Ads

Ada Apa Dengan Melayu

sebenarnya aku malas nak tulis pasal ni.. tapi kalo aku pendam lama-lama tak elok jugak.. sebab mende yang baik tak patut simpan, nanti busuk.. dan aku harap ramai yang celik.. :)




---------------------------------------


merujuk pada tajuk entry yang lebih kurang kontroversi tu, aku memang nak tulis pasal Melayu.. aku bukan nak puji bangsa Melayu dan tak jugak aku nak bangga dilahirkan sebagai bangsa Melayu tapi aku bersyukur dilahirkan sebagai Islam..

aku suka dengan ungkapan "apa nilai bangsa kat akhirat kelak?".. kemudian ramai la cuba untuk mempertahankan 'kemuliaan' bangsa Melayu.. mulia ke? mana yang paling tinggi? agama atau bangsa? kalau korang pilih bangsa, paham-paham sendiri la..


siap tampal sticker macam kete


"Melayu tu bukan Islam ke?".. ayat ini akan selalu digunakan untuk membidas perkara di atas.. ramai yang merasakan bahawa jika Melayu, maka Islam.. betul ke? aku cakap TAK.. Islam untuk semua, bukan untuk satu-satu bangsa je.. dan ramai yang taknak mengaku bahawa bukan semua bangsa Melayu menganut agama Islam.. Melayu hanya majoritinya Islam, bukan semua..


---------------------------------------


ramai yang taksub dengan bangsa sendiri sampaikan nak bergaduh kalau ada bangsa lain menghina bangsa Melayu.. kat Facebook, Youtube, dan Blog, banyak insan-insan yang tak bertanggungjawab menghina Islam secara terang-terangan.. ramai yang buat taktau.. tapi bila keluar je penghinaan bangsa Melayu dalam Facebook, Youtube, dan Blog, melenting satu Malaysia dan isu kecik tu akan jadi buletin umno utama.. pelik tak?


---------------------------------------


kalau nak sebut pasal kehebatan bangsa, hanya ada satu bangsa yang paling hebat di muka bumi ni.. bangsa ape? bangsa Yahudi.. bukan aku nak banggakan bangsa Yahudi tapi sejarah membuktikannya.. hanya ada beberapa kerat je Yahudi kat dunia ni, tanah sendiri pun takde.. tapi boleh survive.. walaupun Yahudi hebat, tapi Allah S.W.T. tak pandang kehebatan tu sebab keengganan mereka untuk beriman dan kejahatan yang mereka buat..

kenapa bangsa Yahudi sangat dilaknat oleh Tuhan? sebab mereka taksub dengan bangsa mereka sendiri.. macam siapa? pikir la sendiri.. mereka tidak dapat menerima Rasul akhir zaman dilahirkan bukan dari bangsa mereka.. sebab tu dorang bengang dan tengok la akibatnya..


---------------------------------------


aku tidak la bangga dengan Melayu dan aku tidak jugak benci Melayu.. selagi adat Melayu tidak bertentangan dengan Islam dan tidak menyerupai agama lain, kita bebas nak amalkan adat Melayu tu.. dan jangan risau, "takkan Melayu hilang di dunia"..


gerombolan songgkok tinggi :))

13 comments:

  1. harap Melayu tak lupa itu... :P

    ReplyDelete
  2. thats right boy=)

    ReplyDelete
  3. melayu sekarng dah tak macam melayu dulu.. sesame melayu pon duk tabur fitnah.. bukn fitnah yg kecik, tapi fitnah yg bawak murka Allah.. hmmm.. semoga melayu camtuh sdar dan kembali ke jalan yg benar,..

    ReplyDelete
  4. awak. entri awak mmg best, dan rajin pulak post. tp page awak agak berat lah, nk tgu mmg makan masa berminit-minit. sori la broadband saya mmg lembab. jd saya cadangkan, kurangkanlah apa yg patut,ringan sikit dan lebih simple. kan2. agar senang follower yang ada broadband beruk macam saya ni membaca....=)))

    ReplyDelete
  5. ya.sgt setuju. yang patut dibanggakan itu Islam.bukannya Melayu :)

    ReplyDelete
  6. woah serious membuka mata ! huhu :P.

    tp penting jugak bangsa, cuma jgn taksub, kpd sume pun sebenarnya.. klu taksub sgt, yang elok pun jd tak elok, yg penting kesederhanaan kan :D !

    ReplyDelete
  7. baru lepas jawab paper CTU551..kalau tau amik info blog ko ni..hahahaha

    weh lamer menunggu ko nak follow aku..mehla~

    ReplyDelete
  8. gambar last memang terBAEK! hahahah... ;p

    ReplyDelete
  9. @Dayana AZ
    ntah la penting ke x bangsa ni.. yg penting kembali ke pangkal jalan.. kembali kepada siapa yg mencipta kita..

    kene ingat, Rasulullah sendiri menentang bangsa/kaum sendiri.. kalo kebanyakan melayu ni, asalkan melayu je tolong tak kira baik atau jahat.. mcm mne kalo org tu cina tapi Islam? india tapi ISlam? org kita lebih pandang kaum berbanding agama.. :)

    ReplyDelete
  10. ni semua sebab politik dalam ... yg pakai 1malaysia tu kna bayar kot..

    ReplyDelete
  11. yups....
    aku rasa aku sangat bersetuju dengan entry ini
    bagi aku tak salah untuk berbangga dengan bangsa sendiri cuma betulkah bangsa Melayu itu boleh dibanggakan?
    jika dilihat pada masa kini memang banyak keburukan berbanding kebaikan yang boleh dilihat dkt bangsa Melayu
    itu lah masalahnya
    apa2pun hormatilah sesama bangsa
    itu lebih baik
    :-)

    ReplyDelete

Ads

Followers