Ads

Photoshop oh Photoshop


sudah lama menyepi di kamar kalbu, akhirnya aku tampilkan diri untuk men-update blog aku yang tak seberapa ni...
bukan aku tak nak update, tapi kekacauan jiwa ditambah pula kemalasan hati telah menghasilkan satu formula untuk aku tidak men-update blog aku ni untuk sekian lama.. (kalau aku ade klon diri sendiri kat sini sekarang, dah lame aku tempeleng laju2 sebab diri aku menggunakan ayat yang terlampau skema dan poyo)

cukup, cukup la aku merepek sorang2.. tak gune aku tulis panjang2 kalau korang tak baca...
sekali lagi aku nak cerita kisah hidup bosan aku di kala aku takde keje nak buat... (padahal asignment dengan tutorial banyak yang tak siap)

nak main game, aku ni bukan la gamer, nak bace komik, aku ni bukan la peminat komik di tambah pulak memang aku tak beli buku2 komik. sekadar merembat (dengan bahasa halusnya 'meminjam') dari kawan2 je.. kalau ade dah lame aku berguling atas katil bace komik..

jadi aku mula la bukak satu software yang bernama Photoshop... aku start gune Photoshop ni bile aku mula2 beli laptop aku masa aku umur 18..

walaupun korang bace dengan masa yang singkat, hakikatnya aku kepenatan untuk menulis ayat2 yang kurang pandai ni... korang tengok je la hasil nukilan(?) aku sepanjang aku bersama si Photoshop ni.



Ni gambar junior aku masa sekolah... aku tolong editkan pic dia sebab aku dah boring melebihi had.. Nama minah ni Nurul Afiqah Abd Ghani...








gambar rakan2 subahat (merayap adalah aktiviti nakal kami) aku di UNITEN...



atas dari kiri: jaie, meuz, azre, frog,
bawah dari kiri: jimmy, tj, miyoi, sham




Ni plak artwork aku yang paling berjaya walaupun artwork ni makcik cleaner pun boleh buat (hampir2 dapat piala pusingan.. haha pandai aku tipu korang padahal takde piala pun)... kenapa berjaya? sebab gambar ni la yang memperkenalkan kawan aku ni di mata dunia...
kawan aku ni dengan serta merta jadi terkenal di kalangan rakan2 seangkatan di matrik melaka (kini dia sedang berguru di UMP, Universiti Malaysia Pahang)...
sebab gambar ni la kawan aku dapat nama, Naz Bond... hensem tak? boleh tahan nakal aku ni rupanya... >:)

Muhammad Nazrul Amir Mohd Razali


5 comments:

Ads

Followers