
segala apa yang baik tu datang dari Allah S.W.T. dan segala yang buruk tu datang dari diri aku sendiri. harap korang tegur aku kalau-kalau ada aku tersilap tulis.
*aku rasa macam dah lari topik sikit. haha