Ads

UNITEN dan Institut Pengajian Tinggi di Malaysia

semalam aku tak dapat bukak dashboard blogger aku ni.. bukan aku sorang je yang jadi macam ni.. blogger satu dunia yang menghadapi masalah serupa.. bangun je tadi terus check blogger.. ok, dah boleh bukak.. suka la korang ye..


ada hikmah gak sifat pemalas aku ni rupanye.. disebabkan sikap malas aku untuk update blog dah menyelamatkan aku dari post aku kene delete.. dah beberapa hari aku tak update blog ni.. sebenarnya aku sibuk dengan urusan di uniten.. ye la, aku baru nak masuk sem baru padahal budak-budak universiti lain baru tengah seronok nak bercuti.. ceh


-----------------------------------


ok, aku nak bincang sikit perbezaan keadaan uniten berbanding universiti lain..


1. kalau kat universiti lain aku perhatikan, dorang lebih selesa menyebut "kuliah".. contohnye "kau ada kuliah tak esok?".. lain pulak dengan uniten yang hanya menyebut "kelas".. contoh, "kau esok kelas pukul berapa?".. tapi kebanyakan universiti menggunakan perkataan "kuliah", bukan semua..


2. kalau kat universiti lain menyebut "hostel".. contoh, "kau tinggal kat dalam atau hostel?".. memang perkataan hostel tu betul.. dah korang duduk kat dalam, hostel la namanye.. tapi kat uniten ni berat sikit nak sebut "hostel".. kenapa? sebab budak-budak uniten duduk dalam "apartment".. memang konsep sama macam hostel tapi kami lebih suka menyebut apartment.. ye la, kat dalam ni dah macam rumah betul dah, besar kot..


3. kalau disebut pasal semester pulak, kebanyakan student universiti lain menggunakan perkataan semester dengan kerap.. maknanye dorang ingat la dorang sem bape.. kalau kat UiTM plak dorang lebih gemar menyebut "part".. contoh, "kau dah part bape?".. part tu mewakili semester la.. kat uniten macam mane plak? kat uniten kalau ditanya kita ni dah sem berapa, memang ramai terkial-kial nak menjawab.. sebab student uniten lebih suka menyebut "year berapa".. ada "1st year degree", "2nd year degree", dan "final/3rd year degree".. kalau ingat pun kami akan menyebut "aku dah 2nd year degree sem 2.."


-----------------------------------


tiga perkara kat atas tu bukan lah tepat seperti aku bagitau.. ini dari segi pemerhatian aku je.. ada betul dan ada gak salah aku tulis tu.. kat atas tu aku lebih fokus kepada dari segi bahasanye saje.. :)


kalau ada sape-sape nak kongsi pasal kolej masing-masing, tinggalkan komen korang kat sini.. kalau aku salah sila betulkan.. aku pun separa sedar mase tulis entry ni, almaklum la baru bangun tido.. :))

5 comments:

  1. sy dari uia

    bnda pling berbeza ialah
    kat uia, antara rakan2 sekelas
    digelas brother and sister
    kalo lelaki,kmi akn pnggil brother x kire la year brapa pun
    and pompuan akn pnggil sister or sis..

    so, rsa mcam xde perbezaan antara semua year.. :)

    ReplyDelete
  2. betul betul betul. lagi satu, kbyakan U sebut sem pendek. kita shortsem. haha

    ReplyDelete
  3. chot... dhilla un duk apartmen gak.. ahahah promote uniten ye bang... 1 u la kte niy.. awwww~~

    ReplyDelete
  4. oohhh..beze eh
    ingat semua gune term sme
    ayat sebut je len2 kan kan?
    ^_^

    ReplyDelete

Ads

Followers