Ads

Boss Besar Jangan Buat Taik

lama gila aku tak update blog ni. sebenarnya dah takde idea sangat nak tulis pasal apa. bila dah start kerja ni susah pulak nak bukak laptop walaupun ada masa free. masa free dihabiskan dengan berehat je la.

sekadar nasihat dan peringatan kepada korang dan diri aku sendiri, kalau dah berada di atas jangan sesekali menekan orang yang di bawah. kebanyakkan graduan-graduan berkelulusan tinggi tak paham keadaan pekerja-pekerja di bawah. kebanyakkan, tak semua.

walaupun kelulusan tinggi, mulakan berkerja di aras yang paling bawah. fahami keadaan dan budaya kerja orang di bawah. bila dah pernah merasa perit dan lelah orang di bawah, kelak kita di atas takkan melakukan keputusan yang membebankan orang bawahan kita.

kasihan tengok orang yang dah ada anak bini kena tekan dengan orang atas, nak pulak perkara yang melibatkan gaji dan wang ringgit. dengan ekonomi sekarang dan pemimpin yang corrupt, soal duit jangan buat main. orang sanggup melakukan apa sahaja untuk bagi makan anak bini kalau dah terdesak.

kepada majikan-majikan di luar sana, jangan kejar keuntungan sehingga kebajikan pekerja diabaikan. (boss-boss besar mana nak baca blog aku ni kan)


1 comment:

  1. setuju!!.. bos2 selalu duk pikir kebajikan cukup pakai makan anak bini dia jeeeee.. kebajikan pekerja yang nak sara anak bini?? diabaikan je.. paling sakit hati keuntungan tak nak dikongsi..tapi kalau kesusahan ekonomi company jatuh sikit wah laju je nak kongsi dengan pekerja dengan potong gaji (=,=)

    ReplyDelete

Ads

Followers