Ads

Jangan Fikir Kawan Sebaya Sama Taraf Dengan Kita

tajuk entry je dah lain macam.. maksudnya walaupun sebaya, tak semestinya dia sama dengan kita, mungkin kawan kita tu lebih matang, bagus dan baik dari kita..

aku teringat satu artikel ni ditulis.. dah tak ingat kat mana aku baca, tapi saje mengada aku nak tulis supaya kita ni semua beringat..




tak kira lelaki atau perempuan, lebih2 lagi pada usia kita sekarang ni.. pantang ditegur rakan sebaya, melenting..

biarpun teguran kawan kita tu betul tapi ego dalam diri masing2 tu sangat tinggi..

kita selalu fikir yang kita lebih baik dari orang lain.. salah silap orang lain memang susah nak lupa.. tapi study kita cepat je lupa..




pernah dengar tak ayat ni? "kau diri sendiri tak betul jangan la nak tegur orang.."

lebih kurang macam tu la.. bukan kerana terjadi kat diri aku menyebabkan aku tulis entry macam ni, cuma aku nak ingatkan balik apa yang aku dah baca..

kita selalu menghukum orang tu macam ni la, macam tu la tanpa mengetahui sebab kenapa dia berbuat demikian..

walaupun orang yang tegur kita tu bukan la alim sangat, tapi selagi teguran dan nasihat dia tu betul, baik dan munasabah kita perlu terima..

jangan tengok siapa yang memberi nasihat, tapi tengok isi kandungan nasihat dia tu..

kita ni sombong, langsung tak nak terima nasihat dan teguran dari rakan sebaya.. tapi bila orang tua nasihat, kita terima dengan hati terbuka.. kenapa?

memang orang yang lebih tua pengalaman dia banyak tapi kita mesti ingat yang kawan2 kita juga mempunyai pengalaman dan ilmu yang kita takde..

dalam perbalahan dan perkongsian pendapat, kita tak mahu kalah.. melenting kalau pendapat dipertikai, sering merasakan diri kita ni bagus..

memang aku ni bukan sekolah agama, sembahyang pun tunggang langgang lagi, masjid tu kalau tak sampai hari jumaat memang aku tak singgah..

berdasarkan pengakuan aku di atas, kalau la aku cakap macam ni,

contoh:
"Islam sendiri menggalakkan kita berdakwah, tak semestinya perlu masuk persatuan ini, persatuan itu kalau nak berdakwah"

tak semestinya, bukan aku cakap tak perlu.. jangan silap baca..

apa aku cakap tu salah ke? mungkin akan ada yang cakap, "diri sendiri tak betul nak cakap pasal agama.."

cuba bayangkan seorang uztaz cakap perkara yang serupa, mesti korang angguk kepala kan?

tapi isinya sama, cuma si penyampai je yang berbeza.. apa yang aku diberitahu dulu, jangan nilai si penyampai, tapi nilai isi kandungan penyampaian..

masalah kan orang kita ni? nak pulak kalau yang sebaya dengan kita..

bukan nak cakap orang, tapi ini lebih kepada teguran kepada diri aku sendiri supaya aku beringat dan jangan bodoh sombong

aku sendiri pun kadang2 ada melenting kalau pendapat dipertikai, aku mengaku.. tapi cukup la melenting di dalam hati..

melenting hanya sekejap, tapi selamanya kita berfikir panjang kenapa pendapat kita dipertikai.. mungkin pendapat orang lain lebih bagus..


1 comment:

  1. :):):)
    ikut resmi jepun, sapa cakap pun dia dengar dulu, pastu baru dia cakap pendapat dia
    terbaeekkk!!!!

    singgah dari mknace unlimited

    ReplyDelete

Ads

Followers