Ads

Doakan Kawan Aku & Mak, Asmirandah OK Tak?

semalam kan cuti.. bila cuti ramai la yang buat aktiviti-aktiviti separa sihat dan ada jugak yang buat aktiviti terlampau sihat.. tapi kawan-kawan serumah aku kebanyakannya menjalankan aktiviti sehat iaitu tidur sepanjang hari supaya kembali bertenaga untuk hari-hari mendatang..



bukan pasal kawan-kawan aku yang nak dicerita tetapi kawan aku yang lain.. lain dari yang lain sebab dia tak study sama tempat dengan aku.. aku UNITEN, dia UiTM.. dah berkawan sejak dari darjah satu sampai la sekarang..


------------------------------------


semalam, bersamaan dengan 17 May 2011 aku dan kazen aku (yang hanya mintak dikenali sebagai Izzol) pergi melancong satu KL sebab kami bukan orang KL, maka sifat jakun tu ada sedikit tersemat dalam diri kami ni.. tapi bukan pasal aku melancong aku nak cerita..


semalam, si Izzol tu dah bawak aku ke IJN (Institut Jantung Negara).. pada mulanya agak cuak sebab aku ni perokok, mana la tau dia nak bawak aku check jantung aku ni ke.. tapi bila dah masuk dalam-dalam rasa risau tu dah hilang disebabkan oleh nurse-nurse yang comel (kalau bawak jumpa mak mesti dia suke)..


------------------------------------


rupa-rupanya kawan aku, Rosmazila nak buat pembedahan jantung.. dia la budak UiTM yang aku sebut kat atas tu.. yee, bedah jantung.. takkan bedah otak pulak kat IJN kan.. baru la aku teringat yang dia memang dari dulu ada saket jantung berlubang.. besar mana lubang tu aku taktau la, tak pernah bedah orang..





dengar citer dorang ni nak kawen raya nanti.. tak heran la sebab dorang memang dah bertunang pun.. sebaya aku kot dah nak kawen, power lah..! kalau dah kawen nanti, dia merupakan kawan kedua aku yang melangsungkan perkahwinan, sebab ada sorang lagi kawan aku yang nak kawen 28 May ni.. bersanding pakai jersi Barcelona dengan Manchester United la korang.. haha


------------------------------------


aku kat sini berdoa dan berharap si Rosmazila ni selamat menjalani penbedahan tu.. dan aku doakan korang berkekalan sampai akhir hayat (ayat dah habes power tu).. lepas ni sape la pulak kawan aku nak kawen.. aku? aku calon pun takde lagi nak bawak jumpa mak.. harap-harap mak aku suka kat Asmirandah, sebaya kot..! hahaha


Asmirandah

2 comments:

  1. InshaAllah ... kte doakn yg trbaik buatnya :)

    ReplyDelete
  2. ooo..kesiannya. hrp bkl isteri kwn awk tu slmt lps operate..

    ReplyDelete

Ads

Followers