Ads

Abes Final Exam, Ada Satu Lagi Final

dah beberapa hari aku habis final exam, tapi tak balik lagi ke rumah.. ah, esok (Jumaat) aku balik la.. lagipun aku memang nak sangat-sangat balik sebelum 19 May ni disebabkan aku nak tengok perlawanan akhir UEFA Champions League dengan member-member rapat yang ade kat rumah..

sape yang masuk final Champions League tu ramai dah tau aku rase.. takpe, aku bagitau jugak sape yang power sangat tu masuk final.. dua team tu antara Chelsea FC dan Bayern Munich, kebetulan pulak final main kat Allianz Arena.. tempat tu merupakan home ground bagi pasukan Bayern Munich..

ok, cukup cerita pasal bola.. tulis panjang-panjang bukan ramai yang paham sangat pun.. haha

dah abes final ni aku tetiba rajin nak buat header baru untuk blog ni.. tunggu la dalam masa beberapa hari lagi aku akan upload header baru tu.. dah siap, cuma taknak tunjuk lagi kat korang..

bile dah abes final exam ni korang ingat boleh duduk rilex? sorry la, ramai kawan-kawan aku masih busy menyiapkan final year project (FYP) masing-masing.. cenggini la hidup budak final year, bajet dah hujung-hujung bleh rilex, tapi makin busy ade la.. kan dah menyesal tu

nak tengok macam mane orang tengah buat FYP?




*jangan lupa usya entry aku yang sebelum ni :)

1 comment:

  1. NEWEST UPDATE (!) SEGMEN AKU NAK JADI BLOGGER YANG PALING FAMOUS DI DUNIA . HOPE JOIN SEGMEN BARU YG GEMPAKK NI RAMAI2 K :)
    http://mynameishafizah.blogspot.com/2012/06/segmen-aku-nak-jadi-blogger-yang-paling.html

    ReplyDelete

Ads

Followers

Google+ Followers