Ads

Kembali ke Zaman Kanak-Kanak

sekarang aku ade kat tanah tumpah airku. bukan bermakna aku ade kat seberang laut sebelum ni, saje nak bagi canggih bahasa. sebenarnye aku baru je sampai Temerloh, tempat asal aku.

kalau aku dah balik rumah ni, memang proses nak meng-online tu amek masa sikit. sebab tu dah dua hari tak update blog.

-------------------------------------

disebabkan banyak masa free ni, aku nak kembali menjalani hidup seperti kanak-kanak. err.. takde la kanak-kanak sangat, tapi awal-awal remaja sebenarnye.

macam mana aku nak buat tu? senang je, sebelum sampai rumah aku download series Kamen Rider Fourze sampai habis. kahkahkah

kalau sebut Kamen Rider mesti ramai yang cakap itu rancangan untuk budak-budak. bagi aku tak sangat pun, rancangan tu sebenarnya untuk golongan awal remaja. means, transition dari budak-budak ke alam remaja.

-------------------------------------

tapi aku tak kisah sebenarnya ape orang nak cakap pun. even orang dewasa pun tengok Boboiboy, ye dok? so tak salah kalau aku nak layan Kamen Rider series. (sebenarnye dari kecik feveret aku ni!)


aku akui yang design Kamen Rider Fourze ni memang buruk. tapi jalan cerita boleh tahan. Kamen Rider sekarang makin baru makin buruk, aku pun taktau kenapa.

korang mesti kenal dengan Kesatria Suria Baja Hitam kan? sebenarnye tu la Kamen Rider Black:


8 comments:

  1. DULU SLALU KONFIUS NAK PANGGIL SURIA BAJA HITAM KE... SURIA BAJU HITAM??

    ReplyDelete
  2. mmg macam budak2 pon...
    tapi tak salah kan,sume ade hak
    masing2..just enjoy yourself lahh..

    ReplyDelete
  3. x pernh dgr pn Kesatria Baja Hitam? Kamen Rider Black pernah lah. hihi.

    normalla tu suke tgk kartun lg even dh besar pnjg.. =P

    ReplyDelete
  4. @RazFiRa
    rasanye Baja Hitam.. aku pun konpius.. haha

    ReplyDelete
  5. @izah :)
    cerita ape? Fourze? jalan cerita boleh tahan la.. tu yg melekat even costume dia buruk.. hehe

    ReplyDelete
  6. xpe..tu tndenye kite masih mude..

    ReplyDelete
  7. Paling gemar power rangers.tiap hari tgk kartun tu.siap beli video tape bagai.haha :)

    ReplyDelete

Ads

Followers

Google+ Followers