Ads

Aku Rindu Mimi

memang aku rindukan Mimi.. dia menjadi peneman aku ketika aku masih di bangku sekolah.. sekolah aku menggunakan bangku mase tu sebab zaman aku lain berbanding korang dulu.. ok, mari teruskan

 

wadefak aku rindu2 ni? sebenarnya Mimi adalah kucing peliharaan aku mase aku kecik2 dulu.. abah aku yang bawa balik.. memang aku dan adik2 aku jaga Mimi macam jaga anak orang.. mandi, makan, berak kucing tu semua kami yang uruskan..

 

Mimi adalah kucing parsi berwarna putih, berbulu lebat.. mata kanan berwarna biru dan mata kiri berwarna coklat.. abah siap tempah sangkar khas untuk Mimi.. tapi dia jarang duduk dalam sangkar tu sebab kami lebih selesa kalau dia masuk dalam rumah dan bermain2 dengan aku dan adik2 aku..

 

Mimi memang manja, suka main2 dengan kami adik beradik.. kadang2 tidur atas tilam aku, aku peluk dia.. masa tu aku masih bersekolah rendah, maka tak hairan la aku buat macam tu.. sekarang dah gengster sikit memang aku tak bagitau korang la ape aku buat dengan kucing tu

 

aku memang suka kucing.. mak aku pun suka kucing tapi dia kurang suka kalau nak membela kucing.. katanya dia lebih suka tengok kucing dan belai2 kucing berbanding nak memelihara kucing.. sebab tak suka kalau kucing tu berak merata..

 

dalam seminggu 3 kali aku mandikan Mimi.. abah siap beli syampu khas untuk kucing.. makanan memang kami sekeluarga pilih yang terbaik.. wangi, bersih, bulu langsung tak gugur.. kesihatan Mimi kami pelihara..

 

Mimi masih remaja, belum dewasa sepenuhnya lagi.. tapi malang Mimi takde dengan kami sehingga dia sempat dewasa.. sebabnya Mimi dicuri orang.. aku sendiri pun taktau siapa yang curi Mimi..

 

menurut jiran aku, ada sorang budak perempuan yang ambil Mimi lepas tu terus naik kereta.. sejak tu Mimi hilang tanpa khabar berita..

 

sudah berbelas tahun Mimi hilang dan sejak tu kami sekeluarga tidak lagi memelihara kucing.. memang aku rindu sangat2 kat Mimi.. agaknya kalau Mimi tak hilang, dia dah ada banyak anak.. Mimi kucing betina..

 

aku harap aku dapat cari pengganti Mimi.. sape2 yang ade anak kucing yang comel2 untuk disedekahkan atau dijual, bagitau la aku.. mana tau aku berkenan nak ambil kucing tu sebagai haiwan peliharaan..

 

kalau berkurap, tak comel memang berat sikit la aku nak amek..

 

mimi

 ini bukan Mimi tapi rupa lebih kurang. Mimi lebih comel dari ni

 

*ape aku merepek ni… ( ̄~ ̄;)

5 comments:

  1. besnya ada kucing yang comel macam ni.. bagi makan apa ek. hehe. btw..sy suka gulai tempoyak, tapi bukan patin, keli..hehe

    ReplyDelete
  2. mesti comel an?? dakni takut kucing, tapi mesti kucing lagi takut dengan dakni... huhuhuhu

    ReplyDelete
  3. tiba tiba teringat gambar aok berbaju merah tengah pegang mimi. wakaka~

    ReplyDelete
  4. nisa: tu la.. td igt nk letak gambr tu je.. xde plak.. aok ade?

    ReplyDelete
  5. rabbit lagi comel la!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete

Ads

Followers

Google+ Followers