sebelum ni cuti raya aidilfitri, aidiladha atau cuti tahun baru cina memang tak pernah jadi kat aku yang tiket bas balik ke Temerloh habis dijual. kali ni je aku kurang bernasib baik.
takpe la, dapat gak aku merasa macam orang lain yang pernah terkena. so lepas ni aku akan lebih alert dan bersedia la kalau nak balik kampung masa cuti umum.
tapi bukan aku tak dapat balik langsung. nak tak nak terpaksa la aku balik Temerloh naik teksi. nasib baik aku ada duit lebih masa tu.
---------------------------------------
ok, ini cerita pasal mende lain pulak. bagi sape-sape yang taktau, kebiasaannya orang dari Kuala Lumpur yang nak pulang ke Temerloh atau Kuantan, dorang akan naik bas dari Pekeliling.
Pekeliling tu betul-betul dekat dengan stesen LRT Titiwangsa dan stesen Monorail Titiwangsa. sejak dari dulu lagi ada satu perkara yang aku tak suka kat situ.
aku paling benci kat promoter-promoter syarikat telekomunikasi yang cuba menarik pelanggan dengan cara yang agak biadap. kebanyakan mereka menggunakan paksaan.
paling bangsat bila dorang sengaja memberikan info yang salah tentang pakej-pakej yang ditawarkan. masa promote cakap lain, tapi bila bil sampai ke rumah lain pulak yang jadi.
---------------------------------------
korang pernah kena tarik dengan promoter-promoter yang berbaju biru, merah atau kuning ni? kat Kuala Lumpur bersepah. antara korang layan atau tak layan je dorang ni.
kawan baik aku sendiri pernah kena tarik dengan promoter-promoter ni kat stesen bas. dia ni jenis lurus sikit sebab tu susah nak tolak ajakkan promoter-promoter ni.
nasihat aku, jangan hiraukan promoter-promoter tu. jangan sesekali pandang muka dorang. lalu je buat bodo, buat-buat buta dan pekak.
*panjang sangat ke aku tulis ni?
Salam..bro, nice blog btw.. eh pasal promoter tu kan, mmg ptt pn jgn dilayan.. dorg tu nak kejar sales je.. tu yg sanggup nak cakap berbelit-belit..
ReplyDeletehehe..btw - ni tak panjang sgt, ok apa..aku lagi suka kalau entry panjang2, janji kau sndiri yg karang cire ni..good job! hehe
penah jugak . tapi mase ckp ngn diorg tu buat muka. hewhew
ReplyDeletekalau dia tarik cam ne pulak
ReplyDeletepernah jgk kena gitu.. xsuka btol
ReplyDeleteSangat serabut dengan promoter tu kan. u can sue them under consumer act. haha
ReplyDelete@nurul ain
ReplyDeletekalau dia tarik jugak bagi tempeleng je selai.. haha
btol2 , tak suka promoter bas gitu . lagi lagi sistem bas kat pudu, dia ckp tiket kita kul 3 ptg , last last kul 5 bru nak gerak sbb nak penuhkan penumpang ,sesuka hati dia je .
ReplyDeletebetol. kwn sy penah kena cmtu. mase pmot kemain lagi ayat kemas tip top meletup. alih2 time nk bayo bil lain plak jadinye
ReplyDelete@azlizaASRI
ReplyDeleteerkk.. ni citer pasal promoter sim card la.. haha
sy selalu naik situ jugak turun temerloh. yes pernah kene. mmg jahanam kena bayar almmost 300 terus terminat & banned itu line sim kad. mmg jahanam
ReplyDelete