Ads

Di Sebalik Songkok Pink

sekali-sekala ape salahnye cerita hal personal kan? tapi jangan personal sangat sampai orang tak dapat nak paham. kalau boleh kongsi cerita personal yang bersifat lebih terbuka dan mudah difahami. perrghhh ayatttt!


aku direct je la cerita pasal songkok pink macam tajuk entry tu. kalau korang tengok gambar kat atas ni, ini la rupa aku masa kecik dulu. gambar ni telah di-scan oleh Nisa Kay, adik kandung aku.

kenapa satu set dari kepala sampai ke kaki aku pakai baju pink tu? sebenarnya gambar kat atas ni merupakan gambar raya lama aku. yee, baju raya aku masa tu warna pink siap dengan songkok pink.


pada asalnya aku mintak kat ayah aku baju melayu merah dan songkok merah. kenapa mintak semua merah? sebab masa tu aku minat Power Ranger merah! haha

pastu, ayah aku boleh pulak beli baju pink siap dengan songkok pink. memang merajuk la kejap sebab tak dapat jadi Power Ranger merah. tapi merajuk budak kecik tak lama sebab tu siap boleh bergambar.

*lepas ni nak update pasal kawan aku baru dapat baby. doakan mereka sekeluarga sihat sejahtera :)

4 comments:

  1. amboi.. sebab minat power ranger merah, dia pon nak jadi power ranger merah gak. hihi. :)

    ReplyDelete
  2. memang nk jadi power ranger kot =)

    btw, suka tgk your 'about me' photo. kinda cute =)

    http://exquisitely-aleda.blogspot.com/

    ReplyDelete

Ads

Followers

Google+ Followers