aku buat review ni pun saje suka-suka dan pada masa yang sama aku nak kongsi pendapat dengan blogger lain. apa yang aku review ni pun based on aku punye pengalaman la.
---------------------------------------------
Blog #1 : Wada Harun
pendapat aku terhadap blog ni, boleh tahan. template yang boleh tahan kemas dan susunan jugak tak bersepah. cuma background tu kalau boleh jangan la buat dia scroll dengan page, kadang-kadang buat kita pening bila tengah scroll.
cara nak kekalkan background tanpa dia bergerak, gi kat customize template. pastu kat bahagian backgroud untick scroll with page.
penulisan pun ok, senang dan selesa nak baca. cuma kadang-kadang ada satu perenggan tu panjang sangat. kalau boleh biar la semua consistent.
kebanyakkannya aku puas hati jugak la sebab template dia kemas, guna perenggan untuk nampak tak panjang sangat, takde lagu (aku tak suka blog yang ada lagu) dan kurang penggunaan short form.
cuma yang aku kurang suka cursor mouse dia. bagi aku tak perlu cursor mouse yang ada ekor bagai tu. sebaiknye guna je la yang biasa.
aku harap blogger lain boleh contohi blog dia ni dari segi susunan dia menulis. maksud aku buat perenggan untuk nampak lebih kemas dan takde la nampak panjang sangat kalau korang tulis panjang-panjang. macam aku ni haa
---------------------------------------------
Blog #2 : Pak Cik Lie
mula-mula bukak blog ni aku terasa macam cuak je nak komen. sebab mula-mula bukak blog ni dalam hati aku, "uishh, macam blogger pro je ni.". takpe, aku usha-usha dan jumpe jugak la apa yang nak dikomen.
penggunaan template pro macam ni bagi aku agak bagus. lebih tersusun dan nampak professional. aku sarankan korang cari template blog yang lebih kurang macam ni kalau nak nampak professional.
widget atau gadget yang ada kat tepi dan bawah pun tak banyak. sebab tu blog ni agak ringan nak loading. takde la kena tunggu lama-lama macam sesetengah blog yang terlebih meriah tu.
cara PCL ni menulis pun ok jugak cuma kadang-kadang aku perasan yang dia lupa selepas tanda baca harus la kita menekan space. tanda baca yang aku maksudkan ialah tanda koma, noktah, tanda seru dan tanda soal. selepas tanda-tanda ni semua, korang perlu tekan space. memang ini cara typing yang betul.
aku tau ramai yang ghairah sangat menaip sampai lupa nak tekan space ape sume ni. takpe, slow-slow nanti terbiasa lah. kalau boleh sebelum publish check dulu kesalah-kesalah ejaan dan kalau boleh jangan la guna short form macam korang ber-sms tu.
nak guna bahasa pasar bagi aku takde masalah. penggunaan bahasa pasar yang membuatkan pembaca rasa seperti sedang berbual. cuma penggunaan short form la buat blog kita nampak cikai.
keseluruhan ok je cuma kalau dapat buat header blog yang lebih baik atau logo kan lebih bagus. ini supaya blog kita tu ada identiti yang boleh buat orang kenal dan ingat blog kita.
---------------------------------------------
Blog #3 : Cik Yaya
blog ni pada pendapat aku banyak lagi yang perlu diperbaiki. jadikan blog feveret sebagai sumber inspirasi dan kalau boleh tiru sikit-sikit cara dia menulis buat sementara waktu. bukan aku suruh copy paste entry dia, cuma cara dan teknik menulis je.
template yang simple bagi aku dah ok sebenarnya. cuma cara dia menaip je la kena diperbaiki lagi. sama seperti aku terangkan kat atas, kalau selepas tanda baca kita perlu lah menekan button space. paham dok?
contoh tengah sedap-sedap korang menaip tu, selepas tanda sama ada koma, noktah, tanda soal dan tanda seru kita seharusnya menekan space. ini merupakan cara menaip dengan betul sejak berdekad lagi.
kalau sape-sape yang belajar Human Computer Interaction atau subjek yang seangkatan dengannya, mesti tau betapa pentingnya consistency. maksudnya jangan la dibuat font tu sekejap besar, sekejap kecik, sekejap pink sekejap purple. nanti mau pengsan baca entry sebab pening.
kalau boleh buat jenis font dan warna font yang senang dibaca dan dilihat. baca blog kita sendiri umpama kita membaca blog orang lain. sebab tu aku selalu baca dulu sebelum publish. kot-kot ada salah eja atau ayat berbelit, aku edit la semula.
kepada Cik Yaya, sebaiknya gambar tu besarkan sedikit. masa tengah tulis entry tu gambar biar la buat saiz dia large instead of small.
---------------------------------------------
aku rasa macam panjang lebar sangat aku tulis. kat atas ni aku takde la sentuh content entry korang sebab apa yang nak ditulis tu bergantung pada pendapat dan kreativiti masing-masing. sebaiknya jangan la tulis hal-hal yang terlalu personal.
kalau korang ada apa-apa nak tambah, boleh la tinggalkan comment. kadang-kadang aku tak sedar jugak yang aku ni ada buat silap. jadi sama-sama la kita saling tegur-menegur.
*kat LINK NI tengok video minit ke [0.30], boleh tahan cun gak awek tu
terima kasih sudi buat review. akan diperbaiki lepas ni :D
ReplyDeletewauuu jadi juri ! ape pun mmg betol ape yg awk komen tu :)
ReplyDeleteok. done bace.. bagus entry ni.. boleh tahu kelemahan blog sendiri :)
ReplyDeleteNak juga blog direview blogger otai XD
ReplyDeleterajin :D
ReplyDeletegood job! :D
ReplyDeleteNak juga blog di review di sini :D
ReplyDeletethanks Meuz for the comment.... lately busy baru tengok komen....
ReplyDelete