Ads

Jersi Baru Kelab Bola Sepak - Leaked

sebelum ni aku buat entry pasal jersi-jersi baru yang memang dah konfem ade kat pasaran.. tapi kali ni pasal design-design jersi yang belum konfem.. design jersi-jersi ni telah 'bocor' di internet sebelum pihak official mengesahkannya.. ok, tekan read more untuk tengok jersi-jersi baru ni


Ajax Amsterdam 11/12 Home Kit


jersi away untuk Ajax dah konfem keluar.. tapi kali ni untuk versi home pulak.. design kat atas ni merupakan gambar bocor tapi belum konfem lagi design yang macam ni akan keluar.. akan tetapi, gambar dari Football Shirt Culture ni 90% tepat..


---------------------------------------------


Arsenal 11/12 Away Kit


hmm.. susah nak cakap.. bagi aku la, warna dah ok tapi design macam design pemalas.. biasa-biasa je kot.. mungkin ada yang suka dengan design belum konfem ni.. kalo ni bukan design yang akan keluar, harap-harap lebih lawa..


---------------------------------------------


Juventus 11/12 Away Kit


bagi aku design ni agak melampau.. dah macam baju referee Champions League pun ada.. paling takleh tahan, warna pink.. ok, bukan pertama kali jersi bola menggunakan warna pink, tapi aku rasa tak sesuai la dengan Juventus yang macho tu..


---------------------------------------------


Manchester United 11/12 Awat Kit


aku rasa jersi baru untuk Manchester United paling ditunggu-tunggu.. kenapa? sebab memang perangai Manchester United suka mengumumkan jersi baru dengan lewat.. kat atas ni, warna ok, takde ciri-ciri Amerika.. design stripes tu nampak biasa je bagi aku.. ok la, at least lebih lawa dari yang sebelum ni kan..


---------------------------------------------


Real Madrid 11/12 Home Kit


bagi jersi Real Madrid, jelas nampak warna emas tu.. aku rasa dorang buat design ni sebab dorang yakin dorang akan menang Champions League untuk musim ni dan musim depan.. konon-konon  jersi juara la.. itu tanggapan aku je.. musim ni dorang dah melepas, kita tengok musim depan macam mana.. design, biasa je.. aku rasa yang dulu lagi lawa.. :)


---------------------------------------------


bagi yang tak membaca apa yang aku tulis, mungkin dorang akan terus percaya design-design kat atas ni adalah official.. dah banyak kawan-kawan aku terpedaya akibat tidak membaca.. kat sini aku nak ingatkan, ini cuma gambar-gambar leaked, bukan konfem akan keluar sebijik macam tu..

jangan la pulak heboh kat kawan-kawan mengatakan jersi Man Utd macam tu, macam ni.. kaju selidik dulu, kalau dah keluar kat official website, maka betul la tu.. jangan sesekali percaya pada sumber yang tak official.. :)

4 comments:

  1. ape pulak tak macho kalau pakai kaler pink? macho what? haha.. pape pun still minat yang last kaler putih.. smart

    ReplyDelete
  2. juventus xlayah lansung.. haha

    ReplyDelete
  3. Arsenal pelik je kaler gitu. M.u dah jadi macam Inter Milan haha.

    ReplyDelete
  4. this is coming from Juve fan

    yup aku agree pink tu nampak mcm x bper "kena" dgn Juve. But..pink tu mmg kaler original jersi Juve sblom diorang adopt black/white strip dari kelab Notts County seabad yang lalu

    but still aku skip this season away "pink" shirt :D :D :p

    ReplyDelete

Ads

Followers

Google+ Followers