Ads

Apa Yang Blogger Tak Suka?

aku rasa bertanggungjawab pulak bagitau korang mende ni. sebenarnya aku nak bincang secara ringkas perkara-perkara yang kebanyakan blogger tak suka.


kebanyakkan bukan la bermaksud semua. itu kene paham betul-betul la sebab ada jugak melenting bila dorang rasa aku cakap semua blogger macam tu.

sepanjang aku jadi blogger sejak dari tahun 2008, ada beberapa perkara yang blogger lain tak suka kalau singgah satu-satu blog tu. aku mengaku yang aku sendiri pernah buat kesilapan yang sama. sebab tu pentingnya menerima kesalahan sendiri bila ditegur.

---------------------------------------

1. Lagu Dalam Blog

secara peribadi, aku memang cukup benci blog yang ada lagu. bagi aku ini agak annoying. ada yang cakap lagu boleh diberhentikan dengan menekan butang pause. ye, memang betul tapi apa yang orang tak paham ialah walaupun lagu tu dah di-pause, data transfer untuk lagu tu masih lagi berjalan. aku sebenarnya kesian kat budak-budak yang pakai berukband, tak pasal-pasal limit quota dia habis nanti. lagi jahat kalau blogger tu letak video dari youtube yang dimainkan secara automatik.

2. Verification Word For Comment

aku rasa dulu tak ramai yang letak verification word kat comment dorang. baru-baru ni je mende ni tetiba ramai pulak yang ada kat comment blog masing-masing. yang aku perhatikan, blogger baru yang banyak tak amek berat pasal ni. mungkin korang yang baru ni tak perasan agaknye. buat blog terus cari template dan publish. bagi sesiapa yang tak sedar mende ni ada kat blog korang, baik check sekarang. mende ni terbukti ramai yang menyampah.

3. Dandruff Berterbangan Di Dalam Blog

hal dandruff ni aku rasa ada jugak yang tak kisah pun. macam aku ni yang ada pengalaman pakai laptop lama, mende ni memang jadi masalah kalau nak baca blog. bagi aku mende ni tak penting pun dan ianya menambah berta blog korang. lagipun tak lawa pun dandruff  ni semua. apa yang penting content blog korang. buat simple-simple je dah cukup.

4. Jenis Font Yang Pelbagai

aku sendiri tak paham blogger yang jenis pakai font pelik-pelik ni. kononnya nampak lawa la kalau pakai font jenis cacing kerawit. kalau korang study human computer interaction, paling penting ialah keseragaman dan professional. boleh je pilih font pelik-pelik asalkan orang ramai boleh baca dengan baik walaupun dari jauh. paling tak best bila korang pakai font yang terlalu kecik. paling kurang cadangan aku korang pakai la font bersaiz 12px, itu paling kurang la.

5. Penulisan Bersifat Terlalu Personal

ini terpulang kat masing-masing la tapi dari apa yang aku perhatikan, blog jenis terlalu personal ni tak ramai yang follow pun sebenarnya. aku rasa tak perlu pun nak canang kat orang ramai kisah cinta korang. silap hari bulan, perkara yang mengaibkan kita akan tersebar luas. itu kalau ada orang nak baca la. aku nasihatkan kalau nak buat blog personal yang banyak menceritakan hal-hal peribadi cinta korang, baik jangan promote. kalau ada yang cakap "blog sendiri suka hati la nak tulis apa pun, tak suka jangan baca.". ok, kalau dah macam tu ayat lentingan korang, buat apa nak promote lagi kan?

---------------------------------------

lama mana pun kita buat blog, jangan sesekali kita bodoh sombong dengan orang lain. kalau taktau banyakkan bertanya. kalau tahu tegur dan beri pendapat mana yang patut. kalau orang taknak terima cadangan kita, jangan la marah.

aku sendiri pun masih perlukan kritikan dan nasihat dari blogger-blogger lain baik lama mahupun yang baru. kita buat blog ni jangan la asyik di takuk yang lama. buang yang keruh ambil yang jernih.


kalau korang ada apa-apa cadangan yang nak ditambah silakan tulis di ruangan comment. apa yang aku tulis ni pun takde la betul sangat. ianya lebih kepada pendapat berdasarkan pengalaman yang aku hadapai sebagai seorang blogger selama ni.

22 comments:

  1. slm yup betul tu.hahahaha dandruff adeihhh tak blh tahan.mmg mengganggu sbb tgh syok baca,ms nak klik 'post a comment' tiba2 terklik widget bunga/daun/hujan adeihhhh.

    dh baca entri mnt lak nk komen,then kuar lak VW...trs akk pangkah kuar huhu.satu kerja nk meneka nombor n words yg diberi...akk pnh baru2 ni buat entri ttg VW ni tp secara lawak...x sgka dpt feedback dr kwn2 yg baca :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin ramai yg tak sedar blog dorang ade word verification tu

      Delete
  2. harap blog hana bebas dari perkara di atas.huhu

    ReplyDelete
  3. whoa... banyak bende nak kena blajar... tgkiu... for da info~...

    ReplyDelete
  4. part lagu and word verification tu sometimes wat jadi owh damn..huhuh jd kes berat bila wat new tab,telinga pakai headphone, fuh syiok, jadi lagu dangdut +kpop+ tangkap leleh..hhehe... word verification memang wat bertmbah keringat bila nk mengomen,sampai kadang2,ok fine leave it! huhu
    anyway, nice topik for this entry..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. paling tension bila kita tgh dgr lagu sendiri kat laptop then bukak blog yg ade lagu je terus spoil mood nk baca blog tu

      Delete
  5. hoho, pling tak suka yg Verification Word.. tp kalo dh tekan komen n ada benda tu.. komen ja la.. dh tekan kan.. hehe, tp mybe ada sstengah yg tak tawu benda tu ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, mmg ada sesetangah yg taktau blog dorang ade word verification tu

      Delete
  6. kta xsuka verification word and font yg susah dbaca..
    susah n leceh

    ReplyDelete
  7. bunga bunga bertaburan . oh indahnya ciptaan . ekekekeke

    btw bru cdang nk letak lagu . klau lgu slow slow pun x boleh eh ? mmg benci gila la ? haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, tak suka blog yg ada lagu. tak kira la lagu ape

      Delete
  8. x suka blog yang ada gambar hantu..haha

    ReplyDelete
  9. blog aku annoy tak ? hahaha.

    ReplyDelete
  10. ble ade word verification trus ilang mood nk komeng. huhu

    ReplyDelete
  11. Feh, sentap dekat lagu tu. Hahaha. Tapi, memang suka letak lagu. Hahaha. Biasalah, kita semua memang perlu kritikan dan nasihat :)

    ReplyDelete
  12. sila komen pasal blog sy jugak... huhu http://akutimayub.blogspot.com/ terima kasih...

    ReplyDelete
  13. paling bengan lagu and word verification...lebih2 lagi dapat yang tak leh baca bekalai2 try, last2 xjadi komen hehe

    ReplyDelete
  14. haha..gua takleh blah kalau jenis blogger yg suka buat blog dia jadi lambat loading .. kahkahkah ..rasa nak hempuk je

    ReplyDelete
  15. adik pakai font ape n size berape? clean cut...nak tiru!!!

    ReplyDelete

Ads

Followers