Ads

Kaya Makin Kaya, Miskin Makin Miskin.. How?

terasa nak buat ringkas je.. "yang kaya makin kaya, yang miskin makin miskin", ungkapan ni memang selalu kita dengar tapi ramai yang tak tahu macam mana ungkapan ni berfungsi dan sejauh mana kebenarnya..

teringat masa aku tengah borak-borak dengan ayah aku.. memang lepak dengan orang dewasa ni sangat best sebab banyak perkara yang menyedarkan kita.. ye la, dorang kan hidop lagi lama dari kita ni.. tapi kita ni sombong dan bangga mengatakan kita ni dah matang..


ini sistem kapitalis kat barat


aku bagi satu contoh yang paling jelas.. satu je.. korang tau kan ada peraduan isi dan menang? ala, peraduan yang dianjurkan oleh stesen-stesen minyak petrol kat negara kita ni..

kebiasaannya yang kerap mengisi minyak boleh dikatakan orang yang kaya ataupun orang yang berkemampuan.. melalui peraduan tu, makin kerap kita isi minyak makin besar peluang untuk menang hadiah wang tunai atau kereta..

kalo orang miskin ataupun orang yang kurang berkemampuan tapi masih mempunyai kenderaan yang menggunakan bahan api petrol, nak isi minyak pun saving-saving..

maknanya dorang yang kurang mampu ni kurang la peluang nak menang hadiah tu.. so, yang kaya akan jadi makin kaya.. yang miskin?

yang miskin makin miskin sebab dorang takde duit, so kebanyakan yang miskin ni kerap berhutang.. bile time ade duit, duit tu digunakan untuk bayar hutang.. duit tu pulak dapat dari hasil meminjam jugak.. duit gaji habes bagi anak bini makan.. mende yang sama akan rotate sampai la sudah..

betul ke pendapat aku ni? ke ada yang salah?

*rakyat didungukan, kejayaan adik sendiri diutamakan - lupa source mana

6 comments:

  1. huhu,, ada betoi gak.. tpi yg miskin tu selagi berusaha insyaallah lah dapat perbaki lagi hidup dorang ..DIA mesti bantu .. ^^

    ReplyDelete
  2. hidup perlu bantu membantu..

    ReplyDelete
  3. hahaha..slogan tu agak menarik weh..

    ReplyDelete

Ads

Followers

Google+ Followers