Ads

Kisah TM UniFi Yang Tak Best

rasa macam lama aku tak update blog. memang pun sebab biasanya aku akan update blog hampir setiap hari. tapi atas sebab tertentu, aku tak dapat nak update blog.

sebab tertentu yang aku maksudkan ialah internet kat rumah sewa aku ni dah dipotong. sebab apa? sebab tak bayar la. ok, itu aku paham kalau tak bayar dalam tempoh yang lama memang la kene potong internet tu.

tm, unifi, fiber optic, fast internet,

yang paling aku hangin, lepas dah setelkan semua bayaran yang tertunggak, TM tak bagi nak sambung balik internet macam biasa. pihak TM cakap, kene apply baru umpama macam baru pertama kali nak pasang internet.

ok, itu satu service yang agak tak berapa nak best. nama je gempak TM ni tapi pandai jugak nak menyusahkan pelanggan.

apa salahnya kalau sambung je balik guna account yang sebelum ni kalau dah langsai semua bayaran yang tertunggak? takkan nak register baru kalau nak pakai internet semula?


aku dengan budak-budak rumah aku tak suka la kalau nak register balik sebab dorang akan amek masa dalam seminggu dua nak pasang balik internet. barang-barang unifi semua dah ada dalam rumah ni.

aku harap pihak TM perbaiki lagi perkhidmatan dorang. memang aku tak paham sistem dorang, tapi takkan takleh buat cara yang lagi mudah kot?

*TIME fiber lagi murah dari unifi. bagi sape-sape yang rumah dia ada coverage TIME, baik korang langgan dengan dorang je. lagi laju dan lagi murah dari unifi.

12 comments:

  1. gitu pulak.....hm duit ma.. TM mau untung saja..

    ReplyDelete
  2. haha mmg cmtu law tm kena register lain =_=

    ReplyDelete
  3. Guna Time Fiber ke? lama xdgr pasal TIME... murah ke? puas hati?

    ReplyDelete
  4. @Farid bin Aspar
    tak, aku guna unifi la.. tertunggak tak byr sbb tu kene potong.. TIME Fiber 8mbps cuma RM129 sebulan.. kalau unifi 5mbps RM149.. boleh check link yg aku letak dalam entry ni

    ReplyDelete
  5. dah ade pengalaman buruk guna unifi.. pastu skrg gune streamyx biase jer.. mmg kurg laju tp hati senang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pengalaman buruk guna unifi? ce citer sikit..

      Delete
  6. tahun ni agak sukar kerana saya tak bekerja dari jan - july 2012. jadi adalah lebih kurang 3 bulan tertunggak. dah le perkhidmatan internet digantung. saya bersabar. kayuh pelan pelan, masuk tunggakan 4 bulan, dalam 1 hb. saya jelaskan semua tunggakan cuma jumlah bil semasa sebulan je saya biarkan. 5hb, bil baru kuar, bil semasa yang sebulan tu jadi tertunggak dan jumlah bil semasa muncul. so yang 2 bulan ni ingat nak bayar 30hb tu. dalam 27hb, akaun kena potong. bila tanya, kata ada kredit lhad imit 3 bulan, jawapan tm adalah akaun unifi saya tiada kemudahan had limit. jadi bila sambung semula perkhidmatan lepas bayar, saya dicaj RM10.00. ketika perkhidmatan digantung pun, bil sebulan masih berjalan kerana ada kontrak. lagi 3 bulan kontrak nak abis dan saya putuskan untuk tidak mahu guna unifi lagi. harap Time fibre internet ad di area rumah saya secepat mungkin. hypptv memang out, asyik sangkut, channel ntah apa apa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, aku harap time fiber nnt ade kat area rumah aku

      Delete
  7. Sebelum ni saya guna Streamyx. Bila ada member cakap Unifi lagi laju, terus masuk Unifi. Now, speed hampeh rase nye streamyx lg stabil. Nak stream YouTube pun cam siput. HyypTv toksah cita la.. langsung tak best.

    ReplyDelete

Ads

Followers

Google+ Followers