memang lama giler aku tak update blog ni.. ape nak jadi dengan aku sekarang ni.. tak kesah la sebab hari ni aku akan update blog lagi..
petang ni kemungkinan besar seorang kawan lama, yang memang lama tak jumpa, datang berjumpa dengan aku.. tak faham?
kawan lama aku cakap nak jumpa petang ni.. dah hampir 4 tahun aku tak berjumpa dengan dia.. setakat tengok gambar kat facebook je la..
ape yang buat aku nak bagitau korang pasal ni, sebab si dia pernah menjadi seseorang yang istimewa dalam hati aku.. cewahh.. dah start jiwang pulak..
aku pernah meminati dia, menyukai dia.. kirenye dia ni buah hati aku la mase sekolah dulu.. orangnya memang cantik manis..
dalam banyak2 perempuan yang pernah aku suka masa sekolah dulu, dia la yang paling aku suka.. baik orangnya.. dan tak terasa seperti cinta monyet pun..
kenapa? sebab masa tu aku dah di tingkatan 5, maka sedikit demi sedikit sayang tu bertambah dan bertahan untuk jangka waktu yang lama..
ok, aku tak tau ape nak pakai mase jumpa dia nanti.. tak tau ape yang nak dicakapkan, taktau macam mana nak berhadapan dengan dia..
tapi harus diingat, aku dan dia hanya berkawan.. dan dia jadi orang yang paling lama aku tak jumpa dan akan berjumpa.. tak paham lagi?
dalam banyak2 kawan aku yang lama tak jumpa, dia la orang pertama nak berjumpa dengan aku.. (kawan yang lebih 3 tahun tak jumpa)
*gambar ini hiasan semata2
No comments:
Post a Comment