Ads

KeMALANGan Serius

dah berkurun aku tunggu saat ni.. saat ape? saat aku dapat kembali kad atm dan kad pengenalan yang sekian lama menghilang..

 

bukan bermakna kad tu dah dijumpai, tapi aku baru je melepaskan hajat yang terbuku di hati iaitu aku telah buat baru kad2 tersebut..

 

ok, jom mulakan cerita..

 

nak dijadikan cerita, sebulan yang lepas dompet aku tercicir..

 

kat mane? dalam Uniten jugak, kawasan apartment yang aku duduki sekarang..

 

macam mane boleh tercicir? ah, persetankan sume tu..! (my bad)

 

aku sedar dompet aku hilang hanya beberapa jam selepas tu.. ok, aku turun semula untuk cari dompet aku tu..

 

puas aku cari, tak jumpa jugak.. kawan2 aku pun turut sama memeriahkan aktiviti mencari..

 

juga tidak ditemui..

 

kemudian aku dengan tangkas menelefon Maybank untuk menyekat transaksi kad atm aku tu..

 

selama sebulan aku tak berduit, selama beberapa minggu aku terpaksa berbuka puasa di masjid..

 

sampaikan imam dan bilal di masjid tu pun dah kenal aku.. ok, ini serius (kening rapat)

 

kenapa tak buat awal2 kad atm tu? haa.. jawapannye aku sibuk

 

isnin hingga jumaat aku ade kelas.. siang memang jadual aku padat..

 

kenapa tak pergi sendiri bile free? haa.. ni nak bagitau, aku takde kete mahupun motosikal yee..

 

kenapa tak pinjam kenderaan kawan? ok, ini agak kesian bila kedengaran.. aku color blind, takde lesen..

 

aku sangat malang buat masa terdekat ni..

 

asignment pulak bertimbun, quiz dan test straight untuk satu minggu.. sampai ke hari ni, belum habis lagi midterm exam aku..

 

aku rasa sampai kat sini je la.. cerita selanjutnye akan disambung kelak..

 

 

100_4104

kan aku dah cakap ini serius..

No comments:

Post a Comment

Ads

Followers