Ads

Sejarah Macam Mana Blogger Popular Boleh Popular

korang nak tau macam mana antara blogger-blogger yang popular sekarang boleh jadi feymes sampaikan ramai yang sanjung melebihi had laju?

ini bukan la sejarah yang betul-betul sejarah.. tapi dari pemerhatian aku selama aku ber-blogging ni, aku rasa dah boleh buat rumusan sikit-sikit pasal blogger feymes ni..

--------------------------------------------

untuk jadi blogger popular seperti blogger popular sekarang ni, korang kene mula berblogging dari awal, iaitu dalam dua tiga tahun lepas..

kenapa? sebabnya, pada masa tu komuniti-komuniti blogger yang ada pada masa sekarang baru je muncul.. komuniti tersebut telah mengumpulkan blogger-blogger macam kita ni untuk bersatu dan berkenal-kenalan..

macam mana boleh feymes kalau join komuniti macam tu pada masa dulu? jawapannya, pada masa itu ada function tertentu pada laman web komuniti tersebut yang membolehkan kita mencapap.. yaa.. mencapap..

mencapap bukan la dengan cara mencari publisiti murahan.. tapi lebih kepada kemesraan kita kepada blogger-blogger lain yang ada dalam komuniti tersebut pada masa itu..

--------------------------------------------

dorang yang feymes ni (sebelum feymes) sangat kerap la memunculkan diri pada laman web komuniti blogger tuh.. sampaikan kalo bukak je website tu, ade je muka dia..

secara tidak langsung mereka-mereka ni jadi sangat popular secara perlahan-lahan..

kemudian muncul pulak fenomena baru iaitu Facebook.. facebook ni pulak membolehkan kita untuk buat page kita sendiri dan kalo orang nak join/follow, cuma perlu tekan button like..

--------------------------------------------

macam mana facebook boleh buat dorang ni feymes giler? sama jugak macam kat atas tadi, dorang teruskan aktiviti mencapap.. tapi kali ni dengan men-spam inbox korang..

spam inbox? ye la, kalo korang dah join page dia, mesti la dia boleh hantar private message ke semua ahli.. dalam inbox korang akan ada la link ke blog mereka yang sekarang ni dah feymes..

--------------------------------------------

itu cuma sebahagian je sebab-sebab kenapa dorang boleh popular pada masa sekarang.. ada banyak cara nak popular.. tapi yang kat atas ni, pada mulanya blog dorang takde la best sangat, entry pun takde la berkualiti sangat..

TETAPI, apa yang bagusnya dorang ni, mereka tak sombong pada awalnya.. bila ramai dah jadi follower dorang, mesti la ada yang komen apa yang best dan tak best tentang blog dorang yang feymes ni..

dengan itu, sedikit-sedikit kualiti blog dorang ni semakin mantap.. tak caya? cuba korang baca older post dorang, masa dorang tengah nak naik tu.. tapi larat ke korang nak cari entry awal blogger feymes ni? :)

--------------------------------------------

tapi aku rasa pada masa itu je la sesuai nak buat macam tu.. sekarang ni dah macam tak sesuai je.. sebab kita ni lebih sensitif.. kalo mencapap tak tentu pasal je, mula la ada yang mengata..

sekarang ni kalau nak feymes ada cara baru.. mungkin korang boleh pegi gathering dan bergambar dengan semua blogger.. dengan itu korang dan blog korang akan lebih dikenali.. untung-untung link blog korang ada dalam blog orang lain..

--------------------------------------------

dan sekarang ni hangat tentang vlog.. vlog? video blog lah.. setakat ni takde la ramai sangat yang buat vlog.. dengan buat vlog sendiri mungkin korang akan feymes.. kenapa?

dengan adanya kes blogger lain mengutuk vlog yang tak best, maka mende ni jadi hangat.. bila mende ni jadi hangat, vlogger-vlogger yang kene kutuk ni dikasihani oleh blogger lain.. bila dah kasihan, maka  ramai la yang support vlog korang..

best atau tidak vlog tersebut, tetap akan ramai yang support.. so, kalo jenis tak segan kene kutuk depan orang ramai, buat la vlog.. lama-lama korang akan improve jugak..

haa, lagi satu pasal vlog.. kalo korang buat vlog bersama dengan blogger yang dah sedia feymes, korang mungkin akan jadi sedikit popular..

--------------------------------------------

apa yang aku tulis kat atas ni bukan la seolah-olah nak cakap aku ni bagus.. aku cuma seorang pemerhati.. kalo ikotkan, aku dah lama join komuniti-komuniti tu.. tapi aku jenis yang malas nak tonjolkan diri..

*perlu ke jadi feymes?

28 comments:

  1. betollll~ tapi tak perlu la nak berbelog sebab femes je kan ^^

    ReplyDelete
  2. buat baik dibalas baik ,kita hormat orang orang akan hormat kita ,hehe rajin mengomen tu penting :)



    http://jambancomel.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. SCC tak femes pown takpe asalkan kucing blakang umah tu tetap kenal sape SCC ni..

    hahahhaa

    ReplyDelete
  4. haha. xpndai nk vlog2.
    kutuk vlog blogger lain? tlg la jgn amalkan. kehkeh. sy taw siapa. huahua~

    ReplyDelete
  5. buat relax suddddddeyyyyy... kalau dah famous tu biarkan famous dengan sendiri.. :) tapi jangan lah dah femes buat entry yang sama je hari2.. i mean kalau keluar gi mana2 asik nak update pasal tu je.. hehehehe lpas tu , kalau dah femes sangat jangan lah kasi orang annoying dengan entry yang pendek bak kata orang walaupun ada isi dan mantap tajuk vah! vah! vah! tapi lama2 jadi bosan okey :)

    semakin banyak follower sebenarnya semakin kita takut tak dapat buat entry yang best2.. so janganlah cari populariti..

    i know entry saya biasa2 je, just pandangan dari saya.. peace and assalamualaikum.. tq

    ReplyDelete
  6. @y u y u Z u l a i k h a
    bg sape2 yg berniat nk buat side income gune blog, dorang merasakan feymes itu penting..

    yuyu betull :)

    ReplyDelete
  7. @conbellydiobeterisme
    betul tu.. blogger feymes2 dulu mmg rajen singgah blog org lain komen2 entry blog org lain.. skrg dorang dh tak larat kot nk komen balik.. (mode baik sangka) :D

    ReplyDelete
  8. @Ain Zulaikha
    betull..
    blogger feymes kalo perhatikan entry dorang kebanyakannye same je.. tapi ade la sikit improvement berbanding dulu2 dorang ni.. :)

    ReplyDelete
  9. setuju ngan ain. tapi itu kan cara nak push kita buat entri berkualiti. betol x tuan rumah. :D

    ReplyDelete
  10. hm...susah nak cakap tu...yang penting diri sendiri...

    ReplyDelete
  11. @salemaziz
    betol2..
    entry ni sbnarnye lebih kpd 'sejarah'.. tapi komen korang seolah-olah aku bg tuto nk jd feymes pulak.. huhu :p

    ReplyDelete
  12. be yourself dear... your blog is yours...

    ReplyDelete
  13. huwa..pjg ngomel yer..betullah tu..aku pon dah usha lama dah benda ni..xpe, x perlu kot nak jd femes..skrg ni penat oh kalau nak kejar populariti..baik aku kejar seo..cntoh sminggu aku kjar buat entry menarik and of course comment byk tp bile main seo (komen x byk), entry cume perlu ada sikit makna then traffic yg meletop hanya ambil mse 2 hari..berpada2lah kalau berblogging..nice entry weh..

    ReplyDelete
  14. mmg nk build up sesebuah blog sampai established perlukan masa yg lama. xkan ada jln singkat kalau pakai cara yg betol. kalau pakai cara xbetol, mmg cepat je naik.

    ReplyDelete
  15. emm... susah juga kalo femes sangat...
    ehh..ehh.. cara belog muez femes cemane plk eh

    ReplyDelete
  16. @ishiko
    blog meuz belom feymes la.. tak terpikir nk feymes pun.. huhu :p

    ReplyDelete
  17. HAHA, ade ape dengan FAMOUS? ghahahah!

    bikin howt, bikin famous, semua tu publisiti saje

    lalalalalalal ;p

    ReplyDelete
  18. saya sangat salute and tabik dengan blogger yg underground..err adakah underground ayat yg sesuai???i mean, orang tabik dengan penulisan dia, not with dia punye mencapap or mencapup. Dan blogger yg tak menonjolkan identiti diri dia cuma tonjolkan kualiti tulisan dia..


    *saya suke the other khairul~~
    misteri oh mamat tu........

    ReplyDelete
  19. hahaa btul... skrg rmai kejar famous.. wlupon aku tak famous aku brbnge ade 55 follower.. korang ade??huhu.. tk pyah la nk kjar2 famous nie.. tk pnat ke nk kejar??nk bwk kmne famous nie..??cukupla ape yg adee.. yg pnting org snngup bce entry kite sudah... kalau famous pon smbong nk wtpe??org je dok follow korang(si famous), komen entry la pe la tp korang(si famous) smbong dgn blogger2 baru..tak semua la tp sape yg trase pdn muke ahaha ermm mcm facebook gk, bru2 mmg la tk fmes ag, org tk knl ag..da lame2 tu tgok friends da bribu2 n ramai kenal..mcm tu la blog jugak.. bg sesiape yg tkejar2 dunia famous nie, bru2 ag mmg tak famous.. korang da pndai blog, pndai buat entry, pndai bkwn insyallah korang akn jd famous gk!! asalkan kite tao cre bkwn nanti senangla org nk borak ngn kite...

    ReplyDelete
  20. bila org follow kiter atas keihklasan hati sndiri, itulah satu kepuasan kan..

    tak femes pon takpe...:p

    ReplyDelete
  21. biasalah bro..dunia blog ni mcm2..ada yang nak femos, ada yang nak suka2, ada yg nak wat side income n mcm2 lagi.tp, ia depend on orng tue jgak..apa nawaitu berblog.

    setengh orng, mencapap nie tak perlu..sebb dia dah ada pakage tersendiri..tp, aku nie kena la mencapap..klu tak, takdak orng masuk blog aku..ihihih..btw, nice sharing beb.

    ReplyDelete
  22. agree..tp berblog ni lebih kepada hobi mase lapang:)

    ReplyDelete
  23. kalo dah femes..,jadi public figure..,semua kne jaga..just be self..jaga diri sendiri lagi senang..susah nak jaga hati ramai orang kalo femes2 ni kan-always be watchout-:)

    ReplyDelete
  24. kalo dah femes..,jadi public figure..,semua kne jaga..just be self..jaga diri sendiri lagi senang..susah nak jaga hati ramai orang kalo femes2 ni kan-always be watchout-:)

    ReplyDelete
  25. HAHAHAH blog blogger femes mana plak si meuz ni perhatikan...meh share sket link blog mereka tu. hihi.


    *CAKAP Random,kalau rasa nak buat blog utk diri sndiri baca baik private jeeee lalala~

    ReplyDelete

Ads

Followers