Ads

Nuffnang: Empat CPUV Serentak

sebelum ni CPUV (cost-per-unique-visit) lebih dikenali sebagai buffered earnings tapi sekarang term tu dah takde kat dalam website nuffnang. tak memberi kesan apa-apa pun kalau term dia tukar pun, ianya tetap mende yang sama.

tujuan aku buat entry ni adalah untuk meluahkan rasa syukur yang tak terhingga sebab baru-baru ni aku check nuffnang (aku sangat jarang bukak nuffnang), ada empat cpuv berjalan serentak. kalau ramai yang bukak blog aku ni memang masyuk la kan earnings tu.

--------------------------------------

aku memang taknak berkias dengan korang sebab-sebab aku buat entry macam ni. kalau dah dapat cpuv, konfem-konfem la aku nak orang ramai datang singgah blog aku. tapi tujuan utama aku bukan la sebab duit. duit merupakan tujuan kedua aku untuk terus aktif ber-blogging.

takde masa aku nak censor mende yang tak memudaratkan

satu lagi tujuan ialah aku harap blogger lain akan lebih bersemangat dalam menulis blog. sambil berkongsi pendapat dan cerita, korang juga boleh buat duit sikit melalui blog ni.

bila dah tau buat blog boleh menjana sedikit duit, jangan la diletakkan niat untuk blogging ni semata-mata kerana duit. semuanya bermula dengan niat yang ikhlas dan baik. duit ni anggap je sebagai perangsang untuk terus aktif.

--------------------------------------

kepada blogger baru terutamanya, bilangan follower tak melambangkan apa-apa sangat pun. tak semestinya follower ramai blog tu akan ada orang sentiasa singgah. kalau boleh sikit-sikit kita perbaiki la kekurangan dan kesilapan.

jangan terlalu mengejar bilangan follower untuk nampak gah di kalangan blogger lain. korang follow satu-satu blog tu, tak semestinya dia pun kena follow blog kita. setuju? kalau follow blog orang tu pun jangan la mengharap dia akan follow kita balik. niat kena betul, nak follow blog biar la follow blog yang betul-betul kita nak baca dan mengikuti perkembangan blog tu.

--------------------------------------

kalau kualiti blog kita sentiasa bertambah baik, dengan sendiri orang akan follow blog kita. tak perlu nak "saya follow blog awak, sila follow blog saya balik". nampak sangat tak ikhlas nak follow blog orang tu.

sebagai tanda sokongan, kalau boleh tinggalkan jejak korang di ruangan comment. dari apa yang aku perhatikan, kebanyakkan blogger lebih gembira kalau banyak comment yang masuk berbanding di chat box. korang baca semua ke apa yang orang tinggalkan kat chat box? korang bukak ke semua link kat ruangan chat box tu?

--------------------------------------

segala apa yang baik tu datang dari Allah S.W.T. dan segala yang buruk tu datang dari diri aku sendiri. harap korang tegur aku kalau-kalau ada aku tersilap tulis.

*aku rasa macam dah lari topik sikit. haha

9 comments:

  1. owh mcm tu ke CPUV punye function... haha blogger baru...

    ReplyDelete
  2. tula ..masa pakai blogspot dulu bengang gakla...orang dah follow mintak follow balik,siap ugut2 lagi,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. pada ketika itu blogger tu masih lagi di taraf yg bangang.. harap2 lepas ni dia dh cerdik sikit.. haha

      Delete
  3. untunglaahhh nuffnang bg buffering..huuhu

    pasal kes follower tu,sgt agree.
    tp lg tak patut bile dh follow blog org tu.tetibe 2-3 hr pastu leyh unfollow plak.hish..ketidakikhlasannya terserlah.
    hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju!! btw tahniah blog gulai tempoyak ikan patin..dapat BE 4 serentak..wow!

      Delete
  4. gua tak ada pun tempat untuk followers.. kahkahkah..
    tahniah weh ! HOGOH PAHANG HOGOH

    ReplyDelete
  5. goodbpost.sgt seuju dgn.statement"blogging bukan sematavmata untuk duit.duit itu adlh faedah yg kita dpt.yg lebih penting good info atau artikel yg situlis pada blog:)

    ReplyDelete

Ads

Followers