Ads

Ibu dan Ayah Carikan Jodoh

aku tulis entry ni bukan ada kena mengena dengan aku pun. lagipun aku kalau nak kawen pun macam susah je sebab keadaan aku yang tak berapa nak stabil ni.


aku saje nak cerita pasal drama-drama melayu sekarang. korang perasan tak konsep yang drama-drama guna sekarang ni lebih kurang sama? mak ayah satukan anak dengan orang tak kenal, mula-mula gaduh benci ape semua pastu lama-lama jatuh hati.

aku rasa fenomena drama jenis macam ni bermula dari drama Adamaya. sebenarnya aku dah bosan dengan drama-drama jenis macam ni. aku tak ingat la semua drama yang guna konsep ni tapi yang pasti drama tengah hot sekarang Setia Hujung Nyawa.

ada lagi satu drama yang lebih kurang serupa kat TV9 tapi aku tak ingat tajuk dia apa. dorang semua ni dah takde idea ke? sekarang ni dah maca trend buat drama amek dari novel. tapi si penulis novel ni pun satu, semua lebih kurang sama je cerita dia.

kalau korang ade perasan drama-drama yang jenis macam ni, sila la share dengan aku. bagitau tajuk dia sebab aku nak buat list. sekian, adiosss!

*kalau tak silap aku drama Nur Kasih pun guna konsep lebih kurang sama.

3 comments:

  1. bolat taklayan setia hujung nyawa . haha entah kenapa o.O

    ReplyDelete
  2. yg tv9 tu dalam setiap sujud kot. lebih kurang mcm setia hujung nyawa je.

    ReplyDelete
  3. hahahahah layan je drama kt tv tu.. yg penting novel gua x layan heheh

    ReplyDelete

Ads

Followers