Ads

Jersi Manchester United

aku buat entry ni bukan la bermakna aku minat Manchester United.. saje je nak kongsi dengan korang al-kisah team yang pernah aku minat dulu.. sejak Cristiano Ronaldo blah, aku beralih arah ke team lain pulak iaitu AC Milan (sebenarnya aku minat AC Milan dah lama).. seperti tajuk kat atas, aku nak tulis pasal jersi..






nampak tak kat tengah tu? Manchester United memang suka sorok baju baru.. memang susah nak jumpa design yang 'leaked' kat internet.. kalau nak tengok jugak, kena la tunggu pada tarikh yang dorang tetapkan.. kalau team lain belum abes season dah tunjuk baju baru..

macam biasa, mula-mula jersi baru diperkenalkan mesti ramai cakap jersi tu tak lawa la, buruk la, ape la.. aku pun macam tu.. kita tengok jersi untuk musim ni:




ada yang cakap design baju ni antara yang paling buruk untuk jersi Manchester United.. tapi lama-lama ok pulak bila tengok player pakai.. tu, abang Berbatov kita pakai, smart gak.. ntah kenapa masa promosi nampak buruk tapi bila atas padang nampak smart..


------------------------------------




ingat tak jersi ni? ramai yang cakap jersi ni merupakan design yang paling smart dalam banyak-banyak jersi Manchester United.. ye la kot, aku pun suka dengan design ni..


------------------------------------



untuk yang memang minat Manchester United dari dulu lagi, dorang cakap jersi ni yang paling smart.. mungkin la.. masa ni UMBRO yang buat jersi Manchester United, boleh tahan la..


------------------------------------



nampak tak abang Beckham kat atas ni? ini pulak pendapat peribadi aku, aku paling suka jersi ni.. sponsor masa tu vodafone, jersi keluaran Nike.. jersi berketiak hitam ni la yang paling aku minat :)


------------------------------------




aku ingat lagi masa promosi jersi ni.. mula-mula promote nampak ok je.. ada yang cakap smart, ada yang cakap macam Ultraman.. ntah la, mula-mula aku tengok ok je.. tapi bile dah ada atas padang, nampak kurang smart la.. agaknya sebab ni la Chelsea menang EPL dulu, sebab jersi Chelsea masa tu lebih smart..

3 comments:

  1. design mcm mane pun tak kisah la yg penting semua player MU nmpak bergaya di atas padang wakaka..
    love MU for ever ;p

    ReplyDelete
  2. jersey yang mcm kedah tu paling best mata aku memandang sesuaiii heheheh

    ReplyDelete
  3. haha . pasal jersey ke yang buat man utd menang? haha . style laa blog lu bro .

    ReplyDelete

Ads

Followers

Google+ Followers