Ads

Pendapat Aku : Hikayat Merong Mahawangsa

dah beberapa hari lepas aku tengok filem ber-bajet besar yang dihasilkan oleh orang kita sendiri.. Hikayat Merong Mahawangsa..


bagi aku filem ni boleh tahan la.. tapi bukan la terlalu gempak seperti yang digembar-gembur kan.. masih banyak yang perlu diperbaiki.. akan tetapi, kita masih boleh berbangga sebab dah setaraf dengan filem-filem dari asia tenggara..


kenapa setakat asia tenggara je? kalau aku samakan level citer ni dengan filem-filem keluaran dari negara-negara asia, filem ni masih ada kekurangan.. filem dari Hong Kong, Jepun, Korea masih lagi lebih gempak dari Hikayat Merong Mahawangsa..





  • kebanyakan costume yang boleh tahan realistik
  • cuma costume tentera Rom yang nampak tak real
  • kapal-kapal nampak real
  • scene lawan-lawan yang boleh tahan stylo
  • effect darah dan tikaman yang boleh tahan real (tapi still nampak effect tu dihasilkan melalui CGI)
  • pelakon-pelakon tambahan yang dibayar murah
  • sebab nampak dorang berlakon tak bersungguh-sungguh (orang kampung dan tentera)
  • banyak sangat komedi menyebabkan tak rasa filem ni filem sejarah atau hikayat
  • The Archimedes Heat Ray yang Merong buat kecik dan nampak macam buat sambil lewa boleh membakar sampan-sampan (tak logik)
  • lookout tower yang rendah boleh menjatuhkan segerombolan tentera yang berada jauh dari lookout tower tu bila lookout tower tu rebah (tak logik)
  • watak Kesum (Dato' Haji Rahim Razali) yang serius digelakkan oleh penonton
  • Melayu sama Melayu cakap Melayu, Rom sama Melayu cakap Inggeris, Rom sama China cakap Inggeris, China sama China cakap Inggeris?
  • cuma scene Merong bercakap dengan Panglima China je ada sikit cakap China

ini aku banyak menceritakan kelemahan berbanding kebaikan.. banyak mende yang best dalam filem ni kalau nak dibandingkan dengan filem-filem Melayu yang lain..


dan aku harap filem-filem yang akan keluar kelak lebih baik dari yang sebelumnya.. tengok balik kat mana kelemahan yang ada dan cuba perbaiki..


bagi aku, best kalau tengok dua kali tapi kalau tengok untuk kali yang ketiga, dah tak best.. kenapa? bagi yang belum tengok, baik korang tengok, tak rugi pun..


korang boleh tengok review dari blog lain kalau nak tahu pendapat dari orang yang berbeza.. korang yang dah tengok pun bagi la pendapat sikit.. :)

6 comments:

  1. boleh jek nk copy entry follower yang kejam tu..xde masalah punye ;)

    ReplyDelete
  2. mmg de bnyk kelemahan. dr komen ko ni ku sokong. tp bab tak logic tu biasa lh filem. Filem dr luar pn x logic gk.

    ReplyDelete
  3. haih...masih tak kesampaian hajat nak tgk movie ni...nak keluar sorang2 pegi tgk roomate tak bagi =____="..harap2 la esok dapat tgk

    ReplyDelete
  4. aku rasa untuk Malaysia. Hikayat Merong Mahawangsa ni mmg hebat.

    tapi nak compare dengan epik China, ke Hollywood, mmg kalah la.

    ReplyDelete
  5. ermm,klau nk diikutkan filem buatan pengarah malaysia nie,stakat nie HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA lar plg terbaek..for me lar..

    bab cina ckap ngn cina bhasa inggeris tu mmg sokong ..

    ReplyDelete
  6. excited nak p tgk tapi alih2 end up tertidoq dlam panggung..hampeh toi!!

    ReplyDelete

Ads

Followers