--------------------------------------------
Saiz Skrin:
requirement zaman sekarang ni memerlukan korang untuk memiliki smartphone yang saiz skrinnya lebih dari 4.0-inci. kenapa? sebab sekarang ni content banyak dalam bentuk gambar dan video, pada pendapat aku kalau skrin saiz di bawah 4-inci adalah terlalu kecil bagi standard smartphone zaman sekarang.
kadang-kadang teks pun susah nak baca kalau pakai smartphone saiz skrinnya 3.7-inci. lagi satu sebab utama memerlukan saiz skrin yang besar adalah untuk memudahkan kita menaip mesej.
yang penting pilih saiz skrin di bawah 5-inci sebab kebanyakan smartphone yang bersaiz besar daripada itu bukan lagi dalam kategori smartphone bajet.
Kamera:
kalau nak cerita pasa camera ni susah sikit sebab masing-masing nak saiz kamera (megapixel) yang besar. ok, aku rasa korang patut pilih smartphone yang kameranya bersaiz 8-megapixel dan kebawah. kalau boleh cari yang 5-megapixel je sebab kadang-kadang smartphone yang memiliki kamera 8-megapixel bukan dalam kategori smartphone bajet.
5-megapixel pun sudah memadai untuk korang ambil gambar dan share kat dalam facebook atau instagram. kat dalam phone korang nanti bukan nampak beza sangat pun di antara 5-megapixel dengan 8-megapixel melainkan korang guna untuk tujuan percetakan atau untuk paparan di skrin laptop/tv.
Processor:
kalau nak citer pasal processor mungkin tak ramai yang arif dan tak ambil kisah. aku sendiri pun tak berapa paham pasal processor ni tapi boleh la sikit-sikit. processor diukur dalam unit GHz, iaitu kelajuan bagi setiap processor tu. kalau sebut pasal laju tu, paham-paham je la kan.
apa yang penting bukan berapa GHz pada satu-satu processor tu tapi tengok pada berapa teras processor tu ada di dalam smartphone yang korang pilih. aku sarankan korang pilih processor quad-core (empat-teras) berbanding dual-core (dua-teras). berapa dia punya GHz tu tak berapa penting.
RAM:
kalau dulu RAM yang 512MB pun dah memadai tapi dengan requirement applications zaman sekarang ni memerlukan korang cari smartphone yang saiz RAM dia lebih dari 1GB. ok, pilih je smartphone yang RAM dia bersaiz 1GB, kalau pilih lebih dari tu, harga aku rasa dah lebih dari RM999.
RAM ni bertujuan nak bagi apps/system dalam phone korang loading dengan lebih cepat, takde la korang mengadu yang phone korang lembab la, ape la lepas dah lama guna.
--------------------------------------------
aku rasa cukup la tu kot. sekarang dah banyak website yang membolehkan korang untuk mencari specific smartphone model berdasarkan specs di atas. paling femes website GSMArena dan Phone Arena. aku suka website Phone Arena sebab kat situ aku boleh buat visual size comparison untuk aku mengukur saiz sebenar smartphone secara visual.
--------------------------------------------
kat bawah ni antara smartphone mampu milik yang aku rasa berbaloi untuk dimiliki oleh korang.
Xperia C
RAM: 1GB
Kamera Belakang: 8-megapixel
Processor: Quad-core 1.2 GHz Cortex-A7
Harga: RM700 - RM999
Motorola Moto G
RAM: 1GB
Kamera Belakang: 5-megapixel
Processor: Quad-core 1.2 GHz Cortex-A7
Harga: RM600 - RM700
Samsung Galaxy Grand Quattro
RAM: 1GB
Kamera Belakang: 5-megapixel
Processor: Quad-core 1.2 GHz Cortex-A5
Harga: RM699 - RM899
HTC Desire 500
RAM: 1GB
Kamera Belakang: 8-megapixel
Processor: Quad-core 1.2 GHz Cortex-A5
Harga: RM700 - RM899
Samsung Galaxy Grand
RAM: 1GB
Kamera Belakang: 8-megapixel
Processor: Dual-core 1.2 GHz Cortex-A9
Harga: RM799 - RM999
Galaxy Ace 3
RAM: 1GB
Kamera Belakang: 5-megapixel
Processor: Dual-core 1 GHz Cortex-A9 (3G) / Dual-core 1.2 GHz Krait (LTE)
Harga: RM600 - RM799
--------------------------------------------
ok, cukup la tu kot. ini cuma sebahagian pendapat aku je. tak semua yang aku tulis ni tepat. kalau korang mampu untuk beli smartphone yang lebih mahal, pastikan korang buat research terlebih dahulu sebelum membeli untuk kepuasan sepanjang masa. jangan terlalu terpedaya dengan iklan-iklan sangat.
korang ada lagi tak cadangan? kalau ada jangan segan silu nak tinggalkan comment, kot-kot korang ada lagi senarai smartphone yang mampu milik dan berbaloi dimiliki.
*segala tips adalah berdasarkan kesuaian pada tarikh dan masa entry ditulis.
telefon sekarang murah2 dan banyak pilihan
ReplyDeletehp lenovo pon da mula menjadi pilihan,
ReplyDeletespec yg boleh tahan bagus & harga yg mampu milik =)
http://www.ipmart.com.my/main/browse/Mobile,Phone_Lenovo,18372.php?cat=18372&brandID=157&tab=
nice phone
ReplyDelete