Ads

Hero Kanak-Kanak Zaman Dulu

kalau nak cerita zaman kita kecik-kecik dulu, banyak sangat. itu belum tentu ingat semua apa yang kita lalui. untuk entry ni aku akan cuba ingatkan balik dan sertakan dengan beberapa fakta menarik.

rancangan yang disiarkan kat TV memang sinonim dengan kenangan zaman kanak-kanak. mane taknye, itu je la hiburan yang kita ada. bukan macam sekarang yang dah macam-macam hiburan untuk kanak-kanak.

ok, aku cuma nak bercerita pasal rancangan TV yang pernah disiarkan dulu dan menjadi tatapan kita zaman kanak-kanak dulu.

-------------------------------------

Kesatria Suria Baja Hitam


apa mende Suria Baja Hitam ni? masa kita kecik-kecik mane la nak mengkaji sangat kan. tau tengok je, kalau cerita tu ulangan pun budak-budak mane nak perasan sangat.

nama dia jadi Kesatria Baja Hitam sebab cerita ni di-translate ke Bahasa Melayu supaya senang budak-budak kat sini nak paham.

cerita ni di-translate dari Bahasa Jepun ke Bahasa Melayu, sebab tu nama jadi pelik sikit. sepatutnye nama hero kat atas ni ialah Kamen Rider Black dan Kamen Rider Black RX.

-------------------------------------

Jetman


kat sini kita lebih mengenali hero-hero kat atas ni sebagai Jetman. nama sebenar rancangan ni ialah Chojin Sentai Jetman. bila adanya perkataan 'sentai' tu, maknanye ini adalah satu dari Super Sentai franchise.

ape tu Super Sentai? memang la ramai yang taktau sebab kita kat sini lebih mengenali Power Rangers berbanding Super Sentai. pihak dari US beli copyright dari pihak Jepun untuk mewujudkan Power Rangers berdasarkan Super Sentai franchise.

dan cerita ni jugak di-translate dari Bahasa Jepun ke Bahasa Melayu. segala footage amek dari versi Bahasa Jepun. Power Rangers yang pertama pun berdasarkan Kyoryu Sentai Zyuranger.

-------------------------------------

Mighty Morphin Power Rangers


ini merupakan salah satu rancangan yang memang susah budak-budak baya aku nak lupa. cerita ni start kat Malaysia masa aku sekolah rendah, memang segar la kenangan masa tu.

asalnya cerita ni berasal dari Jepun iaitu Kyoryu Sentai Zyuranger. pastu pihak Saban Entertainment beli license Zyuranger untuk mewujudkan sentai versi omputih, Power Rangers.

sebenarnye ramai yang tertipu. para pelakon Mighty Morphin ni hanya melakonkan kebanyakan watak tanpa costume. maknanye, bile tiba scene lawan-lawan ber-costume Power Rangers, segala footage diambil dari versi asal Zyuranger.

sebab tu Power Rangers kuning tak pakai skirt, sebab versi Jepun yang warna kuning tu merupakan watak lelaki.

-------------------------------------

Ultraman


pasal Ultraman ni aku tak boleh cerita banyak sangat sebab cerita ni bukanlah antara feveret aku. aku pulak memang tak amek tau sangat pasal Ultraman sejak dari kecik.

siri Ultraman antara siri kanak-kanak yang di-translate dengan baik di Malaysia. tidak ada istilah-istilah baru diwujudkan. aku sendiri kurang ingat siri Ultraman apa yang aku tengok masa kecik dulu.

yang mungkin feymes di sini ialah Ultraman Taro, Ultra Seven, Ultraman Leo, Ultraman 80, Ultraman Ace dan Ultraman Tiga.

-------------------------------------

Gaban


hmm.. bagi sapa-sapa yang first time dengar, macam buruk bunyinye. memang la, kat sini dah salah eja. sepatutnye nama siri ini ialah Space Sheriff Gavan. sape ngajor Gaban?

cerita ni pun berasal dari Jepun nun jauh di sana. pasal Gavan ni aku pun kurang jelas sebab masa kecik aku mungkin tak berpeluang nak tengok disebabkan cerita ni disiarkan masa aku tengah bersekolah.

-------------------------------------

Cybercop


cerita ni pernah jadi feveret aku dan feveret aku masa tu merupakan polis yang warna merah tu, Jupiter. nama asal cerita ni ialah Dennou Keisatsu Cybercop.

pada asalnya cerita ni bertujuan untuk menyaingi Super Sentai series, tapi mungkin disebabkan kurang dapat sambutan aku pun taktau kenapa cerita ni takde sequel.

Finishing move Jupiter aku ingat lagi sampai sekarang, "Putaran Halilintar!". haha

-------------------------------------

sebenarnya banyak sangat cerita kanak-kanak masa dulu. dah tua sekarang ni memang susah sikit nak ingat apa yang jadi masa kecik dulu. itu belum aku masukkan siri kartun lagi. kartun saje dah banyak sangat.

kat atas ni antara siri kanak-kanak yang ber-costume dan yang aku paling ingat je. kalau korang ada nak tambah, sila tinggalkan comment. nanti aku nak try research. :)

2 comments:

  1. aku suka jugak suria baja hitam tu.. dan cybercop... cybercop bertindak. hahahaha =p

    ReplyDelete

Ads

Followers

Google+ Followers