Ads

Main Game Handheld Kat PC

ape tu game handheld? hmm handheld tu game console yang jenis portable. kecik je saiz dia dan boleh bawak kat mana-mana yang kita suka.

contoh macam Sony PSP, GameBoy dan Nintendo DS. kat entry ni aku nak ajar macam mana nak main game-game jenis portable ni kat pc/laptop korang.

------------------------------------------------

Gameboy/Gameboy Advance

sebenarnya rasa macam tak perlu tulis pun sebab ramai dah tau tapi aku tulis jugak la sebab aku nak tunjuk kepada yang masih lagi taktau. lagipun Gameboy console yang agak feymes di kalangan kita.


nak pakai mende alah ni senang, yang susah cuma nak mencari game untuk dimain. mana nak download games tu pandai-pandai la korang google. gunakan keyword "gba roms download".


------------------------------------------------

Nintendo DS

sape yang tak kenal dengan Nintendo DS (NDS) ni, sila la google sekali lagi. kalau aku terangkan jadi panjang sangat entry ni nanti.

NDS ni boleh tahan best sebab ada banyak games yang takde untuk platform PC. so cara nak main kat PC kene la guna emulator.


aku pesan awal-awal untuk korang main game nds ni, pc/laptop korang mesti la mempunyai processor yang boleh tahan tinggi. kalau setakat pakai netbook tu aku rasa macam tak dapat nak main. make sure processor korang 2GHz dan ke atas untuk main game nds dengan smooth.


------------------------------------------------

Sony PSP

ini yang paling aku suka sebab kat PSP ada banyak games yang best-best yang takde kat PC. emulator ni korang kena ada PC yang boleh tahan power jugak untuk main. kalau degil nak main kat laptop yang slow jugak, memang sangkut-sangkut la jawabnye.


untuk PSP emulator ni korang mesti la dah install java kat dalam pc/laptop korang. kat link yang aku bagi bawah ni, korang download yang paling latest. yang paling latest berada kat atas sekali.


------------------------------------------------

aku rasa sampai situ je la aku ajar korang. aku malas nak ajar lebih-lebih sebab aku takut entry jadi panjang sangat. kang takde orang nak baca pulak kan.

so, korang cuba la google dengan keywords yang betul. anggap seperti korang nak mencari ilmu, jangan selalu harapkan orang suapkan ke mulut kita je. ye dok?

aku kat rumah ni biasa download guna torrent je sebab senang nak dapat. kat google pun boleh cari gak, cuma kena pandai main-main dengan keywords la.

selamat mencuba!

------------------------------------------------

No comments:

Post a Comment

Ads

Followers