Ads

Kanapa Kita Sering Gagal Dalam Perhubungan?

mungkin entry aku kali agak geli geleman sedikit.. mungkin juga aku semakin kerap layan drama bersiri Glee.. ni sume pengaruh rakan sebaya.. bagus, aku salahkan orang lain padahal salah sendiri.. haha

 

bile bercakap mengenai pengalaman hidup terutama sekali bab2 percintaan ni.. mesti ade yang manis, ade yang pahit.. kenangan2 pahit ni la ade ramai yang takut ianya berulang..

 

tipu la kalo selama korang bercinta takde langsung dugaan.. dugaan tu penting.. kenangan pahit tu penting untuk kite lebih berwaspada kelak.. jangan takut untuk bercinta kali kedua sebab pengalaman sebelum ni buat kita makin kuat dan matang..

 

kalau kita takut dikecewakan macam sebelum ni, dan takut untuk mencuba lagi, sampai bila kita akan jadi lemah? semua tu ujian yang Tuhan bagi kat kita.. jadikan pengalaman lalu sebagai iktibar pada masa kini untuk jadikan hubungan kita lebih baik dari sebelum ni..

 

aku pernah terdengar sorang pakar motivasi ni cakap, “kenapa kita gagal dalam satu2 bidang?”, “kenapa kita putus cinta?”, “kenapa kena buang kerja?”.. semua tu sebab Tuhan nak bagi kita pasangan/kerja/bidang yang lebih baik sebab Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.. sebab tu jangan cepat putus asa…

 

ada juga yang menyalahkan diri sendiri kerana sering gagal dalam perhubungan dan ada juga menyalahkan orang lain atas sebab ni.. korang rase kenapa kadang2 kita rasa susah nak dapat kawan/kekasih yang bertahan lama?

 

aku ada terbaca satu buku ni, dalam buku tu ada la sedikit beritahu tentang masalah perhubungan sesama manusia ni..

 

“kita ada masalah perhubungan sesama manusia kerana kita ada masalah hubungan dengan Tuhan kita sendiri”.. lebih kurang macam tu la dalam buku tu tulis.. betul, kita tak jaga hubungan kita dengan Tuhan, maka hubungan kita sesama manusia juga rapuh..

 

jangan sering menyalahkan orang lain kerana musibah yang menimpa kita.. sebagai contoh kepada insan2 yang terkena buatan orang atau korang sebut santau.. persoalan sering timbul di kalangan mangsa2.. “ kenapa aku yang kena? aku buat baik dengan orang, aku tak susahkan sape2”..

 

walaupun santau tu ilmu hitam yang berunsurkan jin dan syaitan, setiap apa yang berlaku di muka bumi ni terjadi dengan izin Allah S.W.T.. kenapa Tuhan izinkan mende tersebut terjadi pada kita? itu kita kena muhasabah diri, cari mana silap kita..

 

apa yang aku tulis ni bukan la 100% dari pendapat aku sendiri.. berdasarkan pengalaman hidup dan pembacaan buku2.. kadang2 secara kebetulan aku dapat ilmu ni sume dari kaca TV..

 

aku pun taktau apa yang aku merepek ni.. tapi kebelakangan ni aku rasa gembira sangat.. jangan ditanya kenapa, itu hal peribadi.. haha

1 comment:

Ads

Followers

Google+ Followers