Ads

How to Install New Fonts

Sudah sekian lama aku tidak men-update blog aku, maka sekali sekala aku tampil dengan post baru setelah lama berehat (alasan yang sama digunakan tiap kali kalau aku lambat update. Padahal aku memang malas nak update blog).


Ok, kali ini aku nak ajar korang macam mana nak install font-font baru di dalam laptop/pc korang. Sebenarnya cara nak install simple dan senang sangat, tapi aku tunjukkan juga sebab masih ramai yg terkapai-kapai di dalam dunia IT ni. haha

--------------------------------------

Bagi sesiapa yang sudah tahu, maka dipersilakan duduk dengan tenang supaya tidak menganggu ketenteraman pengunjung untuk belajar sesuatu yang baru di sini. Sekali lagi aku ingin sebut, "Tutorial ini hanya untuk yang tidak tahu". Sesiapa yang dah tahu tu, jangan nak kecoh-kecoh.

1st step:

mula-mula korang perlu la pegi ke website yang menyediakan font-font percuma untuk di-download. aku lebih suka Fontspace, 1001 Free Fonts dan Urbanfonts. ada banyak sangat, pilih la sendiri.

2nd step:

kemudian korang pilih la font mana yang berkenan kat hati. lepas tu terus tekan button download. kalau file yang korang download tu dalam bentuk .zip, terus bukak je atau extract dahulu. ok, double click font korang macam kat bawah ni.


3rd step:

then, korang akan nampak seperti kat bawah ni. siap dengan preview macam mana rupa font yang korang bakal install nanti. then tekan button install.


--------------------------------------


tunggu seketika, lepas tu siap dah. tak sampai 3 saat mende alah ni buat keje. senang tak? sekali lagi nak diingatkan, tutorial ni hanya untuk yang masih tidak tahu. good luck!

3 comments:

Ads

Followers

Google+ Followers