kita mase sekolah dulu? itupun curi2 main henset mak abah kita..
ok, daripada aku terus merepek, baik aku straight to the point pasal henset ni.. aku kat sini nak cerita sikit kronologi henset aku dari mula2 aku ada henset sendiri..
ini model Nokia 7250i
ini henset pertama aku.. mase tu aku form 4 kalau tak silap.. ni la antara henset yang terawal yang ada kamera..
bahana kalau sekolah berasrama bawak henset, kantoi pastu kene rampas.. dan aku hanya dapat claim balik henset aku bila SPM abes.. tak ke gila cikgu sekolah aku dulu?
ok, bila dah dapat balik henset ni, mase tu henset2 skrin besar dah feymes dan henset Nokia 7250i ni dah ketinggalan..
masa tu feymes dengan henset sabun, daun, dan henset sembilu.. henset sembilu?
Nokia 3650
ok, ini la henset sembilu.. kenapa sembilu? ingat tak drama Sembilu kat RTM? yang Zed Zaidi berlakon tu.. dalam drama tu, hampir semua pelakon dia pakai henset ni.. kene sponsor la tu..
ade gak yang panggil henset 'jamban'.. aku memiliki henset ni mase lepas SPM.. dah ade keje part time sementara mengcongok menunggu result SPM, beli pun dengan duit gaji aku..
Nokia 6600 atau lebiih feymes disebut henset sabun
dapat je tawaran ke universiti, aku terus tukar henset.. ye la, aku pun nak stylo macam orang lain ade henset canggih2..
ini antara henset paling lama aku pernah pakai.. henset ni lebih senang guna kalau nak dibandingkan dengan henset 'jamban'..
kelemahan henset ni, kat tengah2 dia ade macam joystick.. kenapa mende tu aku cakap kelemahan? sebab kalau dah asyik main game lama2 boleh rosak..
memang 'stick' tu rosak dan aku terus jual kat kedai cina yang jual henset dekat dengan rumah aku..
kemudian, aku beli henset yang lebih murah.. Nokia 1112 atau Nokia 1110.. aku pun tak tau apa yang beza sangat henset ni sampai nama model pun dah lain..
ini henset feveret aku.. senang nak guna, senang nak sms.. bunyi ringtone pun kuat, kalau buat alarm konfem mengganggu jiwa raga semasa tidur..
Sony Ericsson K850i
aku beli henset ni masa henset ni mula2 keluar.. fresh lagi, macam ikan segar.. duit sponsor aku pun melayang macam tu je lepas beli henset ni..
masa tu henst ni kira canggih gak la sebab kamera dia yang lazat.. 5MP tau tak.. sape tak bangga ade henset macam ni pada masa tu..
pada masa tu la.. tapi henset ni aku telah serahkan kepada adik aku, Nisa [blog].. kenapa aku bagi free macam tu je?
Sony Ericsson Xperia X1
sebab henset ni la aku menyerahkan K850i tu kat adek aku.. henset ni aku tak beli pun macam henset sebelum2 ni..
henset ni hasil pemberian abah aku, Encik Aminullah Ali.. henset dapat free, best la..
pada masa tu henset ni pun baru je keluar, dan henset ni antara henset yang paling canggih la masa tu.. kawan2 aku sume teruja dengan henset aku ni..
aku pakai Xperia X1 ni dah lama, sampai la sekarang aku tak tukar2 lagi henset..
aku dah takde minat nak tukar2 henset.. aku selalu berharap aku dapat henset yang murah2 je sebab henset murah senang nak guna..
X1 ni? leceh la.. dah la touch screen, qwerty keyboard.. aku bukan rajen pun nk main slide2 henset ni, kang orang cakap nak menunjuk..
tapi sekarang dah lain, henset aku tu orang dah tak pandang.. kawan2 aku pun dah pakai henset yang lebih canggih, masing2 berpakat pakai Apple iphone..
apple iphone itu tidak best
ReplyDelete(tetibe kan)
wah..best gak erk ade entry camni..
ReplyDeletehmm tapi kenangn tu semua..
tak ssempat pakai 3310? hik3 yg tu legend
ReplyDeletewah..1st fon i sony ericsson T1oo..huhu..haruuu..:)
ReplyDelete