Ads

Dah Lama Tak Update Blog

sudah sekian lama aku tak update blog ni. nak tulis pasal apa? takpe, nanti aku fikir nak tulis apa.

dan untuk pesanan kepada yang masih membaca blog aku ni, segala post yang aku buat pasal tips dan tutorial pada pendapat aku sudah kurang boleh digunakan.

tips dan tutorial tersebut hanya effective (mungkin) pada masa entry itu ditulis sahaja. kalau korang rasa apa yang aku tulis tu masih boleh digunakan, terpulang lah.

dahulu lain sekarang lain.

Captain America: The Winter Soldier dan Avengers

bagi sape-sape yang dah tengok Captain America: The Winter Soldier dan stay sampai ending credit habis mesti kurang tahu apa maksud scene yang dipaparkan.


stay sampai ending credit habis? ok, bagi sesiapa yang tak tahu, setiap kali korang tengok mana-mana filem yang diadaptasi dari komik Marvel, sila jangan blah awal kalau cerita tu dah habis. tunggu sampai ada 'scene rahsia' muncul.

aku cuma nak tekankan pasal post-credit scenes yang terdapat pada pengakhiran filem Captain America: The Winter Soldier. bagi sesiapa yang tertengok tu, meh sini aku nak hilangkan blur korang.

------------------------------

Warning! Spoiler Alert!

dalam scene tersebut, ada dua orang budak. sorang budak lelaki bergerak dengan pantas dalam satu bilik dan sorang lagi budak pompuan yang obviously ada power ala-ala telekinesis.

untuk pengetahuan korang mereke berdua merupakan Quicksilver dan Scarlet Witch. sape pulok tu? ok, tengok gambor kat bawah ni:

Quicksilver
Scarlet Witch

familiar tak? tak sangat kan? takpe, aku cuma nak beritahu pasal ni supaya kalau korang tengok Avengers: Age of Ultron nanti takde la blur sangat. Ultron tu mende pulok? Ultron tu orang jahat la weh.

Ultron

jelas tak? ok semua ni merupakan watak-watak dari komik Marvel dan untuk filem Avengers akan datang, si Ultron ni dipilih sebagai main villain. dalam komik pun si Ultron ni memang jahat giler plus power giler. kecut perut tak?

------------------------------

next, jom tengok sape yang berlakon sebagai Quicksilver dan Scarlet Witch. tengok gambor kat bawah ni jadi lah.

Aaron Taylor Johnson as Quicksilver
Elizabeth Olsen as Scarlet Witch
kenal tak dua ekor ni? takpe, aku terangkan sikit. Aaron Taylor Johnson tu korang pernah tengok dia pegang watak Kick-Ass dan si minah Olsen tu pulak takde muncul dalam mana-mana filem yang famous, so korang cuma kenal kakak-kakak kembar dia je.

kakak-kakak dia yang aku maksudkan ialah Mary-Kate dan Ashley Olsen. tipu la kalau korang tak kenal dua kembar tu kan.


so, ok tak? ada rasa-rasa nak follow balik filem-filem Marvel ni? apa pendapat korang pulak?

Tips Memilih Smartphone Mampu Milik

smartphone mampu milik bermaksud smartphone 'bajet' dan memilih untuk membeli smartphone bajet tak bermakna korang tak boleh dapat smartphone yang boleh tahan power.


boleh tahan power? macam mana tu? maksudnya aku boleh bagi sikit tips untuk memilih smartphone yang berbaloi dimiliki biarpun korang beli dengan harga yang murah. pada tika dan waktu ini, harga yang boleh dikatakan mampu milik aku rasa dalam lingkungan RM999 dan ke bawah.

--------------------------------------------

Saiz Skrin:

requirement zaman sekarang ni memerlukan korang untuk memiliki smartphone yang saiz skrinnya lebih dari 4.0-inci. kenapa? sebab sekarang ni content banyak dalam bentuk gambar dan video, pada pendapat aku kalau skrin saiz di bawah 4-inci adalah terlalu kecil bagi standard smartphone zaman sekarang.

kadang-kadang teks pun susah nak baca kalau pakai smartphone saiz skrinnya 3.7-inci. lagi satu sebab utama memerlukan saiz skrin yang besar adalah untuk memudahkan kita menaip mesej.

yang penting pilih saiz skrin di bawah 5-inci sebab kebanyakan smartphone yang bersaiz besar daripada itu bukan lagi dalam kategori smartphone bajet.

Kamera:

kalau nak cerita pasa camera ni susah sikit sebab masing-masing nak saiz kamera (megapixel) yang besar. ok, aku rasa korang patut pilih smartphone yang kameranya bersaiz 8-megapixel dan kebawah. kalau boleh cari yang 5-megapixel je sebab kadang-kadang smartphone yang memiliki kamera 8-megapixel bukan dalam kategori smartphone bajet.

5-megapixel pun sudah memadai untuk korang ambil gambar dan share kat dalam facebook atau instagram. kat dalam phone korang nanti bukan nampak beza sangat pun di antara 5-megapixel dengan 8-megapixel melainkan korang guna untuk tujuan percetakan atau untuk paparan di skrin laptop/tv.

Processor:

kalau nak citer pasal processor mungkin tak ramai yang arif dan tak ambil kisah. aku sendiri pun tak berapa paham pasal processor ni tapi boleh la sikit-sikit. processor diukur dalam unit GHz, iaitu kelajuan bagi setiap processor tu. kalau sebut pasal laju tu, paham-paham je la kan.

apa yang penting bukan berapa GHz pada satu-satu processor tu tapi tengok pada berapa teras processor tu ada di dalam smartphone yang korang pilih. aku sarankan korang pilih processor quad-core (empat-teras) berbanding dual-core (dua-teras). berapa dia punya GHz tu tak berapa penting.

RAM:

kalau dulu RAM yang 512MB pun dah memadai tapi dengan requirement applications zaman sekarang ni memerlukan korang cari smartphone yang saiz RAM dia lebih dari 1GB. ok, pilih je smartphone yang RAM dia bersaiz 1GB, kalau pilih lebih dari tu, harga aku rasa dah lebih dari RM999.

RAM ni bertujuan nak bagi apps/system dalam phone korang loading dengan lebih cepat, takde la korang mengadu yang phone korang lembab la, ape la lepas dah lama guna.

--------------------------------------------

aku rasa cukup la tu kot. sekarang dah banyak website yang membolehkan korang untuk mencari specific smartphone model berdasarkan specs di atas. paling femes website GSMArena dan Phone Arena. aku suka website Phone Arena sebab kat situ aku boleh buat visual size comparison untuk aku mengukur saiz sebenar smartphone secara visual.

--------------------------------------------

kat bawah ni antara smartphone mampu milik yang aku rasa berbaloi untuk dimiliki oleh korang.

Xperia C


Saiz Skrin: 5.0-inci
RAM: 1GB
Kamera Belakang: 8-megapixel
Processor: Quad-core 1.2 GHz Cortex-A7
Harga: RM700 - RM999

Motorola Moto G


Saiz Skrin: 4.5-inci
RAM: 1GB
Kamera Belakang: 5-megapixel
Processor: Quad-core 1.2 GHz Cortex-A7
Harga: RM600 - RM700

Samsung Galaxy Grand Quattro


Saiz Skrin: 4.7-inci
RAM: 1GB
Kamera Belakang: 5-megapixel
Processor: Quad-core 1.2 GHz Cortex-A5
Harga: RM699 - RM899

HTC Desire 500


Saiz Skrin: 4.3-inci
RAM: 1GB
Kamera Belakang: 8-megapixel
Processor: Quad-core 1.2 GHz Cortex-A5
Harga: RM700 - RM899

Samsung Galaxy Grand


Saiz Skrin: 5.0-inci
RAM: 1GB
Kamera Belakang: 8-megapixel
Processor: Dual-core 1.2 GHz Cortex-A9
Harga: RM799 - RM999

Galaxy Ace 3


Saiz Skrin: 4.0-inci
RAM: 1GB
Kamera Belakang: 5-megapixel
Processor: Dual-core 1 GHz Cortex-A9 (3G) / Dual-core 1.2 GHz Krait (LTE)
Harga: RM600 - RM799

--------------------------------------------

ok, cukup la tu kot. ini cuma sebahagian pendapat aku je. tak semua yang aku tulis ni tepat. kalau korang mampu untuk beli smartphone yang lebih mahal, pastikan korang buat research terlebih dahulu sebelum membeli untuk kepuasan sepanjang masa. jangan terlalu terpedaya dengan iklan-iklan sangat.

korang ada lagi tak cadangan? kalau ada jangan segan silu nak tinggalkan comment, kot-kot korang ada lagi senarai smartphone yang mampu milik dan berbaloi dimiliki.

*segala tips adalah berdasarkan kesuaian pada tarikh dan masa entry ditulis.


Ads

Followers