Ads

Semakan BR1M 2.0


ramai pulak bercerita pasal Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2.0 (BR1M 2.0) ni. agaknya ramai yang excited sebab kerajaan nak bagi balik sebahagian kecil dari duit kita setelah berpuluh tahun rakyat Malaysia bagi kerajaan pegang dan jaga.

-------------------------------------

1. Semakan Secara Online
dimaklumkan bahawa semakan secara online akan dikemaskini dalam bulan February 2013 ni jugak. tak pun korang boleh tanya status permohonan korang melalui email belanjawan2013@treasury.com.my.

*ingatkan dah ada system dia supaya kita boleh check online. nak tanya guna email macam malas la pulak.


2. Semakan Secara Pos
semua pemohon akan menerima surat pengesahan secara berperingkat dan disertakan sekali dengan tarikh dan tempat majlis penyerahan baucar BR1M 2.0 tu nanti.

*sebut pasal baucar dan majlis penyerahan ni yang aku kurang gemar. tah macam mana la bentuk baucar tu. jangan ada banyak songeh sudah la masa nak cash out duit tu nanti.


2. Semakan Melalui Talian Hotline
korang boleh jugak menelefon ke talian Hotline iaitu 1-800-222-500 atau 1-300-88-3010 bermula 11hb Februari 2013. Talian Hotline ni akan beroperasi bermula 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari bekerja.

*kalau aku takde la sampai nak call-call ni. yang aku tau aku berhak dapat BR1M 2.0 ni. ini semua hak rakyat jugak. sepatutnya ini bukan duit bantuan tapi dah jadi tanggungjawab mana-mana kerajaan sekali pun.

-------------------------------------

jangan duit ni dapat lepas PRU13 sudah la. lagi satu, aku rasa macam sangat-sangat membazir jemput PSY datang ke Malaysia ni. lebih baik la duit yang diberi kepada PSY tu diberikan kepada rakyat yang lebih layak. kadang-kadang RM500 tak cukup bagi keperluan sesetengah orang.

4 comments:

  1. setuju..
    memang tak cukup kalau yang banyak tanggungan kan

    ReplyDelete
  2. Betul , drpd bagi kat psy baik bagi kat org malaysia yg lagi m'melukan

    ReplyDelete

Ads

Followers