Ads

Jersi Baru 2011/2012 - Mana Yang Paling Smart?

tetiba terdetik kat liver aku nak bukak satu website yang dah lama aku bookmark.. nama website tu Football Shirt Culture, website yang banyak membincangkan perihal pasal bola sepak terutama sekali jersi, boots, dan sponsor..

sekarang ni dah masuk penghujung liga.. bila hujung-hujung ni banyak kelab-kelab bola sepak memperkenalkan jersi baru untuk korang tempah.. jersi tu nanti akan digunakan untuk musim hadapan.. jersi kena smart, kalo tak takde mood nak sokong kan.. jom pilih jersi mana yang korang rase smart..! :D


JERSI YANG DAH KONFEM :

Ajax 11/12 Away Kit


bagi aku jersi baru Ajax ni biasa-biasa je.. bukan la buruk tapi sederhana.. nak cakap boleh tahan pun boleh gak sebab tak buruk..


-----------------------------------------


Arsenal 11/12 Home Kit


tak banyak berubah sangat dari yang sebelum ni.. tapi yang tak best, emblem tu besar sangat.. dari jauh nampak macam emblem tu kene cop je.. dan dari jauh gak nampak macam jersi ciplak dari Golok.. kurang smart..



dorang guna emblem ni sempena 125 tahun kelahiran Arsenal.. kalo dari dekat macam ni nampak ok sikit.. mungkin dorang tak warnakan emblem tu yang buat dia nampak macam emblem yang dicop..


-----------------------------------------


Chelsea FC 11/12 Home Kit


ini pulak jersi baru Chelsea FC untuk musim hadapan.. memang bagi peminat Chelsea FC akan mengatakan jersi team dorang lawa.. tapi bagi aku biasa je.. stripes kat bahu tu nampak macam tak lawa.. aku lagi suka jersi musim lepas.. kalau dah taksub dengan kelab feveret, yang buruk pun nampak lawa.. :)


-----------------------------------------


Liverpool FC 11/12 Away Kit


bagi peminat Liverpool FC, tahniah sebab jersi away korang boleh tahan lawa.. emblem silver dengan Eternal Flame dikekalkan berwarna merah.. Eternal Flame merah tu bagi memperingati 96 nyawa yang hilang semasa kecelakaan Hillsborough..



kat atas ni macam familiar tak? mesti la, sebab ramai yang dah beli dan tertipu.. jersi ni memang nampak macam betul, tapi sebenarnye tidak.. jersi ni sangat FAKE..! dikatakan jersi ni dihasilkan kat south-east Asia.. erk, tempat kita la tu kan? haha


 -----------------------------------------


Lyon 11/12 Home Kite


walaupun sponsor besar kat jersi tu, bagi aku jersi ni antara yang paling smart.. bukan paling smart, tapi antara.. kita tunggu je kelab-kelab lain umumkan jersi baru dorang.. :)


-----------------------------------------


Bayern Munich 11/12 Home Kit



-----------------------------------------


AC Milan 11/12 Home Kit



-----------------------------------------


Newcastle United 11/12 Home Kit



-----------------------------------------


kat atas ni sume jersi yang dah official kuar kat website masing-masing.. untuk entry akan datang, aku akan tunjuk pulak gambar-gambar jersi yang 'leak'.. belum tentu sah atau tidak jersi tu yang original.. :)

7 comments:

  1. fahmi minat chelsea..
    tp jersi yg pling smart liverpool...

    ReplyDelete
  2. suka AC Milan sbb mmg minat AC Milan. suka bukan sbb lawa sgt jersi tu tp sbb diorang pakai balik design zaman emas trio belanda van basten, gullit ngan rijkaard dulu :)

    ReplyDelete
  3. fuusshhooowww!!!! banyak nyer jersi.. *terkesima seketika hhahah!

    ReplyDelete
  4. jersi Lyon tu smart. gabungan warna dia cantik ;D

    ReplyDelete
  5. Aku fan Chelsea tapi aku lagi minat jersi Liverpool . Ada style :D

    ReplyDelete
  6. @Dawa
    same la, aku pun minat AC Milan.. hehe

    ReplyDelete
  7. yang warna hitam tu team apa ehh...rasanya tu paling smart kot...

    ReplyDelete

Ads

Followers