Ads

Contoh Luar Biasa Teknologi Purba

setiap kali kita membaca buku2 sejarah, kita digambarkan tamadun zaman dahulu tidak mempunyai kecanggihan teknologi seperti sekarang..

kita digambarkan sebagai satu tamadun yang maju dan kuat berbanding tamadun2 sebelum ni..

tetapi terdapat beberapa bukti yang tamadun zaman dahulu mungkin jauh lebih maju dari teknologi yang kita ada sekarang..

1. The Antikythera Mechanism:


ramai menganggap ini merupakan komputer analog yang pertama di dunia.. dijumpai pada awal abad 1900.. para saintis percaya ia berusia lebih 2000 tahun..

alat ini terdiri dari gerigi gear yang sangat tepat.. saintis percaya alat ni digunakan untuk kegunaan astronomi..


2. Ukiran Abydos:

yang ini pulak merupakan ukiran yang dijumpai di Mesir.. penemuan ini diukir oleh tamadun Mesir yang wujud ribuan tahun dahulu.. lame ni..

penemuan ini banyak menimbulkan kontroversi yang serius di antara sejarawan dan ahli arkeologi..

jelas kelihatan ukiran berbentuk helikopter, bot, dan juga kapal angkasa.. ini masih menimbulkan persoalan di kalangan kita..

kenapa ukiran seperti itu wujud di dinding2 bangunan yang penting?


3. Lampu Dendera:

ini merupakan ukiran batu yang terletak di kuil Hathor.. sesetengah penyelidik mengatakan bahawa imej tersebut merupakan satu sistem elektrik atau sistem pencahayaan pada zaman dahulu..

ada juga mengatakan bahawa imej ni merupakan satu mitos tentang kelahiran seekor ular dari bunga teratai..

sehingga kini masih tiada bukti kepada kedua2 teori tersebut..


4. Bateri Baghdad:

bateri ini dijumpai pada tahun 1936.. berketinggian 13 - 14 cm, dan mengandungi silinder tembaga.. di dalamnya terdapat satu rod besi..

seorang santis Jerman telah melawat muzium Iraq pada tahun 1939 dan mendapati terdapat persamaan dengan bateri galvanik..

sehingga kini, misteri bateri Baghdad ni masih belum terungkai..


5. Artifak COSO

Dalam artifak ini ada silinder besi yang kuat dikelilingi oleh batu berwarna karat.. paham tak?

Ketika diperiksa oleh ahli geologi, ia menyimpulkan silinder besi ini terbungkus di batu ini sekitar 500,000 tahun yang membawa kepada perdebatan dan kontroversi di antara ahli arkeologi dan saintis..

kajian mendalam menggukan x-ray menunjukkan artifak ini mirip dengan spark plug yang wujud pada tahun 1920..


6. Greek Fire atau Sea Fire

senjata yang digunakan Byzantine pada zaman dahulu.. senjata ni dihasilkan menggunakan campuran kimia dan apabila dilancarkan, ia berupaya menghancur dan membakar kapal2 musuh..

resipi senjata ni masih lagi misteri sebab saintis hari ini cuba menggunakan bahan2 yang terdapat pada masa itu dan cuba menghasilkan senjata ini..

tetapi mereka gagal untuk menghasilkan senjata yang sangat berkuasa ni sehingga ke hari ini..




kalau renung2 balik, gerun gak aku tengok teknologi zaman purba ni.. sampai sekarang tak dapat selesai misteri yang dicipta oleh orang purba..

mungkin manusia purba lebih maju dari kita sekarang? dan disebabkan oleh kelalaian mereka, keangkuhan mereka, Allah S.W.T telah melenyapkan tamadun2 ini di muka bumi.. mungkinkah?

2 comments:

  1. Nabi2 dan bijak pandai Islam yang terdahulu memang pandai2,mat salleh jea yang banyak tipu kita...

    ReplyDelete
  2. @HazlaL
    yup.. sampai skrg saintis pun x dpt pastikan dgn tepat mcm mne piramid giza tu dibuat..

    ReplyDelete

Ads

Followers