Ads

Zalim Terhadap Anak Kucing

aku cuba terangkan dengan ringkas pasal anak kucing ni. tempoh hari jiran aku datang ke rumah aku dan dia dah bagi kat mak aku tiga ekor anak kucing yang takde ibu. sebab apa dia bagi kat rumah aku?

sebab jiran aku dah ada banyak kucing so dia tak larat la nak jaga semua. kebetulan jiran aku tahu yang kucing aku si Chomot dah mati minggu lepas.

jiran aku jumpa anak-anak kucing ni di belakang rumah beliau. tiga ekor anak kucing di dalam bakul. paling tak best, orang yang buang anak kucing ni letak bakul tu kat tengah jalan. nasib baik takde kereta yang langgar bakul tu.


bersesuaian dengan tajuk entry ni bahawa aku berpendapat hamba Allah yang buang anak kucing ni berkelakuan zalim. kita tengok balik definisi zalim. dari segi bahasa, meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. zalim la tu.

nasib baik jiran aku nampak kalau tak taktau la apa jadi dengan anak-anak kucing ni. paling malang, ibu kucing ni langsung tak kelihatan.

aku bajet umur anak-anak kucing ni dalam lingkungan tiga minggu. kalau seminggu lebih mata anak kucing belum terbukak lagi.


puas aku research kat internet pasal nak jaga anak kucing yang baru lahir ni. pasal susu susah sikit nak cari disebabkan harga susu khas untuk kucing mungkin agak mahal. aku tak mampu weh. kat internet jugak ada nasihatkan supaya jangan bagi minum susu lembu. ada yang sarankan bagi condensed milk tapi ianya tetap susu lembu. takpe, aku belasah je asalkan anak kucing ni tak mati kebulur.

agak mencabar bagi aku nak jaga anak-anak kucing ni sebab dorang memang takleh nak makan makanan pejal lagi. berjalan pun goyang-goyang lagi, merangkak. nak basuh berak kencing apetah lagi kan.


so sape-sape yang duduk area Temerloh yang sudi nak jaga anak-anak kucing tanpa ibu ni, boleh la datang amek kat rumah aku. kurang-kurang pun carikan aku ibu kucing yang baru melahirkan anak supaya boleh dijadikan ibu susuan.

dan sape-sape yang expert bab jaga anak-anak kucing tanpa ibu ni boleh bagi sedikit nasihat dan cadangan.

5 comments:

  1. bagi susu kambing. yg tu elok lgi untuk yg kekurangan bajet.

    ReplyDelete
  2. oh my..sedih nye tgk anak-anak kucing tu..
    try bg wet food la..lembut..

    ReplyDelete
  3. kesiannye!!..
    try bg wet food..lembutkan..just try lah..kesian lapar nanti..huhu

    ReplyDelete
  4. kamu jagalah :)

    herherher . so sweet .

    ReplyDelete
  5. hihihi..comelnyer... meowww

    ReplyDelete

Ads

Followers