Ads

App Pilihan Aku Untuk Android

baru-baru ni aku dah pun memiliki sebijik smartphone yang boleh tahan canggih macam korang jugak. saje nak bagitau sebab aku ni lewat sikit dapat phone canggih-canggih ni.

alang-alang aku dah bercerita pasal aku ada phone baru, lebih baik lah aku berkongsikan sekali apa yang patut bagi pengguna smartphone android.

ramai aku perhatikan budak-budak yang pakai android ni dorang banyak guna app Papago untuk gps dan navigation. aku tak rasa Papago satu app yang bagus sebab aku tengok sendiri kawan-kawan aku guna mende alah tu.

--------------------------------------

so kat sini aku cadangkan korang guna apps ni:

#1 Waze


waze ni bagi aku paling senang nak install. korang boleh terus amek dari Google Play Store, takyah nak buat banyak keje.

buat masa ni aku rasa app ni paling best sebab kita boleh tau kalau ade roadblock ke, traffic jammed ke, eksiden ke, lembu melintas ke..

tapi yang tak best app ni perlukan phone korang untuk sentiasa ada internet. so kalau jenis tak amek data plan tu takleh la nak pakai waze ni.

--------------------------------------

#2 Sygic GPS Navigation


yang ni pun best jugak tapi trial je la. kalau nak yang full version, ada caranya. aku malas nak tunjuk cara dia macam mana tapi aku boleh bagi link yang mudah cara untuk korang dapatkan Sygic full version.

nasihat aku sebelum korang install app ni, korang kena la ada internet yang laju. sebab nak mendownload map Malaysia besar woo. kurang-kurang kena ada unifi baru la sedap sikit. internet slow boleh je tapi lama la nak tunggu siap.


--------------------------------------

so macam mana pendapat korang? masih lagi nak suruh cina kedai henset installkan ke dalam phone korang? aku rasa lepas ni jangan la, buang duit je kalau mende ni boleh buat sendiri dengan mudah.

kalau korang rasa-rasa ade app gps yang lebih baik, jangan segan silu nak tinggalkan comment. bagi je cadangan asalkan bukan app Papago.

6 comments:

  1. betul tu, lepas ni xpayah suruh cina kedai nset tu buat, baek buat sendiri lbh jimat..thx 4 sharing dis bro :)

    ReplyDelete

Ads

Followers

Google+ Followers