Ads

Cara Nak Tingkatkan Follower?


sejak dapat perkhidmatan internet yang laju ni aku semakin kerap blogwaking. aku semakin rajin singgah ke blog-blog orang tak kira ringan atau berat. ye la, internet dah laju.

dari pemerhatian aku, ramai jugak la budak-budak yang baru nak up ni sangat la sangap nak menaikkan follower dorang. dah semakin ramai penganut konsep "i follow u, u follow i balik".


----------------------------------


ada orang cakap bilangan follower yang aku ada sekarang sudah cukup ramai, tapi betul ke? aku tak rasa macam tu.

biar banyak mana pun follower blog kita, belum tentu kesemua dari follower kita tu masih lagi aktif dalam ber-blogging. account blogger memang ada, tapi dorang aktif ber-blogging lagi tak?

follower yang ramai tak menggambarkan blog tu ramai peminat atau traffic yang tinggi setiap hari. follower yang ramai mungkin sebab terkumpul sejak dari dulu. dan mungkin juga kesan dari konsep "i follow u, u follow i balik".


----------------------------------


ok, aku nak tanya budak-budak yang mengamalkan konsep "i follow u, u follow i balik" ni. korang yang main follow blog orang membabi buta ni adakah korang betul-betul singgah dan baca blog tu tiap kali dorang update? i don't think so.

kebanyakan (tak semua) mereka cukup hanya men-follow tapi selepas itu senyap tanpa khabar berita. mereka hanya mahukan angka yang terpapar semata-mata, bukan bilangan sebenar.

follower yang sedikit jangan ingat blog tu tak ramai orang baca. ada orang jenis yang tak follow blog tapi dorang lebih selesa menggunakan button bookmark kat browser. contoh macam aku la.


----------------------------------


sebaiknya jangan la kita menulis perkara-perkara yang negatif seperti mengumpat, mengaibkan orang, mengutuk orang etc. tulisan berbentuk terlalu peribadi kurang orang nak baca sebab sukar nak paham.

kalau aku cerita kisah cinta aku atau pasal konflik antara kawan-kawan, agak-agak ramai nak baca tak? baik korek hidung dari amek tau hal peribadi orang lain kan?

kalau boleh tulis entry tu biarkan bersifat general, isu semasa, perkongsian yang bermanfaat sejagat dan banyak lagi. simpan saja cerita pasal boipren-gepren ni, tunggu dah bertunang atau berkahwin baru la share dalam blog.


----------------------------------


apa yang aku tulis ni pun bagi aku dah panjang. tak semua orang suka entry yang panjang-panjang ni. kalau boleh ringkaskan sedikit janji dicapati padat. aku ni pun tertulis panjang, tak sengaja. haha


satu lagi cara ialah faktor template. template kat blog kita haruslah sesuai, tidak berat dan tidak memeningkan kepala lutut. pasal template ni aku malas nak tulis. korang boleh singgah di blog [Belog Cik Eka].

15 comments:

  1. terima kasih taiko hehe. betul lah tu. x main dah konsep u folow me i folow u. tengok blog best santai utk dibaca terus follow.

    ReplyDelete
  2. Fiza tak suka dgn konsep i follow u, u follow I. Fiza akan follow if sesuatu blog itu ada pengisian tak kisahlah blog tersebut simple yang ptg isi :)

    ReplyDelete
  3. Fiza tak suka dgn konsep i follow u, u follow I. Fiza akan follow if sesuatu blog itu ada pengisian tak kisahlah blog tersebut simple yang ptg isi :)

    ReplyDelete
  4. @Fizalinolie
    yeahh.. agreed. sama la, saya follow blog untuk tahu perkembangan blog tu. bukan main follow je :)

    ReplyDelete
  5. Terbaek bro... konsep follow2 tu tah pape je... kalo orang suke orang follow la tak perlu nak paksa2 orang kan. peace yawww. =)

    ReplyDelete
  6. ha ah..tak main dah ngan konsep follow2 ni..

    nak baca,mari masuk.tak follow pun takpe.kan.

    terima kasih letak link.

    :)

    ReplyDelete
  7. hahahha btul btul..kekadang ade follower bnyk tp xde reader..so bia laa xde sape nk follow tp ade pembace nye!

    hi salam kenal!

    ReplyDelete
  8. Follower aku jugak yang sikit daripada tuan blog... Maklumlah aku noob... i follow u, u follower i.. choi..

    ReplyDelete
  9. suka entry nie..
    lebih2 lagi part yang akhir tue..
    bab penulisan dientry..

    keep on writing brotha ^___^

    ReplyDelete
  10. nice....mmg betul pun bnda ni....konsep i follow u, u follow me tuu mmg cik siti tak suka sgt.....kalau cik siti follow blog seseorang, jarang cik siti bgtau yg cik siti da follow blog dia....

    ReplyDelete
  11. konsep i folow u .u follow me back dah tak releven kt abad ke 21 skrg ni hehe kalau masih ada mmg sgt merimaskan :/

    ReplyDelete
  12. stuju ngan tips2,, entry yg best mmg org suka and follow

    ReplyDelete

Ads

Followers

Google+ Followers