Ads

Apa Aku Buat Sebelum Beli Henset

sebelum beli henset mesti la kita nak tau apa dia punya spec, harga dan saiz kan? kalau aku la, takkan kat kedai henset baru nak decide apa nak angkat. bagi aku itu tindakan yang kurang bijak.


image credit to engadget.com


sebelum beli pape henset, sepatutnya korang kena tau apa keperluan dan kehendak korang. paling penting ciri-ciri apa yang korang nak pada henset yang bakal dibeli tu.


kalau cara aku la, aku mula-mula akan tetapkan target berapa bajet maksimum untuk aku beli satu-satu henset tu. lepas dah tetapkan bajet maksimum, baru la aku tengok spec henset tu. pilih yang terbaik.


---------------------------------------


# usya range harga

untuk korang usya harga smartphone atau gadget, korang boleh check kat pricepanda. kat situ korang boleh tau berapa range harga untuk satu-satu gadget di pasaran.


tapi tak semestinya kat situ korang boleh dapat paling murah. kerap-kerap la gi usya tempat lain jugak kan.


---------------------------------------


# pilih specification yang diingini

nak usya spec aku sarankan korang gi kat website gsmarena. kat situ segala info untuk satu-satu henset boleh dikatakan hampir lengkap dan tepat.




korang google henset apa nak usya, lepas tu amek result dari gsmarena. paling best korang boleh view henset ni 360° kat gsmarena.


---------------------------------------


# cara nak bandingkan saiz secara visual

lepas dah usya harga dan spec, aku nak jugak tau saiz henset tu macam mana kalau ada kat tangan. takkan nak gi kat kedai pulak kan. so macam mana aku buat?


caranya, aku gi kat website phonearena. kat website tu senang untuk korang bandingkan saiz henset-henset secara visual. contoh kat bawah ni aku bandingkan saiz antara Galaxy S II, Galaxy Note dan iPhone 5.


klik pada gambar untuk terus ke website


---------------------------------------


penting buat research sendiri sebelum beli henset ni. aku perhatikan je kebanyakkan orang yang beli henset mahal-mahal pastu guna macam guna henset baling anjing mati.


juga penting sebab taknak kene kencing dengan kedai-kedai henset ni. kalau dia dapat tau yang kita ni jahil bab-bab teknologi ni, memang lebat la dia sembang untuk pujuk kita beli.


*kat atas ni cara aku, mane la tau kalau korang ada cara yang lebih baik ke. tiap-tiap apa yang kita buat mesti ada target, mesti ada sebab yang munasabah dan rasional.

5 comments:

  1. whoaaa...gud morning :p
    ni update sal beli enset nii nak beli enset baru ke? ahha..
    bagi sy la kan..pakai enset "stylo" zaman dulu2 lagi best..pakai yg butterfly tu..ahha..boleh pengsan anjing kene baling :p

    ReplyDelete
  2. tq sharing pasal bende2 macam nih..hehe..good tips~

    ReplyDelete
  3. hanan baru tahuu .. slalu nye sebelom ni beli jee , then menyesal . nice sharing :)

    ReplyDelete

Ads

Followers

Google+ Followers