Ads

Apple iPhone 5

baru je henset ni keluar.. bersepah entry pasal iPhone 5 ni kat mana-mana blog.. takpe, aku bukan nak cerita pasal spesifikasi henset tu pun, cuma menyampaikan pendapat aku la..

budak-budak android awal-awal lagi dah hentam si iPhone 5 ni.. nak pulak sebelum ni ade kes saman menyaman Apple kepada Samsung..

bagi aku, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan.. jujur aku bagitau, aku lebih suka design iPhone berbanding smartphone android lain..

design iPhone kemas dan ringkas.. kekurangan iPhone pulak ramai yang cakap henset mahal tapi android lebih power.. betul ke?

ada betul jugak tu.. tapi bagi sesiapa yang dah pernah pakai iPhone, jarang ada masalah berbanding pengguna android.. kawan aku cakap iPhone memang susah nak lagging..

android pun ada part yang best jugak.. bagi aku android best sebab kat situ kita boleh customize macam-macam, boleh tukar macam-macam ikut kesukaan..

tapi bagi aku adalah performance.. memang henset android banyak yang power-power, tapi kalau aku ada duit memang aku akan pilih iPhone dulu..

meh tengok sikit gambar iPhone 5 yang baru:


aku lebih suka iPhone 5 warna hitam berbanding putih.. bentuk dia lebih panjang sedikit berbanding iPhone 4s.. ok la tu, senang nak pengang.. kalau buat lebar kang tak sedap nak pegang..

*bila agaknye iPhone 5 ni nak keluar kat Malaysia?

No comments:

Post a Comment

Ads

Followers