Ads

Cara Download Guna Torrent

source

tetiba hari ni aku tergerak hati nak ajar orang menggunakan torrent. aku kalau nak cari pape dari mende kecik sampai sebesar-besar alam, aku akan guna torrent. biasanya aku download muvi kat sini. kat sini aku cuma ajar cara basic nak download guna torrent.

--------------------------------------------

#1 Torrent Client

mula-mula sekali korang harus ada software untuk guna torrent ni. ada banyak torrent client kat internet tapi pilihan aku adalah utorrent sebab senang nak guna.

[download utorrent]

--------------------------------------------

#2 Website Yang Menyediakan Torrent

lepas korang dah siap install utorrent tu, sekarang korang perlu pulak untuk cari mende yang korang nak download. sebagai contoh aku nak download "fast and furious 6 trailer".

mula-mula kita perlu ke website Torrentz.eu dan mulakan carian "fast and furious 6 trailer". ok, tengok result yang keluar seperti di bawah:


then korang perlu pilih result yang paling banyak seeds. seeds nombor yang berwarna hijau tu. dalam kes ni, seeds paling banyak ialah 682 seeds. pilih yang itu.


tengok gambar kat atas ni. korang boleh pilih mana-mana link selain dari link yang pertama. link yang pertama tu hanyalah iklan semata-mata. kes kita sekarang ni aku pilih dari kickasstorrents.com.


lepas korang pilih dari mana korang nak amek file torrent tu, korang perlu la cari magnet link. kalau nak tekan download torrent pun boleh tapi lepas korang download file torrent tu, korang perlu la open file torrent yang korang download tu. aku pilih magnet link sebab dia akan terus bukak torrent client kita iaitu utorrent.


kemudian korang tekan launch application.


tekan OK pastu korang boleh tunggu sampai download siap. mudah kan? aku yakin kalau korang ikut steps aku betul-betul, korang takkan ada pape masalah nak download menggunakan torrent.

--------------------------------------------

torrent ni best sebab hampir semua mende kita boleh download dari lagu, software, movies, series etc.

lepas ni aku akan ajar macam mana nak update trackers bagi menambahkan lagi kelajuan download korang. aku dah biasa cari barang kat Torrentz.eu ni. untuk download muvi-muvi Melayu, korang boleh cari di thepiratebay.se.

--------------------------------------------

sebarang pertanyaan korang boleh tinggalkan comment. aku akan reply kat sini jugak, jadi korang kene kerap datang sini tengok kalau-kalau aku ada reply pertanyaan korang. selamat mencuba! :)

*cara di atas mungkin agak berbeza dan tidak boleh digunakan pada masa sekarang. tutorial di atas mungkin hanya sesuai digunakan pada waktu entry ditulis sahaja.

13 comments:

  1. tq! memang best download gune torrent ni. mudah dan ringkas

    ReplyDelete
  2. kalau xnak install software mcm utorrent tu, leh gak guna bytebx.. tgk link ni

    http://hatimku.blogspot.com/2013/06/download-guna-torrent-di-ofis-tanpa.html

    ReplyDelete
  3. salam..napa bila dh launch application tu then die dah masuk dlm utorrent tu tapi masih x download..die still je...napa erk..mintak tolong...

    ReplyDelete
  4. salam..napa bile kita launch application tu die dh masuk dlm utorrent tp xde apa2 yg berlaku pun..masih x download pun..napa ye..mintak tolong?

    ReplyDelete
  5. Thank you thank you thank you! Baru reti nak guna torrent ni. Hahaha.

    ReplyDelete
  6. Thank you thank you thank you! Baru reti nak guna torrent ni. Hahaha.

    ReplyDelete
  7. thanks btw. very helpful. ;) ^^v

    ReplyDelete
  8. salam admin .knp ye sy punye utorrent xblh download?? dh puas godek2 dlm utorrent tu.atau sebelum guna tu kne setting dlu ke mcm mane tu..1st gune ni.hee

    ReplyDelete
  9. hello,macamana nak sekat iklan mengarut masa guna utorrent ni?tq.

    ReplyDelete
  10. salam..
    saya nak tanya kanapa saya download x boleh..
    saya ikut semua langkah2 tu..
    tapi x boleh download jugak..saya guna broadband bukan wifi,
    adakan itu masalahnya?

    ReplyDelete
  11. As salam.. skrg ni torrentz.eu & thepiratebay.se mmg x bole buka ke?

    ReplyDelete
  12. As salam.. skrg ni torrentz.eu & thepiratebay.se mmg x bole buka ke?

    ReplyDelete

Ads

Followers