Ads

Konflik Futsal

baru-baru ni timbul satu konflik antara kawan-kawan aku mengenai futsal.. sebelum ni aku dengan yang lain-lain main ok je, takde pape masalah.. takde pun yang bising-bising tapi sekarang lain pulak ceritanye..

agak-agak macam mana nak bagi semua puas main? sebab ada yang mempertikaikan bayar sama banyak tapi masing-masing main nak full time..

yang aku nampak isu ni timbul lepas ada kumpulan-kumpulan baru yang join sekali kitaorang main futsal.. mungkin masing-masing tak selesa dengan orang baru atau pun perbezaan budaya main futsal antara kumpulan..

agak-agak yang baca entry ni boleh bagi cadangan tak? main dua jam dan ada lebih kurang 3-4 team yang main..

-------------------------------------------

kat bawah ni aku nak kongsi gambar-gambar yang sempat diambil masa aku main futsa.. jarang nak amek gambar masa main futsal sebab masing-masing tengah khusyuk, ini je la yang ada..


No comments:

Post a Comment

Ads

Followers

Google+ Followers