baiklah.. ini sambung entry aku yang lepas.. sila baca dengan teliti yee..
setelah beberapa minggu aku tidak berduit, tidak berkad pengenalan, dan tidak berbuka di restoran2, akhirnya aku menamatkan kesengsaraan aku tu..
terima kasih daun keladi, kalau boleh nak lagi diucapkan kepada sape2 yang sudi menghulurkan bantuan selama aku kesesakkan ni..
orang kata (bukan aku kata) mase susah macam ni la kita akan nampak siapa kawan kita yang sebenarnye..
ade banyak jenis personaliti orang kat muka bumi.. dah macam2 aku jumpe..
ada jenis kawan hanya datang bila kita senang dan tinggalkan kita bila kita susah.. ada jugak yang sebaliknya.. bagus la
selama aku tak berduit, kawan2 yang banyak membantu.. terutama sekali housemate2 aku.. terima kasih..
paling aku nak berterima kasih ialah kepada kawan yang sanggup hantar aku ke balai polis buat report, ke JPN untuk buat IC baru, dan ke Maybank untuk buat kad ATM baru..
kawan2 macam ni la yang korang kene cari, tak mengharapkan balasan bila membantu..
dengan itu, aku telah berjanji kepada housemate2 aku untuk belanja dorang berbuka puasa sebagai tanda terima kasih..
duit aku semakin susut selepas melangsaikan hutang2.. tapi takpe la, aku dah berjanji, kene buat jugak dan aku dah tetapkan budget, nak makan lebih2 sila tambah duit sendiri yee..
dan korang, jadi la kawan yang baik.. jangan biarkan kawan susah sorang2, tolong dia.. mane tau mase korang susah ade orang nak tolong..
dan jangan la korang mengharapkan balasan dari ape yang korang buat.. dan jangan sesekali ambil kesempatan kat atas kawan2 korang bila kawan korang tu dah senang..
mungkin bukan balasan dunia yang korang akan dapat, mungkin balasan akhirat.. itu kita tak tau..
bile aku bercakap pasal balasan dunia akhirat, korang nak kata aku salah? ok, sume dah tau pasal balasan2 ni, masing dah besar dan boleh pikir sendiri.. bile sume tu jadi kat diri sendiri, tau la macam mana rasenye..
No comments:
Post a Comment