Ads

Charger USB

mungkin ramai yang tak tahu dan mungkin juga ramai yang taknak amek tau.. sikap taknak amek tau mende-mende yang senang ingat ni bagi aku dorang sengaja nak jadi bodoh, dungu..

sebenarnye aku nak kongsi ilmu perbezaan USB dalam hidup seharian kita.. ok, mula-mula tengok gambar kat bawah ni..


nampak tak beza antara dua USB ni? ok, ingat ni sampai mati: kiri tu mini USB dan kanan tu micro USB..

susah ke? aku percaya micro USB dah digunakan dengan semakin meluas sekarang sebab korang pun pakai henset canggih-canggih, henset model-model baru kan..

sebenarnye aku bengang dengan orang yang tanya, "ade charger USB tak?".. maka aku pun menjawab, "ade."

lepas aku bagi charger USB, maka dia pun berkata, "bukan yang macam ni.. aku punye kecik.."..

kalau aku jenis panas baran, dah lama aku tendang perut budak yang tanya tu.. len kali cakap sama ada mini USB, micro USB atau USB 2.0..

*situasi di atas adalah contoh, tak pernah berlaku kat aku tapi kawan aku :)

No comments:

Post a Comment

Ads

Followers

Google+ Followers